Thursday, February 23, 2012

Ikan Percik



Assalamualaikum

Tiba-tiba saya teringin nak makan ikan percik. Dulu masa duduk di terengganu selalu kak muhaini jiran saya hantar lauk ni kat rumah saya. Seminggu sekali tu memang akan ada lauk ni. 



Buat sikit untuk lepaskan keinginan tekak..hehehe. Cili pun tak guling lumat, apalah mak dara sorang ni kan? ampun kan patik, demam tak larat menggiling lumat.huhuhu

Semak resepi jom.
Ikan kembung  3-4 ekor 
cili kering 8 -10 tangkai
bawang besar 2 biji
bawang merah 5 biji
serai sebatang
halia seinci
semangkuk santan pekat
garam, gula merah.
tepung beras untuk memekatkan kuah-saya tak guna
Caranya: saya garam dan kunyitkan ikan. Saya bakar hingga masak. 


Bahan untuk kuah, cili dan semua bahan dikisar dan di masak bersama santan. Rasakan masin dan manisnya ikut selera sendiri. Angkat kuah dan siramkan atas ikan. Bakar sebentar sebelum angkat dan dihidang.



www.tips-fb.com

15 comments:

H.J said...Reply To This Comment

hehe...makan dengan nasi panas sedap ni kak..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

xpernah rase ikan percik b4 this..
sampaila g pasar malam mase dekat U dlu nmpak orang jual ngan nasi kerabu..best jgk..tp kalau xrase manis sngt lg ok. :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

sedopnya dikkk....dan2 rasa mcm nak p cari nasi tu...

Peri PiA said...Reply To This Comment

kesukaan keluarga :)

SeputihSalju said...Reply To This Comment

nak cuba jugak la, nmpk simple tp sedap...selain ikan kembung, ikan apa lagi ye blh guna??

tq bg resepi...:-)

intan_blur said...Reply To This Comment

sedapppppppnyeee..salah 1 paberat..
thx sbb share resepi ye..
smoga dimurah kan rezeki..insyaAllah

Cho Zila said...Reply To This Comment

kena buat gak mingguni sbab dah tak tahu nak masakper ikantu...

kakchik@ella said...Reply To This Comment

pandai adik buat. akak langsung tak tau. hihi.

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

erm.sedapnye.

Izan Ishak said...Reply To This Comment

mak mertua izan rajin sgt buat ikan percik ni selain ayam percik. kegemaran kami satu family ni.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

seingat2 shida...shida xpernah makan lagi ikan percik huhuhu....sedih x...nanti ummi buat erk

mia izzati said...Reply To This Comment

sempoinyee..leh cuba nih

miya said...Reply To This Comment

mcm nk try jgkla. tq resepinya.

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

yg ni akak nak try buat lah, lamaaaa sgt x mkn :P

deno said...Reply To This Comment

deno tak pernah makan ikan percik... tp deno suka mkn ayam percik time bulan puasa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...