Monday, March 19, 2012

Cara Yang Betul Menyusukan Bayi



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bayi tercekik susu, lemas dan meninggal. Kejadian yang kerap kita dengar sekarang ni kan? Puncanya dari kelemahan ibu dan penjaga sendiri. Kelemahan atau kecuaian? Pada LM ia lebih kepada kecuaian kita sendiri. 

Si kecil tak pandai apa-apa. Perhatian 100% perlu kita berikan semasa menyusukan si bayi. Busy bagaimana pun terasa rugikah kita nak luang 10 minit menyusukan si bayi? Saya perhatikan ramai ibu dan penjaga yang menyusukan bayi dengan menyendal botol dengan kain atau bantal. Bayi menyusu sendirian tanpa pengawasan. Kes sebegini menjadi punca kepada beberapa kejadian bayi mati lemas akibat tercekik susu yang kerap terjadi.

Cara yang betul:
1.Sewaktu menyusukan bayi samada susu badan atau susu botol pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi dari badan dan perutnya .

2. Jika memakai botol pastikan kedudukan botol tidak lebih dari 45 darjah agar susu tidak tersekat pada tekak dan mengakibatkan bayi lemas dan tercekik.

3. Pastikan lubang puting tak terlalu besar untuk elakkan angin masuk terlalu banyak dalam perut bayi

4. Jika menyusukan badan pastikan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi

5. Jika menyusukan dengan botol elakkan meletak bayi di lantai. Pangku bayi anda.

6. Selepas menyusukan pastikan bayi disendawakan bagi mengelak bayi muntah semasa tidur.



Moga bayi kita sihat dan selamat dari kejadian yang tak baik. LM sangat risau syafiq tersedak semasa menyusu. Kadangkala susu terlalu laju sampai syafiq tersedak dan merah muka buat LM panik. Susu badan pun bayi boleh tersedak inikan pula susu botol. Pastikan anak disusukan oleh orang yang layak dan bertanggungjawab.

www.tips-fb.com

6 comments:

kiera'sakura said...Reply To This Comment

takutnya nak anta anak kt pengasuh yg bru kenal..huhuhuhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Kiera.. Klu dia ada ilmu takkan buat mcm tu. kena selidik gak. Mereka perlu ada rasa tanggungjawab

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Sekarang ni kerap ada kes bayi tercekik susu.

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

tak ingat dah saya menyusu dahulu macam mana..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@AMMAR YASIRBetul tu ammar

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Awak dah besar x yah kenang la hj

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...