Tuesday, March 20, 2012

Mee Goreng Sausage



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua sahabat yang singgah membaca di laman LM ni? maafkan LM atas kebusyan yang melanda diri buat masa untuk saya singgah ke laman kalian tak mampu saya teruskan. Kalau yang update 5 terakhir tu saja mampu saya terjah atau kalau baca pun tak mampu komen jika blog kalian loading agak lambat atau terpaksa selak banyak page untuk komen. Amat tak larat nak tunggu loading sebab masa amat cemburu dengan saya kini.

Tadi borak msg msg dengan adik LM ni, suruh dia masakkan mee goreng sebab akak dia ni lapar sangat. Dia kata dia nak masakkan campur ayam, saya kata nak pedas dan dia kata kalau nak pedas letak lada hitam. Wahh terus teruja nak makan mee goreng lada hitam. 

Tanpa berlengah memang kat dapur ada stok mee kuning hari tu buat tak sempat goreng lagi, mee tu tak cantik sebab pakai resepi lain. Jadi macam cacing apa ntah rupa dia tak licin. Tapi rasa dia okey je. Maka LM pun gorenglah mee yang tak cantik tu. Kita buat ala-ala itali letak sausage dan lada hitam .



Adik mish suruh share resepi mudah mee ni sebab dia hantu mee selain hantu ikan bilis dia kata. Takut betul kawan ngan budak hantu ni. Kebetulan kami memang sama-sama hantu bilis dan mee so lepas ni kena selalu share resepi sebab mish pun nak masak benda sama...hehehe.

Ikut tekak masing-masing nak letak apa, sebab ini saja bahan yang ada dan sangat lapar, maka LM campak saja apa yang ada depan mata. Jom semak resepi.

Bahan: 

segenggam mee kuning
bawang besar 1/2 biji*
bawang putih 2 ulas*
bawang merah 2 biji*
serbuk lada hitam 1/4 sudu kecil-ikut tahap kepedasan kalian.*
sausage ayam-2 batang
serbuk pati ayam-1/4 sudu kecil
sawi sikit
hirisan daun sup untuk tabur
garam 

Caranya: kisar bahan yang bertanda * dan tumis hingga garing. Masukkan hirisan sausage dan gaul hingga sausage masak. Masukkan serbuk pati ayam jika suka,  garam dan masukkan mee kuning. Goreng hingga garing dan masukkan sayur. Gaul sikit dan boleh angkat. Tabur daun sup dan sedia untuk dimakan oleh orang yang kejar masa dan sentiasa kelaparan macam LM...ngeee.

Selamat mencuba. Jika nak sedap letak la fish ball, sotong ball..ketam ball atau apa saja ball yang korang suka. LM takda stok tu semua.

 


www.tips-fb.com

18 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

macam megi "ganja" kakakecik buat...hehehehe....


rajin ummi wat mee sendiri

Lea Isnawi said...Reply To This Comment

mcm spageti pun ada
hehehe

Peri PiA said...Reply To This Comment

yums,ade sosej ;D

LYAfrina said...Reply To This Comment

AUMMM.. SEDAPNYERRR

saniah said...Reply To This Comment

mesti sedap ni..apatah lagi kalau pedas kan..hemm akak pun suka pedas dan amat suka mee goreng..:)

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak baca smbl telan ayaq liur...huhuhu

Belalang hijau Perisik said...Reply To This Comment

belalang tak dinner lagi nih... lapar betul tgk pic tu :)

najihah sahami said...Reply To This Comment

Yes!thanx kak!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Kite x pernah mkn megi ganja.. Camner tu?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Ye tapi cara melayu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Budak suka la tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Dap gak.. Nyum3

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Ye kak.. Sy pun suka mkn mee pedas

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Jg kak jgn smpi meleleh

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Alamak sis rasa bersalah pd belalang

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Ngeee.. Sama2 mish

deno said...Reply To This Comment

akak rajin masak... beruntung anak2 akak! :)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

ritu kira pakai resipi aym goreng berempah akak,, tp tukar jadi aym bakar berempah... hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...