Saturday, March 31, 2012

Jangan Fikir Benda Yang Negatif



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dalam kehidupan seharian pasti ada benda sedih dan negatif berlaku dalam celah-celah yang manis dan hebat itu kan? Pada saya mudah saja, mana yang tak elok untuk saya kenang, saya akan campak benda tu dengan orang yang buat saya sedih tu dalam laut. Tak usah fikir..jangan kenang langsung. Bukan ambik orang tu campak ke laut ye..maksud saya jangan la fikir pasal mereka. 

Kadang kala saya hairan ramai yang bersedih jika ada yang tak suka, jika ada yang benci, dengki. Cuba fikir baik-baik..dalam beribu kawan kamu berapa orang yang dengki dan tak suka kamu?sorang dua saja kan?abaikan mereka dan buang mereka dalam kamus hidup kamu. Kita tak mampu buat semua suka kita.Selagi sahabat kamu sayang kamu, orang yang kamu sayang masih bersama kamu, Allah masih sayang kamu dan memberi segala udara dan nikmat rahmatnya buat kamu maka abaikan saja segala yang menyakitkan tu.

Hargai mereka yang menghargai kamu, carilah 1001 kebahagiaan selagi termampu dan berilah kebahagiaan buat mereka yang sayangi kamu agar berganda kebahagiaan akan muncul lagi esok dan lusa tanpa kamu jangka. Ingatlah...kebahagiaan yang kita tak jangka dari insan yang kita tak jangka itu lebih indah. Jangan kisah pada manusia yang hanya berbuat baik hanya ingat mengambil kesempatan saja, kerana mereka takkan hiraukan kita bila kita memerlukan bantuan pun nanti. Bukan nak hulur bantuan, tanya khabar pun tidak jika mereka berkawan tidak ikhlas dan tak berlandaskan agama. Fikir-fikirkan bersama. 


Senyum selalu, doa agar kita sentiasa memberi yang terbaik buat mereka di sekeliling kita walau hanya secebis doa buat kebahagiaan mereka. Hidup umpama roda...hari ni kita buat baik esok lusa orang lain akan beri kebaikan pada kita, jangan takut untuk berbuat kebaikan. Fikir positif...campakkan segala yang negatif. 

P/s:akak /adik comot debar2 nak jmp bonda. Jap lagi je detik tu..mesti bonda dah smpi KLia tgu anak dia yg comot ni..hihi.






www.tips-fb.com

7 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Dah nak samapi ye dik... Comot ke apa ke kalau dah nama bonda anak dialah yg cantik... cucu-cucu lagilah masa pergi hero kecik tu masih merah sekarang dah montel dan cerdik...

Bung Muzaffar said...Reply To This Comment

salam...
Kunjungan pertama ke blog ini.
Kalau 10 orang suka kat kita , mesti ada 10 lagi tak suka kita...berlapang dadalah menerimanya.

Haris Khairuddin said...Reply To This Comment

sometimes people will say "it's easier said than done."
but why don't we think this way "at least we try to stay positive.. n be happy." right?

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Touchdown klia kol bape dik...

Dr Hafiz said...Reply To This Comment

Kita adalah seperti apa yg kita fikirkan.. Betul tu LM, Dari membuang masa memikirkan org yg membenci atau mendengki kita lebih baik kita gunakan masa tu buat baik terutamanya kpd mereka yg masih menyayangi kita...

ejulz said...Reply To This Comment

selamat kembali ke tanah air kak..

tapi kdg2 kita x dpt lari dari bfikiran negatif.. fikiran yg blh mlemahkn smngt kita.. dulu pun ejulz slalu fikir spertimana akak fikir.. tp realitinya begitu sukar utk dilalui.. lbh2 lagi kwn yg mghargai kita tp berbelah bagi perasaannya kpd org lain..

kiera'sakura said...Reply To This Comment

betul kak... terkesan dihati kira sbb kira ada dlm situasi tue.

err maksudnya. kita ada dengannya, mahu ada dgn mereka, menyokong mereka tapi tidak dipedulikan mereka, mereka masih mencari yg lain seolah2 x nmpk kita yg sentiasa ada disisi..

tp apa yg kira fikir, xpe lah mungkin diorang tak selesa dgn kita dan perlukan sesuatu yg lain dari apa yg kita blh bg... sentiasa bersangka baik agar hati tak sakit kan... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...