Wednesday, March 7, 2012

Bumi Allah Itu Luas -Part 2



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua? Jom sambung cerita semalam tentang entri ini . Beg saya hilang...yang ada cuma sehelai sepinggang saja. Nak tidur pun pinjam baju encik suami. Baju kecik, baju besar, seluar kecik atau besar semua takda. Mall bersebelahan saja dengan hotel, dapatlah beli apa yang wajib. Baju semua tak berkenan di hati bab harga dan rupanya masa tu. Report dah buat sebelum kami tinggalkan airport. Memang hairan hilang ke mana baju saya satu beg tu...huhuhu.

Rakan yang dah tinggal di Qatar setahun lalu datang melawat kami di hotel. Berbual panjang sampai jam 10 malam. Saya masih guna baju yang sama. Boleh bayangkan tak saya pakai baju tu sebelum ke KLIA dari segamat. Perjalanan 2 jam lebih ke KLIA, bording lama ... penerbangan 8 jam dan sampai Qatar perbezaan waktu selama 5 jam pula. Saya sampai awal subuh, pakai baju tu sampai malam...huhu.Sedih sangat rasa hati ni. Nak tukar baju...hati saya merintih. Call bonda kejap saja pun habis 30 riyal, mengadu beg baju hilang. Kawan yang melawat kami di hotel tadi menawarkan bantuannya.Dia bagi nombor telefon dia untuk pihak airport hubungi kami jika terjumpa beg saya.

Hari ke dua saya takmo keluar hotel. Berbaju besar pinjam dari encik suami saja. Makan pun main telefon minta hantar ke bilik saja. Kebetulan ada rakan yang dah sampai ke Doha ni 3-4 bulan awal dari saya dan apartmentnya di sebelah hotel kami. Isterinya menawarkan untuk bagi saya pinjam baju dan tudungnya memandangkan kat sini mana ada tudung macam malaysia tu kan. Tapi saiz dia lain, saiz saya lain. Mana muat saya nak guna saiz baju 38 sedangkan masa tu baju saya saiz 42?Padan muka domok sangat sampai tak boleh pinjam baju kawan kan?huhuhu..sedih sangat. Pihak RASGAS dah aturkan urusan medical check up kami dibuat pada hari kedua. Dengan baju semalam tu saya pergi buat segala urusan tau..sedihnya saya...huhuhu. Saya nak baju saya!!! hati merintih sedih.

Owh ye, lupa nak cerita..saat saya tiba di bumi qatar, masa awal mac tu masih lagi musim sejuk. Masa tu suhu antara 13-15 degree celcius. Alhamdulillah saya tak berpeluh dan baju saya tak bau masyam.Mood ke laut masa tu, tak rasa best pun Qatar pada pandangan mata saya. Hidup tanpa pakaian buat hati saya rasa sedih, sayu...huhu. Hari ketiga lepas pulang dari kerja hubby bagi tau orang airport dah call bagi tau beg saya dah jumpa. Alhamdulillah...saya menangis lagi. Hari tu menangis sedih ni menangis gembira. Syukurlah.

Encik suami pergi ambil beg dengan anak-anak saja kerana saya dah tak sanggup nak pakai baju tu lagi..hihihi. Mereka menaiki teksi ke airport dan saya menanti di hotel dengan penuh debar. Dapat saja beg dia call dan kata itu memang beg saya. Alhamdulillah beg masih berkunci tapi rupanya tangkai beg saya patah semasa mereka angkat di KLIA. Di tangkai tu segala maklumat nama dan alamat saya. Oleh kerana takda maklumat, maka beg tu mereka tak angkut naik pesawat. 

Sampai hotel saja beg tu saya dah siap selongkar semua. Ambik baju dan laju-laju gosok sebab dah tak sabar nak pakai baju saya untuk jalan esoknya. Rakan nak ajak makan di rumah mereka pun saya tak mau sebab takda baju, sekarang dah ada baju sesuai saya dah gembira. Buat pengetahuan semua beberapa helai baju yang saya beli tu pun hanya baju yang menepati ciri untuk tinggal di rumah saja. Tak cukup syarat untuk di pakai di khalayak ramai. Baju mahal giler..seluar beratus-ratus. Blouse sampai 2-3 ratus...saya tak jumpa kedai yang murah masa tu. Bila dapat semula pakaian saya rasa seperti jantung saya kembali berdegup..ehehe.

Keesokan harinya kami menerima undangan makan malam di rumah kawan yang melawat kami di hotel pada hari pertama tu. Abang Rosman dan kak Syam ajak kami ke rumahnya. Terpaku dengan rumah mereka. Apartmen besar...cantik dan luas. Kata mereka rumah kami nanti lagi besar, duduk villa..umah 2 tingkat. Pilih saja nak duduk rumah besar mana nanti katanya. Owh, saya rasa saya dah jatuh hati dengan rumah mereka.cukup cantik dan selesa pada mata saya, jakun kan saya?huhuhu.Alhamdulillah kami diraikan dengan jamuan nasi ayam.anak-anak dan mak bapak semua makan bertambah sampai hilang rasa malu sebab dah 4 hari tak jumpa nasi. Duduk hotel asik makan macam omputeh sampai tekak dah rindu nasi. 

Dah 3 tahun perkara ini berlalu, namun jasa kak syam dan suami, jasa khairul dan isterinya liya...sahabat yang mula-mula membantu kami di sini amat saya kenang. Siapa liya?dia tu sahabat yang slim nak bagi pinjam baju tu la.. nanti saya cerita pula di lain entri ye pasal undangan ke rumahnya pula. Lama duduk hotel sampai 2 minggu buat kami tak sabar nak masuk rumah. Nak makan nasi, nak duduk selesa..macam lah tak selesa duduk hotel tu dah la dapat 2 bilik masa tu...hihi. Tapi nak rumah gak, sebab tak tau rumah macam mana lagi yang kami akan dapat nanti.




www.tips-fb.com

6 comments:

Peri PiA said...Reply To This Comment

sukarnya keadaan itu,alhamdulillah LM berjaya tempuhinya :)

Nama said...Reply To This Comment

Betul org ckp kan hujan emas ditempat orang,hujan batu ditempat sendiri

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

alhamdlah dapat semula beg tu..kalau x sampai ke sudah la ye ummi mood ke laut...

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

allhamdullilah..klu x mesti akak pakai je baju tuh n sedih..rezeki akak..xkemana..pengalaman kan

ummi_khalish said...Reply To This Comment

alhamdulillah..mesti lega sangat hati dapat beg tu kan..pengalaman berharga..
p/s:lm,seronoknya dah nak balik m'sia..semoga bertambah murah rezeki dan dipermudahkan segalanya...

adele said...Reply To This Comment

tak kenal maka tak cinta Qatar..

bila dah kenal terus jatuh cinta kan kak.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...