Monday, March 12, 2012

Sambal Ikan Cili Api



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingin LM share satu  resepi yang sangat mudah untuk kita cuba bersama. Bagi penggemar masakan pedas apa kata cuba resepi mudah ni.



Bahan:
Beberapa ekor ikan kembung/selar/keli
8-10 biji cili api
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sekeping asam gelugur/asam keping
garam

caranya:goreng ikan terlebih dahulu. Angkat dan asingkan ke tepi.Kemudian tumis cili api bersama bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar tadihingga garing dan naik bau. masukkan garamdan asam keping. Apabila telah garing masukkan ikan dan gaul rata.

P/s:jika nak sedap gunakan bawang merah dan jangan ditukar kepada bawang besar. Tumis dengan api sederhana dan pastikan ia garing sebelum masukkan ikan tadi.Selamat mencuba.


www.tips-fb.com

13 comments:

lieynanilaz said...Reply To This Comment

memang simple dan sedap...kadang saya buat guna lebihan sambal belacan!!..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Memang sedap tu dik... makan dgn nasi putih dan ada ulam-ulam mesti terangkat...:)

saniah said...Reply To This Comment

akak memang suka sambal ikan..tapi tak berani la guna cili api ni..berasap la pedas kan..hehe
selalu sambal cili kering je tu pun buang biji..
sedap nampak ikan tu..digoreng garing kan dik?yummy.. :)

Tina Othman said...Reply To This Comment

wah sedap ni, mmg peberet saya, makan pulak dgn nasi panas, lupa terus diet

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

kakD baru ja buat jumaat lepas...memang perghhh....

ieda said...Reply To This Comment

huhuhu sedap2 .. makan ngan nasi panas2 dik .. aduhhhhhhhh kecur air liuq nie ;)

m.u.l.a.n said...Reply To This Comment

iakn kembong masak apa pon sedap sangat..!!! meleleh pulak ni..

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

fuhh, ni menu wajib kat uamh ni selain sambal merah tu, kalau akak, akak boh santan skit, 1/2 cwn ke, santan peket je akak gn... x suka xyah boh pon xpe...heeeee

kakchik@ella said...Reply To This Comment

feveret KC.

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

yg pedas2 ni memang peberet selalu..huhu

deno said...Reply To This Comment

kalau sambal pedasssss mesti best!:)

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hurmm..kalau pedas memang favorite sy..hihi

Peri PiA said...Reply To This Comment

yum2,ikan keli goreng garing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...