Tuesday, March 13, 2012

12 Kelebihan Wanita Di Dalam Islam


Assalamualaikum semua...

Ingin LM kongsikan 12 kelebihan wanita di dalam Islam. Ketahuilah bahawa wanita amat mulia kedudukannya dalam agama Islam dan terlalu banyak keistimewaan wanita dalam Islam.


1.Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
12. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

kredit: sumber




www.tips-fb.com

12 comments:

Wani said...Reply To This Comment

Bersyukur dengan kejadian yg dpinjamkan oleh Allah SWT.. Laki dengan prempuan, masing2 ada klebihan dan kkurangan..

al-lavendari said...Reply To This Comment

yang no. 7 itu, amat benar sekali.

najihah sahami said...Reply To This Comment

bersyukur menjadi wanita~ hehe. setiap jantina ada kelebihannya kan kak..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...Reply To This Comment

syukur kita dilahirkan sebagai seorang wanita =)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Ye, betul tu wani

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Betul tu uncle

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Klu diberi pilihan pun akak xmo jd lelaki la mish

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Saya pun sis^_^

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

syukur dilahirkan sbg "WANITA"...

wanabee said...Reply To This Comment

alhamdulillahx3 . setiap apa yg Dia jadikan ada ada baik ada kurang ,saling melengkapi . :)

Peri PiA said...Reply To This Comment

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar :)

Ana Liyana said...Reply To This Comment

Assalamualaikum.. Ohsem~! Hee... Alhamdulillah dijadikan Allah sebagai seorang wanita. Tapi, ana nak beri suggestion kepada saudari. Lebih ohsem lagi jika saudari nyatakan sekali sumber bagi kenyataan2 atau statements yang saudari perolehi, misalnya hadith riwayat siapa atau dalil daripada surah mana. Just untuk mengukuhkan lagi kesahihannya dan untuk mengelakkan daripada kenyataan2 yang kurang tepat. Maaf jika penggunaan ayat ana kurang indah tapi niat ana ikhlas hanya untuk berkongsi pendapat. Harap saudari dapat faham apa yang ana cuba sampaikan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...