Thursday, March 15, 2012

Pengalaman Melahirkan Baby Syafiq



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Blog peribadi ni saya cuba kekalkan identitinya. Walau sesibuk mana saya cuba mencoret sesuatu agar ia akan jadi bahan bacaan anak-anak saya bila mereka besar nanti. Itu yang saya selalu katakan apakah fungsi blog ummi buat mereka berempat. Empat lah setakat ni..hihi.

Alhamdulillah adik syafiq dah besar dah. Adik syafiq ni lahir di Malaysia. Memang dah plan nak melahirkan di tanah air sebab susah nak cari tukang urut, nak cari jamu,  ikan haruan(macam lah saya  makan la ikan haruan), bahan lain yang semua digunakan untuk berpantang dan semestinya saya nak ibunda saya ada tengok saya dalam pantang. Tarikh dah rancang betul-betul, maka anjak punya anjak sebab suami hantar saya pulang dan terpaksa kembali ke Qatar kerja semula dia akan kembali semula 3 minggu sebelum tarikh saya dijangka bersalin.

Kebetulan saya memang tinggal di rumah sendiri walau rumah saya dan bonda amat dekat. Siang lepak rumah bonda, malam balik rumah sendiri nak tidur tu. Sepanjang hamil dan tinggal sendiri busy ikut apa saja kemahuan anak nak ke bandar ke sana sini. Saya masih memandu ke sana sini walau perut dah rapat ke stereng. Doktor ada cakap kemungkinan untuk saya bersalin awak tu amat besar kerana aqilah dulu pun lahir pra matang awal 5 minggu. Maka bila saya dah melepasi 36 minggu kehamilan tu dah rasa lega dah.

Aqilah ajak saya ke bandar pada hari Isnin tu, saya ikut kan saja. Katanya nak bertindik, nak kek, nak beg..saya layankan saja. Kereta saya perking jauh sangat. Lenguh kaki berjalan sampai rasa tak boleh melangkah dan baby nak terkeluar saja masa tu..hihi(ngada-ngada kan?) Bonda memang bising kata saya tak tau duduk diam. Petang-petang saya keluar cari keladi, pisang untuk saya buat makan petang. Keladi tu saya plan nak buat talam keladi. Tapi oleh kerana pewarna purple takda saya tangguhkan dulu.

Hari Selasa tu saya dah tak tahan. Badan mula rasa macam nak demam dan tak boleh jalan sangat je rasa. Saya rasa baby macam dah tersekat di tengah kaki saya..hahaha..teruk nyer saya punya imiginasi kan? Saya mengadu pada laling saya dan dia suruh saya gi kliniik kesihatan dan pergi ke rumah maksu, bidan yang saya tempah untuk urut saya dalam pantang nanti. Maksu ni baik sangat, bekas jururawat desa. Saya pergi rumah maksu, maksu kata baby dah masuk dalam..tau masuk dalam tak? erk..maksudnya dah masuk dalam ruang laluan untuk bersalin tu la. Tapi baby masih atas katanya.

Maksu: baby dah masuk tau...tapi masih atas
Saya:sempat tunggu ayah dia balik lusa ke maksu?
Maksu:sempat...lum turun ni..tapi kalau awak asik berjalan dan berdiri cepat pulak budak turun nanti.
Saya:eh?takpe,harap sempat..hihi. Saya nak gi KLIA drive sendiri ambik abang nanti maksu.
Maksu: Toksah la..bahaya, nanti sakit kat tengah jalan saper nak bantu?
Saya: senyum tawar saja..

Saya harap baby tunggu ayahnya sampai sebelum dia lahir. Saya terus ke klinik kesihatan buloh kasap dan misi timah pun kata baby dah masuk tapi masih atas lagi. Dia bagi saya temu janji datang lagi seminggu akan datang. Saya rasa senang hati bila dengar mereka cakap macam tu.

Malam tu saya berkemas, buat itu ini untuk sambut suami pulang. Beli lauk kat nirwana untuk masak sebab laling saya nak sampai dah kan.Esoknya pagi-pagi hari rabu tu saya terus hantar kereta ke bengkel sebab nak repair apa ntah tayar dia. Ada bunyi-bunyi. Risau apa-apa pula kat highway nanti masa saya nak jemput suami. 2 jam lebih memandu dengan perut bolat tu memang saya tawakal sajalah. Walau suami tak bagi saya jemput saya nak juga..biasalah..degil kan? Kereta akan siap jam 6-7 petang kata abang razak tu. Dia kata nanti dia hantar rumah saya bila siap. 

Saya menung duduk rumah sorang-sorang. Anak semua bonda dah angkut bawa balik rumah bonda. Kereta dah takda, maka depan rumah kosong. Inilah peluang saya mencuci depan rumah dengan seronok. Cuci sebersihnya tanpa qila yang nak kacau..hihi. Saya mula curah sabun dan sental sebersih mungkin. Wahh berkilat tau..hihi..(mood perasan). Belum habis mencuci saya rasa seluar saya basar kat bahagian tengah tu. Ops, terk**c*** kot? saya fikir macam tu. Saya berdiri tegak macamnak nyanyi lagu negara ku. Panas!!! . Saya campak penyapu dan duduk bersila di depan tv. Fikir dan dikir..dada berombak. Air apa tu? Saya bangun pergi ke tandas dan harap lepas buang air kecil mungkin tak akan ada lagi air keluar. Saya keluar saja dari tanda mengalir lagi air. Kali ni lebih banyak. Muka saya mula pucat.


Saya duduk, tarik nafas dan mula call suami. Saya bagi tau mungkin ketuban saya pecah. Dia yang sepatutnya terbang pulang pukul 8malam dari qatar dah tergamam. Dia paksa saya ke hospital tapi saya takmo. Saya kata tak sakit. Saya call bonda cakap mungkin air ketuban saya pecah. Tolong belikan saya stokin sebab saya belum ada stokin mana tau saya akan bersalin nanti. Bonda dah panik. Saya gelak-gelak je..suruh bonda beli petang kata saya..hahaha. Saya berdiri untuk masak tiba-tiba banjir lagi...huwaaaaaaaaaaaa...memang sah air ketuban saya pecah.

Saya call bonda, bagi tau suruh ayah balik kerja dan tolong beli stokin cepat. Saya call suami dan dia minta saya ke hospital segera. Ayahnda laju je sampai dan nak hantar saya ke spital segamat. Huwaa..kaklong takmo bersalin sana. Nak gi melaka juga, nak bersalin kat pantai ngan doktor tu...kata saya. Ayah panik dah, bonda jaga anak-anak dan saya cuma bersama ayah ke sana. Sempat lagi saya singgah bengkel terkedek-kedek dengan kain batik tu pesan jangan hantar kereta sebab saya nak bersalin dah. Blogger comel sal sms kata dah pos dodol tuk saya, saya pun bagi tau nak bersalin dah ni..hihi.Semua terkejut syafiq nak lahir awal.Abang mekanik tu pun gelak tengok saya boleh lagi datang sana pesan itu ini dan ambik barang saya kat bonet kereta.

Sejam lebih kami pun sampai ke hospital pantai melaka. Disambut oleh jaga yang cantik dengan senyuman manis. Saya check in depan pintu tu dengan beg beroda warna pink lagi..hihi. Macam nak makan angin kan? Abang jaga tu siapkan wheelchair untuk saya. Saya degil takmo naik sebab malu . Tak sakit lagi saya cakap. Dia paksa juga naik sebab air dah meleleh-leleh kat situ walau saya pakai pad. Takpe, kami hantar ke wad sekarang ye?huhu..saya yang degil terpaksa mengalah. Ayah dengan berat hati serah saya pada nurse. Tolong beli top up lagi, dan akhirnya ayah terpaksa pulang sebab duit kat bank tu ayah main tinggal saja tanpa balance kan lagi. Tadi tinggal kan belum tamat waktu kerja. Saya duduk la situ dengan senang hati..hihi(senang hati la sangat?) doktor tengok baby masih tinggi lagi dan jalan belum buka pun. Saya risau, doktor pun risau baby lemas.

Doc: Baby tinggi lagi, pernah induce kan?lama tak sakit?
Saya:2 jam lebih biasanya
Doc:okey..masuk ubat , sakit dan kita bersalin pukul 9 atau 10 ni ye?
saya: Kalau tak masuk ubat sempat tak saya beralin esok pukul 11 suami sampai sini?
Doc:tak sempat...kalau tunggu sakit pukul 4-5 pun dah bersalin.Tapi risiko sangat takut baby awak lemas.Masuk ubat, bersalin jap lagi dan esok suami datang ambik baby dan awak balik rumah kan best?hadiahkan baby terus buat suami...

Benci..saja je doc tu pancing saya kan?huhu...

Sepanjang dalam wad saya ditemani dayang-dayang yang baik. Nurse baba dan nyonya kebanyakan kat sana..alahai becoknyer mulut mereka. Saya ditemani sahabat yang call dan sms tak putus-putus. Terima kasih nana dan kak ayu CR menemani saya di wad masa tu..sangat terharu. Bila dah tak tahan dan rasa dekat nak bersalin saya minta suami call. Dia belum ke airport lagi masa tu. Suami call, saya sempat mohon ampun, minta halalkan makan minum. Bila suami kata dia ampun kan saya terus rasa dunia berputar, pandangan kabur. Saya letak telefon dan minta nurse simpan hp saya. Bonda dalam perjalanan. Saya dah minta bonda datang awal sebab doc kata pukul 9lebih saya bersalin. Pukul 7.20bonda baru gerak dari segamat.. Badan saya dah menggigil, doc belum sampai dia balik ke rumah. Tersekat pula di tengah jalan. Saya dengar doc call minta nurse tutup ubat induce saya. Tadi nurse kata jalan baru buka 6 cm...saya harap pukul 9 saya bersalin.

Siap borak dengan suami tadi pukul 7.30 malam...badan saya dah gigil dan berpeluh-peluh. Nak pegang tangan saper? suami?owh..suami saya takda. Bonda di tengah jalan, nurse?mereka busy dengan mesin sekeliling saya. air mata saya mula bergenang..gugur dan jatuh setitis demi setitis.Saya perlu kuat...kuat hadapi semua ni. Jika saya akan pergi, maka saya mati syahid malam ni. Itu janji Allah. Saya tarik nafas dalam-dalam dan cakap pada nurse saya rasa nak buang air besar. Bantu saya tanggalkan semua wayar ni sebab saya takmo buang air atas katil. Nurse tak bagi...dia kata sedut oksigen dan bagi dia check jalan. Dah full!!! nurse suruh saya mengiring kerana doktor jap lagi sampai katanya. Saya minta nurse bagi saya air..haus sangat. Dia hulur air dan sebelah tangan tu saya nampak darah penuh di glove tu..huhu. Darah saya?owh...nak pitam je rasa. Saya mula muntah...nurse kata dah sampai masa awak nak beranak..tengok dah muntah tu. Tanda jap lagi tu. Memang semua anak saya akan muntah sebelum 'masanya'.

Adik sakit tak?saya cuma angguk lemah sambil baca doa yang sepatutnya. Hausnya...tapi dia tak bagi saya minum banyak. Saya mula terfikir...saya nak mati ke?orang nak mati kan akan haus..astaghfirullah....Saya kuatkan diri, doktor dah sampai.Saya cuma kenal suaranya saja dan dia minta saya push! Akibat oksigen tu angkat kepala pun saya dah tak larat. Lemah dan mengantuk. Saya kata saya tak larat...doktor dan misi dah panik. Saya kata saya tak larat ...saya mengantuk..hihihi. "Dik...dah boleh push, baby dah nampak kepala." Doktor goyang saya. gosok bahu saya. Macam orang mamai saya baru tersedar."Ha?? dah boleh push?" ye..katanya. Saya mula bersemangat..melupakan kehausan dan mula bertempur dengan segala kesakitan. Sakitnya Allah saja yang tau..wajah mereka yang saya sayang satu-satu muncul. Jangan pejam mata dik..push push. Nurse tolak kepala saya. Sekali push kepala dah keluar..okey pandai..sikit lagi..sikit lagi..arghhhhhhhh....saya teran lagi dan, lahirlah muhammad adlan syafiq ke dunia yang penuh kekejaman ini. Alhamdulillah, doktor yang sangat baik, nurse yang sangat2 baik..suap saja yg tak roti dan air ke mulut saya. Sangat menjaga saya dengan baik. Alhamdulillah..sangat mudah. Teramat mudah bersalin kali ni. 30 minit lepas tu bayi di bawa untuk saya susukan. Siap susu nurse bawa baby sebab nak masukkan dalam inkubator. 

 gambar dalam LR lagi.

Tak lama lepas tu bonda pun sampai lepas siap tukar baju semua. Nurse tanya bila bonda nak ambik uri, dan bonda tanya bila jangka bersalin?dah bersalin pun...saya kata. hihi..bonda terkejut sangat. Malam tu adik bongsu jaga saya kat wad.
 
 
Ni masa baru pindah ke wad...muksu syafiq tolong snap gambar. Segala atok nenek barang kemas tak sempat nak buka sebab tak sangka bersalin awal..huhu. Jangan lak ada yang kata saya sempat ke pakai gelang cincin rantai semua sebelum ke spital?  Saya memang pakai tak buka-buka pun. Malas nak simpan berkarat kat dalam laci..kuang kuang kuang
 


Ni masa nak pulang ke rumah...khamis 28 july 2011
 
Akhirnya saya boleh pulang...tak sampai 24 jam pun duk spital. Yeeyyy , suka sebabbeoleh main dengan baby...





www.tips-fb.com

16 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

besarnya pengorbanan seorang ibu melahirkan...

najihah sahami said...Reply To This Comment

Akak,takut je bca.lucu pn ad.heh

Cik Ayu said...Reply To This Comment

x sangka..sedaerah kita. dua2 anak CA mmg lahir di hosp.segt. yg ke3 ni pun, insya allah ke sana juga. hosp sana x sibuk

lieynanilaz said...Reply To This Comment

aktif walau dah sampai masa...entry ni akan jadi kenangan pada syafiq..

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

huhuuh. dlu tecit ja adik Syafiq. la ni. boolat. camne Ummi jage ni. cer cita cket :P

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

ahahhaa. cam comei aje pengalaman akak adik ni. eeheh .:P kak adik bersalin byk kali abg mmg ada sebelah ae? auwww suwwwittt nyee

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

pengalaman bersalin shahila takde la mencabar macam akak bersalin adik syafiq.. Alhamdulillah bersalin lala ni semua di permudahkan.

Belalang hijau Perisik said...Reply To This Comment

ala cute nyer...
Mrs.belalang yg tgk kat sebelah ni pun ngomel cakap cute dan geram... hehehe

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

macam seram plak tapi bila tgk baby yg cumel, hilang seram tuh.huhu

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Tulah, xleh dok diam, kang dh kuor awal...hehehehe

Akak agak2 je ayat si ratu nie...hakhakhak

nana said...Reply To This Comment

seronok dengar pengalaman orang bersalin.terasa cm nak menambah lagi tapi rasanya thn depan kot sbb kemungkinan nasa kena transfer ke sarawak.jadinya leh main ngan baby bila kt sana,bila jauh dari keluarga di semenanjung.terubat skit rindunya nnti bila kesibukan kan...

Raz Veinz said...Reply To This Comment

Rasa berdebar-debar bila baca, dasyat pengalaman orang nak beranak ni...

yaNa said...Reply To This Comment

akak mmg kuat semangat!
tahniah2..suka saya baca entry kali nie..
x sesabar rasanye nak 'rasa' pengalaman yg sama.. ;)

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Sungguh besar pengorbanan seorang ibu.

Akak, mintak komen entri ni boleh?
http://www.blogammar.com/hot-blogger-penipu/

kiera'sakura said...Reply To This Comment

tatau npe berdebar2 bca cite akak nie.. pastu kadang2 rasa mcm nk kuteyh akak sbb blh lagi ke sana sini, siap cuci lantai lagi grrrrr

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

miza.....shida rasa takut cuak dan nak tergelak pun ada dengan cite pengalaman awk nie...tapi awk mmg kuat orang nya....

shida pun tak sngka yang awl bersalin awal..ingat lagi sehari seblum ni rasa nya ada tanya awk...tp awk gtau xde rasa apa2lagi..baby tunggu abah nya balik hehe..sekali malam tu b4 tido dpt sms dari suhaili gtau awl dah bersalin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...