Wednesday, February 22, 2012

Roti Kentang




Assalamualaikum dan salam sejahtera . Semalam saya godek blog Mat Gebu mencari resepi roti kentang. Memang terbaik resepi yang dikongsikan tu. Saya terkesima sebentar tak sangka diri berjaya membuat roti kentang yang lembut tu.



Resepi saya ambil dari blog cik mat yang ini

Minta izin ye CMG saya share resepi anda di blog saya pula agar ia dapat menjadi panduan bagi para sahabat lain yang suka meroti ni. 

Bahan Doh:
300gm tepung roti
135 air dari peti ais
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh bread softener-saya tak letak yang ini sebab takda.
50 gm gula halus
60 gm kentang rebus yang dilecek-saya letak 80 gm sbb sayang nak buang lebih tu..hik3
2 camca teh yis segera
1/2 biji telur anggaran 30 gm(saya letak sebiji telur sebab telur sini kecik cenonet)

Campurkan semua bahan dalam bread maker dan tekan setting untuk doh. 

Buangkan angin dan mula bentukkan . Saya dapat 16 biji sebab buat saiz kecil-kecil .  Kalau ikut cik mat dia kata anggaran 52 gram sebiji tu dia dapat dalam 12 biji roti kentang ni. Biar naik 2 kali ganda dan letak kastad dan bakar 40 minit . Saya bakar dengan 175 degree celcius saja.



Bahan kastad
3/4 cawan susu
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad
1 camca teh mentega 
1/2 camca teh esen vanila -saya tak letak.

Selamat mencuba..kesian adik rain minta resepi roti dah lama sis tak sempat bagi..

 


www.tips-fb.com

13 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Belum pandai lg la LM meroti2 roti ni..hehe

diana said...Reply To This Comment

cantik roti lm...
balik sini boleh berniaga nie...:)

~ yus ~ said...Reply To This Comment

Tahniah berjaya buat. Saya kalau buat roti selalu tak jadi...huhu

syamsid dhuha said...Reply To This Comment

eh ni yg nak buat ni . nice sharing ^^

azsuliana said...Reply To This Comment

awk dah leh buka kedai ni...berserat2, cantik je rupa dia.makan panas2 misti berbuku2 kita makan...ermmm yummy...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

lepas ni beli roti handmade from akk jela.. :)

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

roti kentang? bunyi mcm berkhasiat je

Peri PiA said...Reply To This Comment

jeles ni hihi

blog CMG memang best :)

JIJI YU said...Reply To This Comment

bile mama nak wat untuk ittewww

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

roti kentang?mcm ne upanyer?close up sgt..sampai xfhm sgt..ke roti biasa tapi rasa kentang?

Ika said...Reply To This Comment

waaahh.. menarik ! :))

lala yusof said...Reply To This Comment

lapar pulak rasa....

Rain said...Reply To This Comment

wekand ni nk try semua resipi sis termasuk yg nuget tu hihi

love!

thanks :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...