Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ingin LM share beberapa petua untuk menghilangkan parut terutama di wajah. Biasanya mereka yang punyai parut di bahagian muka akan merasa rendah diri untuk berdepan dengan orang ramai. Jom kita cuba petua mudah ini.
1. Tumbuk kayu manis dan campurkan dengan bedak sejuk. Bancuh dengan air dan sapu pada muka. Biar kering dan cuci bersih
2. Ambil lendir lidah buaya dan sapukan rata pada wajah. Biar kering sebelum di cuci.
3. Campurkan asam jawa dengan tepung ubi, campukan air dan bancur rata. Sapu pada wajah dan biar kering sebelum dicuci.
4. Selepas makan pisang jangan dibuang kulitnya. Bahagian dalam kulit pisang tu sapukan pada wajah. Biar kering dan barulah di cuci.
5. Ambil daun jambu batu dan daun cermai, tumbuk halus dan campurkan dengan bedak sejuk serta air. Sapu pada wajah dan kemudian cuci .
Moga petua mudah ini dapat membantu mereka yang menghadapi masalah kulit berparut.

Petua Menghilangkan Parut
16 comments:
terima kasih kak:))
nanti nak try lah...hihi:)
hmm..blh try nih...tq
hehehe =p nk try jugak ..
*baru pas makan pisang,, hahaha,,
Saya prefer cara nombor 1. Petua tradisional jangan dilupakan :)
time kasih..;)
dulu intan penah buat gune kulit kayu manis..hiris2 kat lesung..tp bile letak kat muka..fuhhhh...tersentap terus..pedih bukan main lagi
ok..pasni leyh try..:)
dah try yang jayu manis tu..pedih...
insyaAllah... bagus petua nih..saya pun ada parut kat muka bekas kena chicken pox.. hahaha
petua2 yg mudah ni. boleh cuba...
parut mesti jadi masalah buat wanita kan..?hehe
Xske la petue ni. Mcm susa je kak
elok untuk cuba... tapi, kayu manis tu tak pedih ke kalau letak kat muka... ape pun, cuba lah...
http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/02/kian-melayu.html
jom singgah....
salam. hi kak LM.
dah penah try antara petua kt atas...tp x mnjadi..huhu..mngkin its not for me kot...kulit org lain2 kan.
4 je kut mudah sikit.hihhihi
alaaaaa. kak cte kat muka. kalau kat badan camne. *ngade
Byknya petua, tinggal rajin ngan x rajin je... Hehehe
Post a Comment