Wednesday, March 21, 2012

Masak Lemak Pucuk Meranti



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar semua? LM nak tunjuk sayur kampung khas buat orang kampung. Sayur meranti ni biasanya orang johor menag suka sangat. Terutama mereka yang tinggal di selatan johor dan orang jawa terutamanya. LM sendiri tak biasa masak sayur ni dan memang tau sayur ni ada sedikit rasa pahit. Tapi sebenarnya bukan pahit la..cuma agak kelat saja dan bila dah masak tak rasa pun kelatnya.

Kebetulan sahabat saya hidayah ada bagi pucuk meranti ni hari tu, dia bagi pucuk meranti ddengan daun saderi. Alhamdulillah..rezeki kan? orang memberi kita merasa. Dia banyak tanam sayuran di belakang rumah dan sedekah sikit pada saya. Selak punya selak resepi teringat CMG ada masak sayur ni dulu. Hajat hati saya nak campur dengan labu kuning tapi sebab kat rumah ni takda labu saya campur keledek saja. 



Sedap...memang terbaik la rasanya. Oleh kerana keledek tu manis tak terasa kelat langsung sayur ni. Aqilah suka sangat makan sayur ni rupanya. LM buat pekat-pekat pakai santan segar, memang hasilnya amat sedap. Takmo pakai santan segera la kalau nak masakan sedap ye kawan-kawan. Kalau sayur atau bubur nak rasa sedap dan asli guna lah santan segar, insyaAllah sedap rasanya.

Buat Mat Gebu..terima kasih kerana berkongsi resepi dengan kami semua. Maaf selalu menyibuk kat blog anda skodeng resepi hari-hari...hihi. Tq  ye.. izinkan LM share ngan kawan-kawan sekali resepi anda di sini. Bagi yang nak skodeng resepi cik mat boleh klik sini ye. Ini salah satu resepi pucuk meranti yang beliau masak. Resepi LM pula ada di bawah ni. Terpaksa derhakakan mengikut bahan yang ada di dapur comel saya.


Bahan:
Secekak pucuk meranti
segenggam ikan bilis-basuh dan tumbuk 
cili merah 1/2 biji dihiris
bawang besar-dihiris halus
bawang putih seulas-saya tak guna pun
sebiji keledek putih saiz sederhana potong dadu
santan pekat secukupnya
garam


caranya: saya rebus keledek hingga agak lembut. Kemudian masukkan sayur santan, bawang, bilis dan cili hiris...akhir sekali masukkan sayur meranti. Tunggu hingga masak sepenuhnya dan rasakan garam. 


P/s-resepi saya ni campak-campak je. Maka saya ingatkan jika rebus keledek tu airnya jangan sampai seperiuk..secukupnya saja. Agak-agak boleh melembutkan saja. Nanti banyak air tak lemak pula sayur kita. Air lebihan jangan buang ye, campur sekali dengan santan tu. Selamat mencuba.



 
www.tips-fb.com

8 comments:

kakchik@ella said...Reply To This Comment

buh keledek dik? Fuhhh .. konfirm sedap.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

kakakecik tak kenal la pucuk meranti nie....

kat umah selalu pucuk asin2..pucuk manis tu..letak keledek..sedap manis je rasa

Cik Ayu said...Reply To This Comment

feveret ni..goreng pun sedap

intan_blur said...Reply To This Comment

fuhh memang sedap..
tp dah lame sgt x makan..last makan kat umah nenek..time belum kawin lagi..skrang dah kawin..x merasa..sbb nak masak sndiri pun x reti

-Sara- said...Reply To This Comment

pucuk meranti ni cmane rupenye ek..yg daun kecik2 tu ke..

izan mama mia said...Reply To This Comment

sedap betul resepi ni nak pulak makan masa tgh hari kan... ^-^

Aris Sugianto said...Reply To This Comment

wow,, it looks delicious.. yummy.. :)

hawiz said...Reply To This Comment

sedapnyer..........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...