Thursday, February 2, 2012

Kecik Hati Tolak Tepi-Kasih Ibu



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ingin saya kongsi satu komen dari seorang kakak ni. Saya tak sempat nak minta keizinan dia untuk copy reply komen dia terhadap komen saya di blog beliau. Maka saya tak boleh nak letak link dia di sini takut ada yang bertanya lebih mengapa kecik hati atau sebagainya. Biarlah saya dan dia saja tau kerana saya memberi komen berdasarkan statusnya di facebook tempoh hari, maka tak enak kongsikan di sini kerana agak peribadi.




Apa yang menarik minat saya apabila akak kesayangan saya ni menjawab komen saya. Katanya sebagai ibu lebih-lebih lagi saya juga bergelar ibu pastinya saya faham juga. Kadang kala kita pasti akan ada rasa kecil hati atas tindakan anak pada kita pada suatu hari nanti. Tapi jika ada perasaan itu buang terus dan tolak ke tepi...begitulah lebih kurang pesanan ikhlas akak manis ni buat saya.



Bukan mudah menjadi ibu kan? Sekarang anak kecil boleh la kita kawal mereka. Bila mereka besar pastinya mereka juga punya prinsip, keputusan dan pegangan mereka. Kadang kala bila tak bersetuju pasti si ibu akan mudah berkecil hati. Ini bukan kes akak manis ni, tapi ini memang akan terjadi dalam kehidupan kita nanti. 



Boleh bayangkan tak kalau kita sebagai ibu sikit-sikit nak sentap dengan anak. Tau tak bahawa bila kita rasa kecil hati itu telah mengundang dosa buat si anak? Sebab tu saya sangat ambik berat apa yang akak manis ni pesan. Katanya sebagai ibu, jika ada rasa kecik hati cepat-cepat tolak ke tepi. Maknanya ...maafkan si anak. Bahaya kan jadi anak ni. Kadang-kadang kita tak perasan sikap kita melukakan ibu kita. 



Saya juga sebagai anak sangat kerap sakiti hati bonda. Kadang kala terlalu busy sampai saya lupa nak call bonda. Kesian bonda di sakiti kerana rindu. Bila bonda mula sms saya bertanya khabar saya mula dihambat rasa yang amat bersalah. Dengan hanya 50 sen sms yang saya kirim sms buat bonda dah cukup meredakan rindu dia pada saya sebenarnya. Kalau sempat call lebih baik kan? 



Hanya Allah yang tau bagaimana saya rasa bersalah membuat bonda merindu saya. Wahai bonda, ampunilah anakmu kerna membuat kerinduan bercambah dalam hatimu. Maafkan lah setiap kekasaran dalam tiap kata dan perlakuan ku padamu. Moga bonda sentiasa memaafkan setiap kesilapan dan kesalahan saya dan adik-adik. 



Saya tak banyak bergambar berdua dengan bonda rupanya. Hanya ini yang saya jumpa  ...huhu

 
Ingat tak kisah di zaman Rasullullah di mana seorang anak sukar mati hanya kerana ibu tidak memaafkan si anak yang melebihkan si isteri? Takut kan? besarnya kuasa ibu dalam diri kita. Lakukan kebaikan 3 kali pada ibu dan seterusnya berbuat lah kebaikan pada ayah. Besarnya kasih ibu tak mampu kita balas. Sebagai ibu saya sentiasa memaafkan kesalahan anak saya dari saat ini hingga saya memejamkan mata nanti. Moga setiap ibu di dunia ini sentiasa mendoakan kebaikan buat si anak dan jangan lah hukum anak dengan sumpahan dan menghukum mereka sebagai penderhaka. 



Buat akak manis, adik sangat berterima kasih atas komen akak tu. Ia menjadi panduan buat adik yang bergelar seorang ibu untuk menjadi seorang ibu yang baik. Buat anak-anak...balaslah sms bonda, call lah bonda, urutlah bonda bila dia sakit,senyumlah pada bonda,  rendah kan lah suaramu bila bercakap dengan bonda, bantu lah bonda dan buat lah apa saja sebagai tanda kamu sangat sayang dan hargai bonda kamu. Buat macam adik nadh saya yang kerap lawat bonda walau jauh. Saya suka cara nadh yang penyanyang...alhamdulillah.



Perkongsian ikhlas dari hati saya bagi wanita yang bergelar ibu dan kita yang bergelar anak. Maaf jika ada yang tersinggung dengan entri saya ini.
www.tips-fb.com

20 comments:

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

huwaaaaa~~ kak wat adk rdu kat mama dah.. T.T

Cik Puan Bunga said...Reply To This Comment

Kak, Doa emak (Walau macamana jahatpun emak tu) Allah makbulkan. ^-^

Sayang emak!

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Teringat pulak dengan kata-kata ni:

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.



Tetapi:



Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@fRaMe LenSeSrindu plak dah..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Cik Puan Bungabetul tu dik

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@AMMAR YASIRye ammar..mereka sentiasa memaafkan kita

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

hihihi kalau mas,kecik atie adalah tpi kejap je.tapi ada satu yang betul2 mas terasa hati,n allhamdullilah dah selesai cara baik.

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Kasih seorg Mak, x tnilai..... :D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@MaYa MustWanykita kecik ati xpe..jgn mak kecik ati mas

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Melati Qistyna's Mummybetul kak

-Incek Fik- said...Reply To This Comment

MasyaAllah! Satu entry yang cukup mengayat hati dan cukup menginsafkan..

Saya sayang ibu saya! Kalau boleh, setiap malam sebelum tidur kita mintak ampun dan mintak maaf kepada ibu kita sendiri andai kata ada terkasar bahasa mahu pon tersinggung perasaan walau pon hakikatnya kita tak sengaja di saat itu.

Ibu.. ampunkan anakmu ni ya..

Saya taknak jadi anak durhaka~

:)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Tq LM for sharing this entry..so touching..

InsyaAllah..lps ni xnak lg bt ank rasa berdosa dgn kita..kdg2 redha itu perlu...

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

sedih

kol ibu cpt2

nadh mmg penyayng kan kak? hehe

ieda said...Reply To This Comment

setuju dik
bila kita dah jadi ibu , baru kita sedar betapa tinggi dan mulia kita sebagai ibu disisi anak2 .. jadi jika kita nak berkecil hati , tolak lah ketepi , kerana kita tahu dosa yg bakal anak2 kita lalui nanti ..
segeralah memaafkan mereka .. insyaallah dik ..

Salim Harmanain said...Reply To This Comment

tiba2 jadi touching baca entri ni...saya sayang mak ketat2... :'(

Lelord said...Reply To This Comment

huhuhuhu ni yg x sabar nak balik mesia 17 feb ni

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

kakD pun rindu mak juga...walau pun kakD dekat dgn mak..TAPI kdg2 tak dan jumpa juga...nasib harini baru ja col ckp dgn mak....

siMpLY nana said...Reply To This Comment

Betul masih terngiang2 di telinga ni apabila seorg kakak di opis dulu ckp, kalau ank2 kita nakal dan kita sgt marah lalu menitiskan air mata.setitis air mata ibu tu akan mengundang dosa padanya.bayangkan kalau kita menangis teresak2,byknya dosa yg dia tanggung.begitu besar tanggungjawab seorang ibukan.begitu jg sebaliknya antara kita dgn ibu kita...

Izan Ishak said...Reply To This Comment

alhamdulillah.. baru semalam dapat cakap dgn mak. siap menitis airmata bila beritahu kat mak izan pregnant... mak pun macam terkejut "iye ke ni". sbbnya mak dah lama tak sambut cucu....

betul miza.. kadang2 bila anak2 buat salah cepat sgt izan meenjeruk rasa. kesian si anak bila dikenang2 balik... maafkan ummi ye anak2...

Peri PiA said...Reply To This Comment

semoga pia tidak melukakkan hati ibu :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...