Sunday, March 18, 2012

Aiskrim Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang ni kena laju habiskan stok makanan selain perlu agih pada kawan-kawan sebelum pulang ke malaysia. Selak-selak stok makanan masih ada banyak asam masin merah dan putih. Maka LM pun buatlah aiskrim untuk budak-budak ni.


Stok jus oren TANG pun masih ada, so LM buat air oren dan letak asam boi dalamnya ...sedap, laju je budak ni makan. Terkenang zaman dulu balik sekolah agama mesti beli aiskrim macam ni. Lagi satu aiskrim limau nipis dengan asam boi putih...perghh memang sedap. Time tengah hari memang syok layan aiskrim masam dari layan yang manis macam milo atau sirap tu kan?nyum nyum nyum...

 
www.tips-fb.com

14 comments:

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

eskrem batang seposen satu!

laskar pelangi said...Reply To This Comment

sedap snggh makan aiskrim asam masin ni time panas2....=))

lieynanilaz said...Reply To This Comment

teringat zaman kecik dulu memang peberet aiskrim malaysia ni...

dah nak balik malaysia yerr...balik terus atau bercuti?

Izan Ishak said...Reply To This Comment

sedapnya aiskrim asam boi miza... izan pun jarang sgt buat sendiri. maklumlah peti ais pun comel aje.

KuNanGKuNanG said...Reply To This Comment

sama la sy dulu,time balik sekolah mesti beli aiskrim ni..seposen je satu..

kiera'sakura said...Reply To This Comment

terliur la kak.. huhuhuhu

hanah said...Reply To This Comment

haha..teringat zaman kecik2 dulu ... aiskrim! 10 sen je.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

shida pun buat lebih kurang 40 batang 2 malam berturut2....letak asam boi 2 bj lagi....hehehhee

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

suka jugak.. hehehe..

al-lavendari said...Reply To This Comment

balik Malaysia nanti boleh buka kilang buat aiskrim .. dan awak jadi duta produk. pasti habis punya.

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Fuhhh... Mug sedap, nak2 yg asam boi ni.... Heee

yana lyana said...Reply To This Comment

lame tak makan asikrim malaysia ni.
teringat zaman kanak2 dulu.. :)

Cik Kamoo said...Reply To This Comment

teringat zaman kecik2 dulu, mak rajin wat eskrem Malaysia nie...sedap

deno said...Reply To This Comment

eh... aiskrim nie!! dulu time budak2 selalu gak beli lepas balik mengaji.. maklum la cuaca panas, sambil kayuh beskal sambil nyot2 aiskrm batang.... heeee :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...