Wednesday, March 28, 2012

Jiran Dan Sahabat Saya Di Qatar



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Akak/adik comot sedang bersiaran dari hotel sekarang ni. Semalam lepas asar baru gerak dari rumah ke hotel. Saat akhir sempat lagi peluk mira dan tini lagi. Mira jiran depan rumah  dari indonesia,tini pun ada juga...dapat peluk lagi sebelum berpisah. Kak risna jiran sebelah kiri dari indonesia juga,dah peluk masa dia datang jenguk. Jiran sebelah kanan jiran malaysia, tak balik kerja lagi masa kami gerak. Rasanya kak zaireen takda out station tak pasti dah balik ke belum.Tapi syukurlah dpt sembang panjang masa mereka belanja makan kat luar hari tu.

Jiran-jiran saya ni ramai indonesia dan malaysia...sebab tu terasa sangat seronok bila bersama mereka. Saat akhir bersama mereka sangat indah. Terima kasih buat kalian semua. Undangan makan bersama kalian mengutuhkan ukhwah kita lagi kan? sampai saat akhir pun sempat lagi jalan rumah kekanda adilah. Wahh terbayang-bayang kesedapan nasi goreng dia. Terima kasih atas kesudian sahabat saya anum sudi tunggu anak saya balik sekolah dulu dan angkut kami ke rumah kekanda adilah. Dapat lepak borak ngan adila, iehar, anum pun dah buat gembira sesangat. Alahai korang....naper baik sangat ek?kebaikan korang buat air mata saya gugur. Gugur bukan sebab takmo balik, tapi sebab sedih nak tinggalkan korang.

Paling tak sangka..beg dah penuh dapat baju lagi. Tq buat akak-akak yang susah-susah bagi kain untuk wat baju. Wahai kakak-kakak...adik kamu memang takda baju warna yang akak semua bagi tu tau! teruja nak buat baju dengan kain kalian hadiahkan. Sampai dah dalam kereta semalam pun ada kakak indonesia yang sangat baik ni call kata suaminya nak ucap selamat jalan pada encik suami..alala..suwit kan?baiknya mereka ni. Sangat menghargai persahabatan.

Bagi sahabat indonesia, jika ke laman pink saya ni lihat resepi tapi tak faham inbox saja di facebook untuk bertanya apa saja ye. Bak kata jiran saya mira, dia suka membaca di blog saya tapi kadang kala tak berapa faham isinya..hihi. Comel je mereka semua ni...tergiang-giang kata tini. Kami senang berkawan sama miza. alala...saya juga begitu. Sangat senang dengan kalian semua. Maaf ya andai ada salah laku dan salah kata pada kalian selama kita bersahabat. Alhamdulillah bagi sahabat yang senang dengan saya kami semua dah jumpa dan kami dah peluk-peluk pun. Kawan malaysia di compound saya tak ramai pun lagi sekarang ni. Tq korang semua....sudi bantu tanya khabar sampai lah ke akhir garisan perpisahan kita. Tq anum, dayah, kak fara, aida, kak zaireen. Tq tq tq...korang tanya khabar, hulur bantuan, hulur bantal, tilam selimut, makanan, apa lagi korang tak hulur? hulur bahu juga untuk adik comot korang ni nanges kan?huwaaaaaaaaaaaaaaa....

Sahabat lain pun macam tu juga, korang jauh dari rumah tapi dekat di hati, tak tersebut nama sorang-sorang. Adilah, iehar, harianum,kak syam, kak zubaidah, irma, kak sarinah, hafadzah..saper lagi..ramai, maaf tak tersebut nama. Kak kid...kak ina othman, ramai sangat. liya...dan kamu, kamu dan kamu. Tak sempat jumpa ibu ammar sebelum pulang sebab dia balik malaysia, harap dapat jumpa kat KL sebelum ammar dan ibu balik ke qatar ye. Wahai sahabat semua..terima kasih. Kasih sayang korang sangat saya hargai. 

Buat hesti, mira..saya senang hati dapat ajar korang buat pau sebelum saya pergi. Sian baby dalam perut tu mengidam nak makan pau ye? Rasanya takda yang saya terhutang resepi kan?owh ye...kak naz juga tq sudi datang ziarah adikmu dari jauh. Alala...terharu tau. Nanti gambar saya akan tag kemudian bila upload ye. Tini dah pandai buat sambal tumis lepas ni rakan indonesia tak perlu makan di seri kebaya lagi nasi lemak yang mahal tu ye, tini aja yang masak, lebih puas makannya. 

Bak kata sal untungnya miza ramai yang sayang. Ye, alhamdulillah sal...macam sal juga ramai yang sayang, moga selamat melahirkan ye sal. eh ke dah bersalin? semalam rasa macam baca kat 'solehah' kata dah buka 3 cm. Dayah..saya peluk awak dalam angan saja ye..maaf sgt tak sempat nak dtg sebelum pergi. Anak-anak je yang sempat jumpa amni dan adni. Jaga diri dalam pantang dan jaga amal elok-elok okey. Anum anuar..tiada kata-kata nak luah pada awak, tq tq tq..tu je yg terluah..huhu. Kak fara...tq!!! tak terucap kata - kata buatmu, buat kalian semua. Hari ni dah rabu, esok saja yang tinggal sebelum saya pergi. Terima kasih juga atas doa, kata semangat dan kata nasihat kalian sahabat blogger yang sangat kuat dan sentiasa buat akak/adik comot. Saya pergi tinggalkan Qatar dan kalian. Selagi saya wujud di facebook tu saya akan hubungi kalian semua ye....maassalamah semua.




www.tips-fb.com

8 comments:

Lelord said...Reply To This Comment

uwaaaaa kita gak yg x sempoat jumpe miza, xpe ada rejeki sok kita jumpa di malaysia

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

ummi...mesti sahabat jiran ummi di qatar akan merindui mengingati ummi selepas nie...semoga ukhwah ant ummi dan mereka beterusan...

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Moga mudah segalanya ye adikku yg syomot :D

kiera'sakura said...Reply To This Comment

insyaAllah walau jauh dimata tapi tetap dekat di hati kan kak...

Mama Zharfan said...Reply To This Comment

segala yg indah mesti akan dirindui..mcm me merindui NOtts..kdg2 sampai termimpi2...

najihah sahami said...Reply To This Comment

akak..mish lak yang nak nangis baca entry ni. akak mesti lagi sedih kan. akak memang disayangi pn. :)

ieda said...Reply To This Comment

sure mereka akan rindukan LM
bukan mudah kita nak mesra dgn kawan2 nie .. nak2 berjauhan dari keluarga
bila kita dah pergi nanti sure mereka terasa kehilangan , berlebih sure mereka punn x sabar nak balik ke negara masing2 kan huhuh

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

mesti kawan2 akak rindu kan akak..akak pun kan..jangan lost contact ye..smua syg kn akak gak tuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...