Sunday, February 5, 2012

Oman



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 




Sihat ke semua? Bila saya belek album saya ternampak gambar semasa kami di oman. Baru saya teringat saya belum kongsi cerita bersama pembaca setia blog ini tentang percutian kami ke oman tempoh hari.


Oman sangat cantik dan menenangkan. Bergunung ganang dan satu tempat yang sangat subur dan mempunyai penduduk yang sangat peramah. Sewaktu kami plan nak jelajahi oman tempoh hari sewaktu raya haji oman dilanda banjir. Banyak tempat yang ditenggelami air. Namun kami teruskan juga niat ke sana walau ada beberapa kawasan masih digenangi air.



Anak-anak sibuk nak tengok dolphine. Sewaktu kami bertolak dari hotel cuaca sangatlah suram. Kami bertawakal saja menghala ke sana. Harap dapat penuhi hajat anak-anak. Ternyata tak kesampaian kerana hujan rintik-rintik menyambut kehadiran kami ketika itu. Hanya bot kecil mahu membawa kami bersiar-siar mengelillingi pulau itu. Kata mereka perjalanan untuk melihat dolphine makan masa sejam lebih dan bot akan berhenti di tengah lautan selama sejam lebuh ke 2 jam untuk bermain dengan dolphine.



Memang kurang sesuai aktiviti tu untuk saya dan adik syafiq yang baru berumur 3 bulan waktu itu. Cuaca pun tak mengizinkan maka kami setuju menaiki bot melihat keindahan lautan ciptaan Allah bagi mengubati keinginan anak-anak nak naik bot.





bot kecil saja...mula naik adik syafiq dah menguap.



pintu gerbang yang sangat cantik. salah satu tanda kebesaran Allah



Cantik



subhanallah...cantik kan?


Lihatlah batu di sekeliling laut tu...rupanya seperti tanah liat. Pelbagai bentuk ada yang berupa kapal, bonggol unta dan ada salah satu tu seperti kepala buaya. itu saya tak sempat snap gambar kerana waktu tu adik syafiq sedang tidur. 


Hanya beberapa keping gambar ni saya boleh kongsikan bersama kalian. Moga kita tergolong di antara hamba Allah yang mensyukuri nikmat Allah dan menjaga keindahan alam sebaik mungkin agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan ciptaan Allah ini.



Jauh juga tempat ni dari hotel kami. Lapar perut saya lepas turun dari bot. Hujan lebat membasahi kami sebelum sempat kami menaiki kereta pun masa tu. 




www.tips-fb.com

21 comments:

laskar pelangi said...Reply To This Comment

subhanallah..cantikkknyeeeeeee kat situ.ni tgk dalam gambar pun dah terpegun.kalau tgk real.lg lah...=)
salam maulidur rasul kak :)

H.J said...Reply To This Comment

lawa jugak nampak oman

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Seronoknya.... Cantik2 plak tu, suasana pon x menggambarkan musim banjir, cerah je akak nmpk cuaca.... :)

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

Subhanallah, cantiknya. teringin satu hari nanti cik ina nak jejak kat sana: beruntung lydia dapat duk sana : )

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@laskar pelangisalam maulidurrasul pelangi.mmg cantik, akak pun terpegun

deno said...Reply To This Comment

cantiknya... teringin nak pergi sana... kak lydia bertuah dapat berkunjung di sana... doakan deno dpt ke sana suatu hari nanti... :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@H.Joman byk pokok HJ tu yg nmpk aman je tu.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Melati Qistyna's Mummymasa gmbr ni diambil mmg hujan renyai2 kak..haha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Cik Ina Do Do Chengjauh juga qatar ngan oman cik ina. tp tu kami gagahkan diri ke sana sbb ramai kata oman cantik dan tenang.

al-lavendari said...Reply To This Comment

uncle bimbang tengok awak naik bot anak beranak tak pakai jaket keselamatan.

memang tak pakai ke ?

Kalamhati said...Reply To This Comment

cantik la adik..bestnyee kalu dpt shooting..huhu

Sam Banjamin said...Reply To This Comment

tentu bahagia di sana bukan... walaupun jauh diperantauan... mudah2an satu hari nanti saya akan ke sana juga... amin...

mira maisara said...Reply To This Comment

caantiknye!

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

cantiknya Oman

yad'z said...Reply To This Comment

wah, bestnya sis LM ...
mesti best kan... ?

indahnya ciptaan Allah..
sejuk je mata memandang.. =)

Izan Ishak said...Reply To This Comment

subhanallah.. cantiknya oman!

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

cantikla Oman.. bestnya LM.. beruntung LM dapat jugak menjengah2 negara2 sekitar sana..

anamizu kaito said...Reply To This Comment

subhanallah canteknya oman!


slm maulidur rasul ummi :)







luv,
ana

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

subhanallah..cantiknye kak..
Qila stylo sungguh.. :)

Peri PiA said...Reply To This Comment

MasyAllah dolhpin?pia suka sgt dolphin

syidah abu bakar said...Reply To This Comment

assalamualaikum kak...
seronok tengok akak melancong ke oman. saya sebenarnya sedang mencari pakej melancong ke oman...akak pergi sendiri atau dgn travel agency??
berapa bajet ye klu nak kesana?
boleh akak suggestkan travel agency yang murah dan best x?
terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...