Wednesday, February 22, 2012

Sup Ikan Merah



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Apa khabar semua ? Maaf lambat update blog yang dah keras macam batu belok dah ni. Amat busy sekarang ni. Tak dapat nak balas jejak, balas follow, baca entri ilmiah korang. Sedihnya...kalau tak pasti ada info terbaru, tips dan macam-macam cerita saya dapat baca.


Takmo bebel panjang nak share menu kami semalam. Sup ikan merah. Anak saya suka sup ikan merah ni sebab isinya lembut dan rasanya sangat sedap. Red snipper ni amat mudah nak dapat kat qatar. Saya buat sup sebab maisarah minta buat sup sebab dia nak makan dengan sambal kicap.


Dalam periuk lagi..

Menu mudah untuk orang malas dan demam macam kami. Jom semak resepi bagi yang nak resepi. Bagi yang dah mahir masak tak perlu lah ye, sebab resepi adalah hasil campak-campak akak comot yang tak pandai masak gak sebenarnya..ahaha.


 Bahan:
3 potong Ikan merah
1 biji Bawang besar-saiz sedang*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia-jika suka blh lebihkan*
kentang
carrot
sup bunjut adabi
garam
daun sup

Kisar semua bahan-bahan bertanda (*), tumis garing dengan api sederhana , masukkan air , masukkan kentang sehingga hampir empuk. Kemudian masukkan sup bunjut adabi, carrot dan ikan. Rasakan garam dan masak hingga ikan elok masak. Jangan sampai terlebih masak ikan tu. Nanti tak sedap. Hiaskan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng . Mudah saja cara saya yang malas ni..hihihi. 



www.tips-fb.com

13 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

menu favorite ayah saye kat umah...
yg penting sambal kicap mesti ade..sampaikn hitam kuah sup ni dlm pinggan.. :)

pandai maisara pilih menu time2 ummi demam..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

nyum nyum.....
kalau kakakecik goreng dulu ikan merah tu.....tp apa pun yang suka sebab da kentang...

i like kentang
i love kentang

deno said...Reply To This Comment

emmm... terbau-bau sup kat sini... nampak menyelerakan... :) deno suka jugak mkn sup sbb ia lebih baik utk kesihtan, doc nutrisi deno ckp, lebih baik kurangkan makanan bergoreng dan lebihkan makanan yg bersup. ia baik utk kesihatan :)

ghost writer said...Reply To This Comment

tapi yang nih jenis kulit putih.kalau yang jenis kulit kemerahan atau lebih pinky bila dimasak lagi sodap kannn...

goreng ngan kunyit pun sodap nih,LM. :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@.: iEyLa :.owh.kesukaan ayah ye.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@aDisH.sHidAhehe..awak mmg tak leh tgk kentang

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@denoklu deno ada kan best.leh mkn sama

Peri PiA said...Reply To This Comment

1 of kesukaan ni LM :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@ghost writersaya beli merah je kulit dia,, klu yg putih tu nama dia white snipper.murah sket harganya

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

akak x penah msk sup ikan, takut hanyir, umah ni sensitf skit..huhuhu

nampak menggiurkan :)

Suara Kalbu said...Reply To This Comment

Tadi datang ada entry makan, skrg datang ada sup pulak.. adoiiiiiii..... lapar ni

lieynanilaz said...Reply To This Comment

saya kalau sup2 ni memang favourite...

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

baunya sampai ke sini.hehe.sedap nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...