Wednesday, March 7, 2012

Bumi Allah Itu Luas



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Lamanya saya tak mencoret, berceloteh dan meluangkan masa bersama kekasih hati si pink phanter saya ni. Buah hati saya ni dah merajuk agaknya sebab tuan dia busy sampai biarkan dia tak dijenguk. Buat para membaca setia di sini ampun maaf dipinta memang LM sangat busy lately.

Mengapa saya busy? sebenarnya bila tengok kalendar baru saya perasan yang 1 Mac lalu genap 3 tahun kami merantau di bumi Ad Dawhah ini. Bumi Qatar yang menerima kehadiran kami bagi mencari rezeki sesuap nasi sekeluarga.

Gambar  ni saya bersama adik bongsu masa nak berlepas ke Doha, Qatar dari KLIA. Abaikan wajah gebu akak comot tu ye..ehehe. Memang saya gemuk pun masa mula sampai Qatar dengan berat 63kg. Seluruh keluarga menghantar kami, agak banjir juga KLIA  masa tu dengan juraian air mata saya, bonda dan adik beradik saya.

Alhamdulillah penerbangan selama hampir 8 jam selamat dan kami sampai ke bumi Qatar pada subuh hari 1 Mac 2009. Sampai saja turun dari pesawat dah ada yang menanti wakil dari RASGAS, bawa kami dengan senyuman, mengopi dan makan biskut, coklat semua dulu sementara siap urusan pasport semua tu.

Siap ambil beg dan segala barang driver hotel dah menanti kami. Alhamdulillah kami diberi penginapan selama 2 minggu di MILLENIUM HOTEL Doha, Qatar sebelum dipindahkan ke rumah transit pula selepas itu.
Millennium Hotel Doha

gambar hotel millenium hotel doha

 
Bukti kami sampai sana 1 Mac 2009.

Alhamdulillah kami diberi 2 bilik yang sangat selesa dan makan yang cukup selama di sana. Gambar ni pada hari pertama kami sampai, anak dan ibu semua bam bam...gebu gebas masa tu. Tak sangka dah 3 tahun kami di sini dan alhamdulillah encik suami dah dapat offer kerja di tanah air dan kami akan meninggalkan bumi Qatar ni tak lama lagi, InsyaAllah. 

Saya kehilangan beg pakaian masa sampai ke sana. Satu beg yang dipenuhi pakaian saya hilang tak saya temui masa sampai ke sana. Mana beg saya?siapa yang ambil beg saya? saya hanya tinggal sehelai sepinggang untuk mulakan kehidupan baru di bumi orang, di negara orang. Pakaian yang saya pakai di atas adalah satu-satunya pakaian yang ada buat saya. Tidur malam tu pinjam baju encik suami. Saya akan ceritakan di mana beg saya, dan bagaimana ia boleh hilang pada entri lain ye...


Terima kasih kepada rakan yang sudi membaca. Dah lama tak bercerita di sini. Dah lama tak luang masa menaip dan dah lama tak cerita pengalaman saya sebagai anak perantau di bumi arab ni kan? Apa yang ingin saya katakan, bumi Allah ni luas, merantau lah selagi ada peluang kerana sudut mana pun kita berada kita tetap berbumbungkan langit yang sama dan berpijak di bumi yang sama tanpa berpenghujung. Seperti belut pulang ke lumpur, begitulah kami yang akan pulang ke tanah air tak lama lagi, insya Allah.

Nota Pengarang:moga perjalanan hidup kami lebih baik dari kini, terima kasih buat bonda, ayah dan seluruh keluarga dan sahabat handai yang mendoakan kami murah rezeki dan dapat pulang ke tanah air sendiri juga akhirnya. Alhamdulillah...

www.tips-fb.com

10 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

alhamdulillah... :)

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak x sabo nak baca next n3... Heee

Cikpuan rara said...Reply To This Comment

mana ada akk comot.comels je.akk ni mst putih kan.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

xde la bambam sangat pun miza...eh mana spek skrg nie...dah xrabun erk..

waaaaaaaaaaaah mcm best je hotel tu...

cpt2 nak tahu mana beg pakaian awk nie

kiera'sakura said...Reply To This Comment

Alhamdulilah,,, dah tiba masanya Allah izinkn akak blek sini...

*nk tau jugak mana beg akak

Peri PiA said...Reply To This Comment

Alhamdulillah,LM dah nak blk m'sia ;)

Amin2

ieda said...Reply To This Comment

x sabar rasa nak sampai bumi malaysia kan .. akhirnya LM balik ke malaysia juga .. lama di bumi org sure rinduu kan .. ;)

seronok lak baca kisah hilang beg tuu LM .. nanti cerita , apa kisah sampai hilang tu kan ;)

ijatnuar87 said...Reply To This Comment

alhmdulillah....mcm sireh pulang ke ganggang,cam ikan pulang ke air, cam jam pulang ke tangan, cam kete pulang ke garaj la ni kan..aper pom, slamat kembali...

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

nanti anak2 akak dh besar pun leh baca pengalaman ibunya..

adele said...Reply To This Comment

akanku jejak bumi Qatar ni suatu hari nanti..tp mungkin bulan Mac lah :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...