Monday, March 12, 2012

Pau Kacang



Assalamualaikum semua.

Kebetulan memang dah lama saya tak buat kuih pau. Teringin nak buat pau kacang. Walau busy saya arahkan juga bread maker saya menguli pau. Lepas  membentuk saya sempat keluar bershopping 2 jam lebih baru sempat nak kukus pau ni. Mujur elok tak rosak walau dah hampir 3 jam terbiar tak berkukus.

ini yang dah siap di masukkan inti

Alhamdulillah resepi ni dah bertahun saya guna. Memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Mari saya share resepi blog MADIHA ni jom. Terima kasih buat sis ratna atas perkongsian resepi ni.




Bahan:
500 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu kecil yeast kering(saya guna mauripan)
2 sudu besar shortening(lemak sayur)
250gm air suam
inti kesukaan anda

Aduk semua badan dan uli sampai menjadi doh. Biarkan 40 minit dan masukkan inti. Selepas tu biarkan 40 minit atau hingga naik 2 kali ganda dan kukuslah 10 minit. Saya kukus 7 minit saja kerana api saya kuat. Saya guna dapur letrik . 

Selamat mencuba...




www.tips-fb.com

10 comments:

Yatie said...Reply To This Comment

rajinnya adik akak mengepau ni...gebu2 pulak tu...teringin pulak akak nak buat ni...kegemaran akak inti kcng merah tu...

hawiz said...Reply To This Comment

yum3..sedapnyer tgk!

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

dapnya pau tu, inti kcg merah kegemaran kami sekeluarga... :)

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

pandainya buat pau sendiri

deno said...Reply To This Comment

emmm... pau kacang! salah satu kegemaran deno! kalau pau ... deno mmg suka inti kacang... biasa kacang merah la... makan panas2.... :)

najihah sahami said...Reply To This Comment

akak yang pandai masakkkkkkk. bagi la resepi pape pun, semua akak try. jelesss

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

boleh cuba resepi ini plak...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

pau kacang saye mkn...hihi
kalau pau inti kelapa alamatnye kne korek kasi kosong la isinye tu...
bestnye la klu duk sbelah umah akk..

Peri PiA said...Reply To This Comment

Alhamdulillah ;)

LM syg,dpr letrik bil letrik ok x?share sikit syg

Yong Baiaah said...Reply To This Comment

yeayyy dapat resepi buat pau, nak kena cari banyak resepi untuk minum petang ni, coz dah habis belajar, nak kena belajar memasak la pulak . kang mak tak bg kawen . hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...