Tuesday, March 13, 2012

Roti Sausage Kukus



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?Maaf alasan yang sama lagi tak dapat berkunjung ke blog kalian. Busy dan busy...nak balik ke tanah air dah hujung bulan ni. Nak shipping barang pada 25 haribulan ni. Amat busy super duper busy..huhuhu. Tadi luang sikit masa pergi usrah dan dapatlah berbual dengan kawan-kawan indonesia di sini. Terima kasih buat dini dan tini yang undang saya ke sana. Terima kasih juga buat hadiah dari kalian semua. Nanti saya dah guna di rumah baru akan saya tunjuk buat kalian semua di sini ye...huhu. TERHARU.


Dalam busy paking barang dan memenuhi undangan makan para sahabat LM tak rela biarkan blog ni sepi. Alhamdulillah trafik semakin baik berbanding beberapa bulan lalu. Terima kasih banyak-banyak. Takmo bebel lebih nak share resepi roti sausage ni buat semua. Resepi mudah dan sedap dan amat sesuai buat bekalan untuk anak ke sekolah juga. Kawan saya kak naz dah minta resepi ni, dan beberapa kawan lain minta sampai ke sudah tak sempat saya beri resepinya.



simple tapi lembut dan sedap.
Bahan:
450gram tepung gandum
1 biji telur+2 biji telur merah saja(semuanya 3 biji telur)
3 sudu besar butter
6 gram ibu roti-LM guna jenama mauripan
5 sudu makan gula pasir 
3 sudu makan -susu tepung 
Air 125ml(-+) 
Sausage yang telah direbus-LM belah dua

Caranya: sampurkan semua bahan kecuali air. Gaul rata dan jadikan seperti serbuk roti. Campurkan air sedikit demi sedikit menjadi doh yang kenyal. Biarkan 40 minit atau naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk keluarkan angin dan bolehlah dibuat memanjang dan dililit pada sausage yang telah di rebus tadi. Pastikan sausage tadi tu dilap kering terlebih dahulu. Biarkan 40 minit hingga naik 2 kali ganda dan kukuslah 10-12 minit.

Selamat mencuba.



www.tips-fb.com

13 comments:

Mat Gebu said...Reply To This Comment

Salam LM...waaa kreatif..boleh cuba nihh...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

CMG.., hihi saja suka2 buat bekal anak sekolah. Lembut.. Selamat mencuba

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

ghajin nya LM meroti ye... jeles hakak okeh :P

Muzel Zay said...Reply To This Comment

Salam sis..tgk pun tau lmbut..aduhai..sis..kalau goreng bleh ke??

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

fuhh macam sedap

kiera'sakura said...Reply To This Comment

wahhh mcm senang je kak.. insyaAllah nanti nk cuba lah.. thanks akak :)

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

nampak sedap tp shida kalau roti kukus nie kureng skit mau goreng boleh ke...hehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Melati Qistyna's Mummyjom buat kak

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Muzel Zayblh je goreng rasa cam bonut la.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@MaYa MustWanymmg sedap

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@kiera'sakurawlcm kiera..slmt mencuba

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@aDisH.sHidAboleh yunk..tp tak sesedap kukus

Peri PiA said...Reply To This Comment

wahh,fav pia ni :)

pia doakan dipermudahkan urusan LM sekeluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...