Wednesday, February 1, 2012

Mula Iklan Barang




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sihat ke hari ni? Saya macam busy sikit beberapa hari ni. Tak tau apa yang saya busy kan, moga ia menjadi saham akhirat buat saya nanti, isya Allah. 

Buat pembaca setia saya, sahabat dan apa saja status yang kalian ingin tempatkan diri kalian dalam ruang hati kalian buat saya samada sebagai ibu, kakak, abang, adik, sahabat, uncle dan sebagainya...saya ada satu berita nak kongsi bersama di sini.



Satu berita yang pastinya saya ceritakan pada kalian kerana saya sentiasa minta kalian mendoakan agar saya dapat pulang semula ke tanah air. Alhamdulillah, Allah telah makbulkan doa saya, suami, ibu, bapa...dan kalian yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk saya. Allah telah meluaskan pintu rezeki kami dengan memberi peluang suami pekerjaan baru di tanah air. Alhamdulillah...suka tak terhingga saya tak boleh nak luah bagaimana.



Kemungkinan saya akan pulang ke tanah air dalam masa 2 bulan dari sekarang. Maka sekarang ni saya busy nak iklankan perabot dan barang makanan yang saya tak mau bawa pulang ke tanah air. Stok makanan masih banyak maka saya akan jual buat kawan malaysia di qatar ni.




Semalam LM iklan kan kicap manis, 5 minit lepas iklan terus habis di beli. Harga pun tak tau nak letak berapa lagi tapi dah habis ditempah mereka. Hari ni nak iklan barang lain pula. Proses mengosongkan almari dapur bermula..hehehe. Nampak gembira, tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih untuk tinggalkan bumi qatar yang saya sudah sebati dengan diri saya ni. Shopping tanpa risau peragut, tidur tanpa risau pencuri dan perompak. Tak takut perogol dan sebagainya. 



Hujan emas di negeri orang hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri. Tapi...alangkah baiknya jika negeri sendiri tahap keselamatannya terjamin kan?huhu





 
www.tips-fb.com

34 comments:

missSenget said...Reply To This Comment

Lepas ni bole laa jumpa sis..


hikhikhik..

Lelord said...Reply To This Comment

alhamdulillah...mesti banyak kenangan suka duka di qatar. moga semuanya dipermudahkan

Izan Ishak said...Reply To This Comment

syukur Alhamdulillah... miza dah nak balik Malaysia terus lah kiranya ni. mmg sedih jugakan kalau tempat yg kita dah mula biasakan diri...

nanti bila dah ada kat sini boleh lah kita jumpa2an ye!

alexa yussida said...Reply To This Comment

wahh..bole la ngedate kt mesia je nti kan :) kompem2 akn rindu qatar tuh nti..huuu

Lina said...Reply To This Comment

alhamdulillah...akhirnya dpt pulang ke bumi Malaysia...siap buat jualan pulak ye hehe

Kakzakie said...Reply To This Comment

Wah... dah jadi businesswomen dik ye... kicap kipas udang yg ditayang itulah juga kicap harian kami

Mesti sardin pun banyak stok juga kan...

najihah sahami said...Reply To This Comment

wah??kak....xtau nape. tapi mish pun turut rasa tempias hepinya tu. alhamulillah kak....macam tak percaya je. macam akak cakap, jenama LM ni dah sebati ngan Doha. haha. tiba2 ada kat malaysia. mish pun pasti rindu nak dengar cerita dari ovrsea lagi. apa2 pun, semua yang Allah tetapkan ada hikmahnya. seronoknyaaaaa. hehe..tahniah akak sayangggg! nanti date k kak...

Подтверждаю (fadzli) said...Reply To This Comment

as salam..
haha..akak pulang, saya dah takde kat malaysia

:p

selamat kembali ke tanah Air~
kalau ada roti butterscotch, mesti ada yang tempah

(^^,)

musim2 sejuk bagus untuk makan roti.

Jemput ziarah membaca entri pakcik.. ;)
syukran..entri terbaru :


Tahan air kencing punca kerosaKan buah pinggang dan pundi kencing


entri sebelum ni :

Cara meringankan solat dalam Islam


Under Guise Of Friendship

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

x sabar nak jumpa akak .huhu

laskar pelangi said...Reply To This Comment

wah akak dah nak balik menetap kat malaysia eh? :)

betul tu,negara kita sekarang dah xselamat macam dulu dulu.macam2 gejala sosial dah berlaku..menakutkan..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

yuhuuuuuuu lepas nie boleh jumpa miza....nak gomoi2 dengan baby syafiq nak manja2 dengan ummi nya...

mesti byk kan brg yg nak iklan...


belut pulang ke lumpur erk..hehe

ejulz said...Reply To This Comment

Perghhh.. dasyat la akak punya iklan. 5 minit dah abis.. hehe.. len kali xyah pegi web mudah.my la.. hehe cari akak je.. huHu

diana said...Reply To This Comment

lM...
BOLEH LA KITA JUMPA..TU PUN KALAU ADA PELUANG..:)

pena rozie said...Reply To This Comment

alhamdullilah....

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

berapa lama akak stay sana kak?

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Alhamdulillah ..... Jual jgn x jual... Tp jgn smpi x cukup tuk LM lak, Ada lg 2 bulan tu...hehehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@missSengetblh dik

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Lelordamin..mmg byk kenangan dear

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Izan Ishakye izan..hrp blh ketemu kan?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@alexa yussidaye yus..nnt kita ngedet

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Linatu la kak..takkan nk angkut bw blk lak

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Kakzakiesardin hmpr habis kak..haha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@najihah sahamixde lg entri psl qatar ek mish..huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Подтверждаю (fadzli)la..dah takda eh

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Rozuan Ismailwahh sabar2

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@laskar pelangiye pelangi..dah nk blk dah.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@aDisH.sHidAye..belut pulang ke lumpur..hari ni br kata2 tu sesuai utk saya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@ejulzhahaha..maju kan?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@dianapasti ada peluang jika kita berusaha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@pena rozietq PR

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@MaYa MustWany3 tahun

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Melati Qistyna's Mummyperingatan yg baik sis..haha.nnt lupa

syariena said...Reply To This Comment

Za, zairi dh dpt keje kt mane?hopefully kt kl :-) -syariena-

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

finally...happy tak tahu nak komen pe.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...