Thursday, March 15, 2012

Roti Jala



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Suka makan roti jala? LM sangat suka makan roti jala. Dari kecik memang bonda suka buat untuk kami adik beradik. Tak makan nasi pun takpa dah... Roti jala kami biasanya memang berkuah kari tak macam di pantai timur pakai santan tu. Tak pandai makan pun yang kuah manis tu. Pukat buruk ke apa ntah nama dia...Tak pernah cuba beli pun lagi. Tapi bagi yang nak pakai santan tu boleh juga, ikut selera masing-masing lah ye.


takda bentuk jala pun sangat...hehehe. Jadi roti kirai je, tak pandai wat jala. Nak resepi ? LM ambik resepi di blog CMG . Mudah dan sedap.Izinkan LM share di sini resepinya ye cmg.

Bahan:
1 cawan tepung gandum
11/4 cawan air+3 camca besar air
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar santan atau susu cair(LM guna susu cair)
Garam
pewarna kuning
1 telur(LM tambah sendiri)
kuah untuk mencicah

Caranya:
Campurkan bahan dan gaul rata , tapis dan rehatkan 15 minit. Guna acuan untuk menjala dan tebarkan pakai kuali non stik. Selamat mencuba.



www.tips-fb.com

9 comments:

Dr Hafiz said...Reply To This Comment

Jadi rindu pula nak makan roti jala ni... Kat KL jarang nak jumpa orang jual Roti jala...

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

sedap nya mkn pagi2 nih...heeee

Cerita Saya, said...Reply To This Comment

MY FAVOURITEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!! :))

cekmet said...Reply To This Comment

ermm sedapnya akak :)

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

selalu time puasa la yg rjn nak membeli... :)
dapnye akk masak..

g0m0k9enDek said...Reply To This Comment

malam tadi kita makan kol 12 tgh malam// ahai.. betul tuuuu... xde nasi pon xpe kan

nana said...Reply To This Comment

Dah jam12.37mlm ni buka blog awak.adeh terus belagu2 dlm perut ni...nak jugak dia menjerit-jerit

kiera'sakura said...Reply To This Comment

kira pn x reti nk menjala.. penah buat ritu die jadi gemok gedempol... hihihi

Peri PiA said...Reply To This Comment

kesukaan juge roti kirai ni,yum2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...