Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih saya terkejut dengan berita yang adik saya sampaikan. Saya kehilangan seorang saudara terdekat lagi hari ini. Mak saudara sepupu saya yang hanya beza umur 2 tahun saja dengan saya. Teman sepermainan dari kecil . Sentiasa teman saya ke mana saja , gunting rambut , ke kedai , dan bila majlis penyampaian hadiah masa saya kecil dulu jika bonda tak dapat pergi makjang pasti akan ikut serta bersama tokchu dan tok ayah. Kini dia telah pergi , saya kehilangan lagi insan yang saya sayang dalam hidup saya.

Saya abadikan gambarnya di blog saya supaya saya tak akan kehilangan dia terus dalam hidup saya. Saya tak tau untuk menggambarkan kesedihan saya. Sangat terasa kehilangannya. Pedihnya kehilangan terutama insan yang rapat dengan kita. Air mata tumpah banyak mana pun tak mampu buat dia kembali. Makjang memang sakit jantung dari kecil. Pagi tadi dia pergi kerja dan balik ke rumah semula akibat sesak nafas. Dia tak terus ke klinik mungkin nak bertemu dengan ibunya. Lihat dia makn teruk tokchu minta ayah hantar ke hospital.Tak lama lepas sampai ke hospital dia menghembuskan nafas terakhir di sana.
Segalanya telah tertulis . Tidak dipercepatkan dan dilambatkan walau sesaat. Itu janji Allah , setiap yang hidup pasti akan kembali semula mengadap Illahi. Segala kenangan manis saya dengan arwah akan saya simpan rapi dalam lipatan memori ini. Moga roh Haspalita Binti Abidin ditempatkan dikalangan orang beriman, amin.

Dia Telah Pergi Menghadap Illahi
21 comments:
Takziah kak. Moga ditempatkannya bersama para solehin d sana. Amin.
Takziah Miza, semoga beliau aman bersemadi di Sana...
Setiap yang bernyawa tidak akan kekal di atas muka bumi ni.. jadi persiapkan diri kita jugak dengan banyak mengingat petanda kiamat pada diri manusia, yakni mati.
Salam takziah buat Allahyarhamah saudara Kak LM, semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh-solehah :)
InsyaAllah..
takziah LM
sayuu akak tgk wajah arwah
siapa sangka arwah meninggalkan semua terlalu pantas
semoga keluarga LM tabah hadapi semua ini .. doakan buat arwah semoga ditempatkan bersama golongan org2 yg beriman .. aminnnnnnnnnnnn
al-fatihah deno sedekahkan.. allah lebih menyayanginya..
Salam takziah ...
Banyak bersabar ea ? :|
Allah lebih sygkan dia...
Semoga Allah S.W.T tempatkan arwah di kalangan hamba-hambanya yang beriman..amiennnn...
takziah kak..moga rohnya dicucuri rahmat..amin..
takziah kak.. setiap yang hidup pasti akan kembali kpd penciptanya kan.
takziah kak..
hanya doa mampu kita sedekahkan..
moga yang terbaik tuk arwah..
takziah kakak :(
saya doakan arwah ditempatkn dikalangan org2 beriman
mari same2 kta doakn dia ya..
sayang kakak ...harap kakak x bersedih lama sangat ya
salam takziah..
tumpang sedih dgn berita ini..semoga roh allahyarhamah ditempatkan dikalangan hamba2 yg soleh-solehah hendaknya amin.Al Fatihah ~
takziah kak..banyak bersabar
AlFatihah, takziah dr akak sekeluarga... Mg LM tabah...
takzian ummi..masih muda lagi ni,tapi itu semua kerja tuhan..yang hidup pasti akan pergi,bila ?kita tidak pasti namun kita perlu bersedia untuk hadapi..
#semoga arwah ditempatkan diklangan orang2 yang beriman..amin3
Takziah dan al-fatihah untuk arwah..
salam takziah kepada miza dan keluarga arwah....semoga miza tabah yer....allah lebih sayangkan mak njang...
al-fatihah
Takziah saya ucapkan... Moga rohnya dicucuri Rahmat...
Al-Fatihah
semoga LM sekeluarga tabah menghadapi permergian arwah
takziah ..
al-fatihah
saya begitu terharu melihat gambar arwah kerana ia menyimpan seribu kenangan .kita harus redha dgn ketentuannya. semoga rohnya dicucuri rahmat....al-fatihah
takziah kak..saya pun mengalami benda yg sama..arwah sepupu paling rapat dah takde bulan 2 kemarin..sebab jantung
Post a Comment