Thursday, February 16, 2012

Ulasan Cerpen Dia Bukan Milikku



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


LM ingin mengulas sikit tentang cerpen bersiri yang LM tulis beberapa hari lalu. Sebenarnya memang tak rancang nak buat cerpen, tiba-tiba bila boring tertaip satu episod. Nak buat enovel tu memang takdalah sebab sangat memerlukan kepakaran dan banyak buang masa depan laptop kan. Maka cerpen adalah satu cabang hobi selain berblog bila saya ada masa. Hanya suka-suka dan terus terang saya memang takda bakat langsung dalam penulisan sebenarnya.


Selalunya saya akan update pasal menu makanan seharian saya,tips kurus  dan anak-anak saja di sini. Bila buat cerpen ramai terkejut, ramai tak suka dan ramai juga yang suka dan menyokong. Saya tak terkejut dengan reaksi anda bagi pembaca setia di sini.Saya juga tak sangka saya akan menaipcerpen di blog ini. Semua dah berlaku dan cerpen bersiri 5 episod tu pun dah tamat. 


Dengan rendah hati saya mohon ampun dan maaf atas penggunaan nama dalam watak Duan dan Qaseh.Tanpa disedari ada blogger yang bernama Qaseh dan Duan dalam watak rekaan saya ni.Namun saya percaya perwatakan dan personaliti mereka jauh berbeza dari watak rekaan saya ini. Maaf sekali lagi saya terlepas pandang benda ni. Pernah adik Qaseh tanya pada saya..kenapawatak tu namanya Qaseh, itu sudah membuat saya cukup terkedu. Cerpen baru pun begitu juga.Dah siap taip satu episod baru saya perasan nama Ayu tu sama dengan nama kak ayu CR. Tapi lepas saya tanya beliau beliau tak marah nama nya ada di cerpen ini walau saya sangat tak perasan kebetulan itu berlaku. Watak ayu juga pastinya tak sama dengan watak kak ayu ye para pembaca.


Ramai marah watak Naz, kerana dia seperti tunggul dan nampak sangat beruntung tak perlu berkorban perasaan dalam masalah mereka. Tapi kita nampak tak bahawa Naz seorang anak yang patuh pada kata ummi,   ayah dan wasiat arwah ibunya. Bukan mudah NAz untuk menerima Qaseh sebagai suri hatinya sedangkan mereka hidup sebagai adik beradik selama ini.Duan juga sangat menghormati permintaan ummi dan ayah Qaseh dan sanggup buat apa saja demi cintanya pada Qaseh dan persahabatannya pada Naz. Beruntungnya Qaseh memiliki cinta Duan walau tak kesampaian hasrat mereka untuk bernikah. Qaseh pula padamulanya nampak keras hati dan ingin memperjuangkan cintanya pada Duan namun terpaksa mengalah demi kasih dan cintanya pada ummi dan ayah.


Nampak ada happy ending dalam cerpen tu apabila Qaseh bernikah dengan Naz juga akhirnya.Tapi bolehkah kita selami hati Qaseh? Cuba hayati kata-akhir Qaseh, sampai bila-bila pun dia tak akan melupakan Duan. Jika kita berada di tempat Qaseh juga kita tak mungkin akan dapat melupakan memori cinta  bersama Duan walaupun kini Naz dan Qaseh telah bernikah. Mustahil untuk melupakan kenangannya bersama Duan terutama selepas semua pengorbanan yang telah Duan lakukan buat Qaseh dan Naz.


Bak kata adik nadh,unsangkareble cerita akak. Dia sangka Duan akan bernikah dengan Qaseh dan bukan Naz katanya. Tapi itulah perjalanan hidup kita.Apa yang berlaku memang tak kita sangka. Jangan menilai perasaan orang hanya dari mata kasar.Kita yakin Qaseh bahagia? walau Naz berjaya membahagiakan Qaseh namun cardigan hitam dan rantai yang Duan bagi Qaseh tu pastinya akan sentiasa mengingatkan Qaseh pada memori lama. Berilah Qaseh waktu untuk mengatur perjalanan hidupnya dan belajar menerima hakikat Duan telah pergi dari hidupnya.Selamanya....


Kasih sayang dan ketaan pada orang tu itu perlu kita utamakan. Persahabatan jangan sampai tumbuh duri bila berlaku konfik percintaan . Sekeras mana hati anak pasti akan luntur apabila ibu dan ayah meminta mereka jadi anak yang taat. Semuanya berlaku demi mencari keredhaan Illahi.Jika Qaseh tak ingat Allah pasti dia sudah menderhaka pada kata ummi dan ayah kan? Namun itu hanya hayalan penulis sahaja...


www.tips-fb.com

11 comments:

duan lang said...Reply To This Comment

emmmm...ok...tp best citer ni..kalau ade yg tak puas ati..tu mknanya penulis berjaya menulis dengan baik sehingga ia terkesan dalam hati pembaca...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

LM memang ada bakat la dalam penulisan..serius..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

nice cerpen for the start..

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

Sapa kutuk duan adk mrh ni. Hhihi

siMpLY nana said...Reply To This Comment

Smoga berjaya di bidang penulisan...nk kena minx autograf ni bila dh print ni...

Eyeme said...Reply To This Comment

xpe kak..kebetulan je nama tu sama..kdg2 bia kita fikir plot ceira yg nak di buat tu, tak terlintas pun nama2 tu akan bersangkut paut kan kak?


cool aje :D

diana said...Reply To This Comment

SAYA SOKONG JE APA YANG KAWAN2 BUAT.LAGIPUN BENDA BAIK..KAN??NAK BELI NOVEL KAT KEDAI SELALU2 SANGT TAK MAMPU...HEHEH

Belalang hijau Perisik said...Reply To This Comment

lepas ni boleh la buat watak nama belalang pulak... jadi org jahat pun ok jer... hahaha

I said...Reply To This Comment

ada tag untuk akak. tq
http://oiikaoi.blogspot.com/2012/02/tag-game.html

LadyBird said...Reply To This Comment

sedih.. gembira.. terluka..

nanti nak buat cerpen ape plak.. nanti tulis nama ladybird ek.. hihi..

Peri PiA said...Reply To This Comment

rase sedih
pia tak sempat nak bace lagi LM huhu

insyAllah jika ade mase pia bace ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...