Monday, March 26, 2012

Cerpen- Lukisan Hati Episod-1



Aku memandang sepi ke luar jendela. Berfikir adakah benar keputusan kami untuk bernikah. Aku akan menjadi seorang perampas suami orang. Title yang amat aku benci suatu ketika dulu dan kini aku adalah salah seorang pemegang title itu. Aidil tak mahu aku susah hidup sendirian. Memandangkan arwah telah pergi hampir 2 tahun dan anak-anakku rapat dengannnya maka Aidil telah melamarku untuk menjadi suri hatinya.

"Lis, kenapa ni? Masih ragu-ragu untuk buat keputusan?" Aidil cuba menyelami gelodak hatiku. "Hurm..bukan pasal tu, tapi terfikir apa perasaan Yat nanti, pasti dia sedih, hampa dan sangat marah pada Lis kan? ibu Aidil juga pasti tak boleh terima Lis dan anak-anak." aku cuba meluahkan. Namun makin diluah semakin berserabut rasanya." LIs jangan fikir pasal tu, Aidil kan dah setahun  nikah dengan Yat dah masak dengan perangai dia. Dah tau angin dia macam mana. Kalau ikut idea Lis minta Aidil berterus terang dengan Yat memang tidak lah jawabnya. Yat tu mana boleh bertolak ansur bab poligami ni, dengar orang berpoligami pun dia yang dah meroyan, kalau kena batang hidung dia pastu Aidil ni dikerat 18 tau!" Aidil cuba menerangkan sambil berseloroh. 

Aku pun seperti Yat, mana mau berkongsi suami, tapi...seperti kata Aidil memang sebelum mereka bernikah pun dia dah pendam perasaan padaku. Masa tu arwah baru saja meninggal dan mereka masih bertunang. Hubungan aku dan Yat pun tak la begitu baik mungkin Yat dapat kesan ada sesuatu perasaan terselit antara aku dan Aidil agaknya. Lebih aku tak sanggup adalah perbezaan umur antara aku dan Aidil. Beza umur 5 tahun buat aku sangsi rasa sayang yang bertapak dalam dirinya. Bukan tak percaya tapi mana mungkin dia boleh menyayangi wanita berstatus balu sepertiku. Bonda dan ayah tak banyak menyoal. Mereka hanya ikut saja kemahuan kami. Kata ayah dia percaya bahawa Aidil mampu menjaga aku dan anak-anak. Kedua hero kembarku amat rapat dengan Aidil. Sesekali Aidil akan luangkan masa datang ke Perlis ni melawat kami semua.

"Lis masih sangsi cinta Aidil ye? takpelah..kalau masih tak percaya dan  tak mau nikah minggu depan kita tunda saja sampai Lis benar-benar percaya Aidil sangat cintakan Lis, dah anggap twin tu macam anak sendiri pun." Aidil nampak hampa. Aku masih dengan muka kelatku...padaku kahwin lari tu tak best. Aku mau restu ayah ibu kedua pihak. Walau bonda dan ayah setuju tapi kami tak dapat restu dari ibu Aidil. Aku mahukan restu dari ibu Aidil. Adil pula takut nak sampaikan berita ni pada ibunya.Hero berdua ni dahbersorak dah suka sangat nak tinggal dengan papa Aidil katanya. Ternyata anak kecil tu tak mengerti apa-apa. Mana mungkin dapat bersama Aidil selalu sedangkan nikah pun senyap-senyap tanpa izin Yat, isterinya.

Pernikahan ini akan jadi duri dalam kehidupan Yat, aku rasa berbelah bagi untuk teruskan niat ni. Kata bonda aku terlalu banyak fikir, sedangkan islam tak larang umatnya berpoligami. Ye benar, tapi aku mahukan restu ibu Aidil dan Yat juga. Kerja gila lah kalau nak bagi tau Yat....aku sendiri beberapa kali kena maki hamun dengan Yat sebab tak puas hati aku rapat dengan Aidil sebelum mereka berkahwin dulu. Lepas mereka nikah aku terus bawa diri ke Langkawi bekerja di sana. Twin nak tinggal di Perlis dengan bonda. Aku hanya tinggal sendiri di Langkawi memandangkan penginapan disediakan percuma buat kakitangan resort. Aku berdoa agar Aidil berani untuk memohon restu ibunya.Jika ibunya merestui pernikahan kami aku akan menerima Aidil seadanya. Aku yakin dia mampu menjadi pelindung buatku dan anak-anak walau usianya jauh lebih muda. Kematangan bukan terletak pada angka tapi pada pemikiran dan pertimbangan seseorang. Aku percaya tentang itu. Dan aku percaya aku akan jadi insan yang paling hina di mata Yat lepas ni kerana aku adalah perampas. Perampas insan yang dia cinta, perampas kasih sayang, bukan hanya aku yang dicop perampas tapi twin juga. Aidil sangat penyayang dengan anak-anak. Aku yakin twin mampu mendapat kasih seorang ayah dari Aidil. Tapi...aku yang masih buntu untuk memutuskan semua ni. Menerima Aidil bermakna aku akan menjadi PERAMPAS.

Bersambung...

www.tips-fb.com

4 comments:

kiera'sakura said...Reply To This Comment

errkkk beratnya isu..

tak suka juga berpoligami, huhuhuhu.. tapi andai diri dlm situasi ayat2 cinta, mungkin kira akan berubah pendirian..hurmm

wanita yg benar2 tabah dan kuat mampu memegang status madu,

Nila Lazuardi said...Reply To This Comment

keren keren. di tunggu postingan episode ke 2 nya :D

Liza @ Adzriel AB said...Reply To This Comment

halal tapi berat ni....

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

xnak baca lagi boleh tak..tunggu habis semua baru nak baca hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...