Sunday, February 12, 2012

Puding Roti Nutella Berry



Assalamuaalikum dan salam sejahtera.

Sihat ke semua? saya sangat sakit kepala. Dah banyak hari adik syafiq tak tido malam. Menjerit-jerit menangis nak minta susu. Hari ni memang paling parah sampai saya terlewat bangun. Encik suami pun terlewatlah sampai tertinggal bas pergi kerja. Nasib badan lah kan?


Semalam saya mendapat undangan makan tengah hari di rumah sahabat saya. Jauh tu nak ke al-khor dari doha. Jauh bagi saya yang tak selalu ke sana ni la...pada saya sejam tu jauh la sampai saya terlena dalam kereta. Janji lepas zohor, maka lepas solat kami pun gerak ke sana. Tak tau nak bawa apa sebagai buah tangan, saya yang ketandusan idea cuma menyediakan puding roti nutella berry ni saja untuk dibawa ke sana semalam.



Nampak comot sebab saya tak mahir melapis warna dia. Silap saya sebab guna loyang 4 segi, biasa saya guna loyang bulat untuk buat corak dia...huhu. Takpe, comot tapi sedap di tekak kami.


Jom semak resepi.
1/2 bungkus agar-agar yang 28gm
1/2 tin susu cair yang 400ml.
1 bungkus air dari bungkusan agar-agar tadi
2 sudu besar tepung kastad
gula secukup rasa
roti 2 keping 
pewarna dan perasa kegemaran
*coklat saya perisakan dengan nutella dan serbuk koko
*hijau saya perisakan dengan pandan
*kuning saya perisakan dengan perasa manggo
*merah tu saya perisakan dengan rasberry.


Caranya: jerang agar-agar hingga hancur dengan air yang disukat guna bungkusan agar-agar tadi. Masukkan roti yang telah dikisar bersama susu cair dan tepung kastad. Masukkan gula dan mulakan membahagi beberapa adunan dan letak perasa kegemaran kalian.


Proses melapis perlu cepat kerana ia cepat beku. Sangat sesuai bagi mereka yang memburu waktu. Proses memasak sangat cepat dan proses membeku pun tak lama. Selamat mencuba...


Bila makan agar-agar ni saya terkenang kak sarahnajwan kita. Pertama kali tengok masa dia tayang dia bawa gath mereka dengan blogger kuantan. Dia buat warna hijau tapi saya tak pasti dia tunjuk resepi ke tidak. Saya yang hamil masa tu terus teringin nak cuba buat dan mula campak-campak bahan agar dapat makan juga. Mungin resepi kami tak sama kot tapi memang anak saya suka makan puding ni.



nutella sebotol ni kejap je saya habiskan nanti..ehehe.


www.tips-fb.com

9 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

terliur kakakecik melihat nya.....erm roti ada lagi kat rumah...tp bila nak buat nie...dah kerja malas nak masak mcm nie...huhuhu

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hurmm..dapnye ummi...
nutella ngn roti pon dah sedap..
pe lg la wat puding nih..nyum2..

H.J said...Reply To This Comment

tak de lebih ke kak???haha

Kalamhati said...Reply To This Comment

rupa nomot dua..yg penting sodaappp..hehe
cantik dah tu adik..=)

Iza Teratak Usang said...Reply To This Comment

Assalam..
Sedap nampak tu..
Kanak2 memang suka puding..

hazanis said...Reply To This Comment

waa..sedap nye..nanti nak cuba lah..:)

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Amboi adik. rajinnya dia buat lapis demi lapis. KC malas. Hihihi.

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

sedapnyaaa kak. nk jugakkk.. ;)

siMpLY nana said...Reply To This Comment

x penah letak nutella dlm lengkong.misti sedp....sesekali derhaka kekadag lg menyelerakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...