Tuesday, February 7, 2012

Jenis-Jenis Syaitan



Assalamualaikum...




Ingin LM kongsikan tentang jenis-jenis syaitan. Syaitan sentiasa mengganggu kehidupan kita, teringin LM kongsikan bersama jenis syaitan agar kita tau tentang perosak iman ini lebih mendalam.


1.Zalituun
- duduk di pasar agar manusia hilang sifat jimat. Menggoda manusia berbelanja lebih dan membeli barangan yang tidak diperlukan.

2.Wathiin
-Pergi kepada orang mendapat musibah agar berburuk sangka terhadap Allah.

3.A'awan
-mendekati pemerintah agar tidak mendekati rakyat dan tidak mahu mendengar kata ulama serta mengabaikan kebajikan rakyat.

4.Haffaf
-berkawan rapat dengan kaki botol. Berada dekat dengan tempat kamsiat yang ada arak seperti disko dan sebagainya

5.Murrah
-Melalaikan orang yang suka muzik agar terus lalai dan lupakan Allah

6.Masuud
-duduk di bibir agar manusia membuat fitnah, mengumpat dan apa saja penyakit yang bermula dari mulut.

7.Daasim
-berada di muka pintu rumah(berilah salam sebelum masuk ke dalam rumah). Jika tidak memberi salam dia akan masuk dan menghasud berlakunya pertelingkahan dalam rumah tangga. Suami kaki pukul, isteri hilang pertimbangan meminta cerai, memukul anak-anak dan pelbagai kemusnahan rumah tangga lain berlaku.

8.Walahaan
-Berada dalam diri manusia dan timbul was was dalam diri terutama dalam wuduk dan solat sehingga menjejaskan amalan ibadah yang lain.

9.Lakhuus
-Sahabat orang majusi yang menyembah matahari/api


Moga perkongsian LM kali ini dapat memberi sedikit info buat sahabat semua.



www.tips-fb.com

11 comments:

Eyeme said...Reply To This Comment

tq kak..info berguna..jarang sangat org buat pasal syaitan..kebiasaannya nama2 syurga..hihihi

nanakimie said...Reply To This Comment

terima kaseh sis....nice info:)

Syat0za Zai said...Reply To This Comment

woaa.. terima kasih kak :)

Izan Ishak said...Reply To This Comment

thanks for sharing miza..

My Simple Life With Music said...Reply To This Comment

Kak terima kasih kerana sudi berkongsi info ini dengan kami... Moga-moga kita sentiasa terhindar daripada hasutan-hasutan mereka, kan kak...

ieda said...Reply To This Comment

TQ sharing LM ..
semoga kita sentiasa di berikan perlindungan dibawah allah yg maha kuasa .. aminnnnnnn

diana said...Reply To This Comment

nampaknya syaitan yang pertama TU paling banyak buat kerja..hehehhe

Tihara said...Reply To This Comment

salam,

bagus info ni..entry mcm ni boleh jd reminder utk kita semua..thanks

Suhaili Sarif said...Reply To This Comment

GULP!!!
thanx kakak..ada nama rupanya syaiton ni...

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

thanks kak.berguna entry ni..

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

ketua syaitan nama ape ye? tau tapi lupa..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...