Wednesday, March 14, 2012

Sakit Nak Bersalin



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai kawan yang sebaya tanya pada LM sakit tak bersalin? Mesti LM tak sakit sebab tu anak dah 4 orang kata mereka. Erk...tak terkata bila orang tanya sakit ke tidak bersalin tu. Bagi yang dah pernah bersalin normal pasti tau bagaimana kesakitan itu. Tapi Allah kurniakan pelbagai bentuk dan tahap kesakitan itu pada tiap orang.

Ada orang tak berapa sakit, ada orang teramat sakit rasa nak bersalin tu sampai tak tertahan olehnya sehingga terpaksa mengampil epidural. Walau LM bersalin di hospital swasta pun memang tak akan ambil epidural langsung. Tak mau la sanpai ke tahap itu. 

Bagaimana rasa sakitnya? Ada yang bertanya. Hurmm...rasanya bagai kena pukul, kena siat-siat ...ehehe. Boleh LM gambarkan begitu tak? Sebenarnya bagi mereka yang menghidap senggugut bila datang bulan sakitnya agak sama begitu. Tapi tambah sikit lagi la...sakit sikit dari tu. Bila kes macam LM pula memang di induce, sebab baby ada masalah masa tu...takut lemas sebab air ketuban dah pecah, maka sakitnya akan berterusan tanpa henti. Itu saja bezanya dengan yang normal. Bagi yang normal kita akan rasa sakit tiap 15 minit, kemudian akan jadi tiap 10 minit, 5 minit dan selang  minit...bila dah sakit 2-3minit sekali tu biasanya jalan dah buka 8 cm. 


Setiap orang tak sama cara sakitnya, ada yang berjam-jam. Berhari-hari pun ada. Bagi LM dari maisarah hingga syafiq sakitnya dalam 2 jam saja. Syafiq, aqilah dan azhad semuanya di induce kerana air ketuban dah pecah. Maisarah tu LM rasa nikmat sakitnya selang 15 minit, 10 minit dan 3 minit. Sempat tarik nafas dalam-dalam lagi dan senyum manis..hihi. Tapi proses bersalin semuanya makan masa 2jam-2jam setengah macam tu.




Bila sakit tu jangan lupa bacalah apa yang patut terutama doa nabi Yunus A.S dalam perut ikan tu.

 لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Baca dengan tenang dan ingat Allah. Jangan lupa minta ampun dengan suami dan ibu sebelum bersalin. Moga mudah proses melahirkan bagi anda semua yang akan melahirkan cahaya mata...amin. 







 
www.tips-fb.com

31 comments:

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

maceh kongsi info kak. ehehe. nak kasi kt macik nt. :P

Jo Qusary said...Reply To This Comment

Err... terus takut nak kawen dah...

miya said...Reply To This Comment

teringat,,, dh byk baca pengalaman blogger melahirkan, teringin jugak nk tulis..hehe

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

erm..ntah bila nak rasai pengalaman nie

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

memang sakit bila bersalin,sebab tuh kira mati syahid kalau mak meninggal sebab nak lahirkan baby

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rine..yg no.3 ni sakit sgt drp kkk2nya..huhu

ijatnuar87 said...Reply To This Comment

tahniah la kepada semua ibu2, sebab korang la manusia paling kuat kat muka bumi nih,hehehhe

m.u.l.a.n said...Reply To This Comment

ayat tu memang selalu disarankan baca masa nak bersalin..

dulu sakit macam period pain.. dari pinggang sampai ke betis.. berdenyot2..

Yatie Awang said...Reply To This Comment

kita yg pernah alaminya saja yg tahukan?...hehe mana ada penyakit yg tak sakit

ieda said...Reply To This Comment

setuju dik
setiap org x sama sakitnya ..
itulah nikmat yg allah berikan kepada seorang isteri yg bergelar ibu .. walau pun sakit tapi hikmahnya sgt2 lah besar ;)

YanaMIB said...Reply To This Comment

xboleh nk lafaz dgn kata2 and xboleh nk compare dgn sakit lain je rs sakit nk bersalin tu..huhu wpn sy bersalin czer tp sempat jugak la rs sakit setiap 10 minit tu..ffuhh lps tgk baby xingat dh segala rs sakit =)

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

org kata kak bkn dekat nak bersalin je baru nak minta ampun dgn suami mak ayah bagai ni dari masa mengandung lagi kita kena jaga. Jgn derhaka, jgn buat dorang sakit hati, terasa hati bagai tu.. Insyaalllah Allah permudahkan proses bersalin. Macam saya masa mengandung memang saya jaga semua tu.. Alhamdulillah Tuhan permudahkan segalanya. sakit lebih krg 1 jam.. lepas tu 1/2 jam je shahila dah keluar.. saya selalu fikir mcm mana org yg berhari2 sakit tp blm smpai masa bersalin. sakit sekejab pun rasa sakit sgt dah

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Nnt macik takut..huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Ish..takut la pulak?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Share la miya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Akan dtg..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Betul wan

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Sy yg nmbr 2 rine

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Ye..katanya begitulah ijat

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Saya xmo bygkan sakitnye

Iza Teratak Usang said...Reply To This Comment

Assalam..
Mestila sakit...selepas lahir anak sulung, rasa serik nak mengandung lagi...tapi terlalu ramai yg bertanya bila nak tambah ahli..sebab tu jarak anak sulung jauh dari adiknya. Yg ke 2 ni lagi la sakit. 4 jam selepas induce tapi akhirnya kena operate jugak. Rasanya cukup kot 2 orang tapi anak lelaki tak ada lg...huhu..nak rehat dulu 4-5 tahun..

Siti_btp said...Reply To This Comment

Saya dah alami sakitnya kanser
tapi sakit lagi bila hendak bersalin.

Sukar digambarkan dgn kata2, bagi yg mudah bersalin tu bolehlah ada anak ramai, tak perlulah merancang lama2.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Bahagian masing2 kan suria

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Tu la yana...kita je yg tau sakit tu mcm mana

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Harap ganjarannya besar kan sis?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Ini bkn penyakit..tp satu kesakitan yg tak terhingga huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Rest dulu iza..nnt br fikir nk cr anak lelaki

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Biasanya org yg sukar bersalin mmg anak x ramai

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

doa ibu bapa pun penting gak kan

kiera'sakura said...Reply To This Comment

itulah penah dengar kes yg die xmntk ampun dgn ibu,, selama tue die ssh nk bersalin.. bila ibu dah ampunkan die baru lah proses tue cepat jer...

Peri PiA said...Reply To This Comment

itulah anugerah yg Allah beri pd wanita,thanks LM share pengalaman dan doa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...