Saturday, March 17, 2012

Selamat Pergi Wahai Kereta Kesayanganku



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mood ke laut hari ni. Semalam kami habiskan waktu lepak di The Pearl Qatar bergambar sakan, lepak di Cornich juga bersama kereta sebelum makan malam bersama sahabat kami abang zam dan kak ida. Alhamdulillah dapat borak sakan dengan sahabat kami memang terasa puas. Balik dah letih, sempat beli barang baby je semalam. 

Pagi ni awal-awal lagi hubby dah basuh kereta sebab nak pergi serah kereta pada buyer hari ni. Lepas siap basuh kereta sempat lagi pergi Aspire park posing lagi bergambar dengan kereta kesayangan kami. Mungkin pada mereka ala..setakat kereta. Tapi pada saya kereta sangat bermakna pada hidup saya. Kereta ni sangat berjasa sepanjang 3 tahun kami  di sini. 2 kali umrah ke mekah dan ziarah ke madinah naik kereta ni. Pergi melancong ke oman, dubai dan abu dhabi pun bersama kereta ni. Alhamdulillah kereta ni sangat bermakna buat saya dan keluarga.

Menjawab pertanyaan uncle al-lavendari, naper jual awal sangat? Sebenarnya kami dah sewa kereta ni dengan pembeli selama 2 minggu. Mereka pun perlukan kereta nak ambil anak sekolah dan urusan lain. Takpelah..kami cuba cari kereta sewa. Nak jual lambat-lambat pun tak boleh juga sebab banyak urusan penting nak fikir lagi lepas ni.

Menjawab soalan kak abby (melati qistina mummy) naper tak bawa balik kereta? Sebab kereta kami sterengnya di sebelah kiri lah kak..banyaknyer modal nak urus untuk bawa balik. Kami cuma bawa motor Harley Davidson saya pulang ke tanah air sebagai kenangan.



Tadi lepas sarapan encik suami hantar kami pulang ke rumah dulu. Dia nak pergi ambik buyer tu nak bawa pergi potong nama. Doakan kami dapat kereta sewa pada hari ni ye. Moga urusan kami akan lancar lepas ni. Lepas ni cabaran tidur atas kotak ke bila barang dah shipping? hahaha..macam ni pun LM nak sedih kan? kuat lah wahai hati...kuat lah supaya anak-anak tak sedih.

Kalau dapat kereta sewa nak kena cari sleeping bag atau apa saja untuk tidur 2 malam tanpa tilam buat anak-anak ni. Ya Allah permudahkanlah urusan kami, amin. 3 tahun di Qatar buat hati sayu untuk meninggalkan negara ni.


www.tips-fb.com

12 comments:

Lelord said...Reply To This Comment

jangan sedih yangg...setiap moment adalah kenangan terindah

eiela said...Reply To This Comment

mesti rasa sedih nak tinggalkan sana kan, tapi takpe nanti dah sampai sini mesti lg happy sebab ada sanak saudara.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Hmm..mmg sedih brtmbh lg dah serasi kt situlan??xpe..pulang kt tmpt jatuh lg dikenang..hehe..selamat semuanya..

Liza Abu Bakar said...Reply To This Comment

qatar ramai juga rakyat m'siakan.. lama tu dah serasi benar. tapi 3 tahun sedih nak berpisah dgn kereta. kak liza ni 8 tahun dah pakai kelisa, rasanya memang takkan jual, takut rindu-rinduan nanti. Moga selamat urusan pulang.. byk dugaan tu.

miya said...Reply To This Comment

hati xsabar nk balik tanahair sendiri, tp sayu jugak nk tinggal tmpat dah duduk 3thn. kan?

ieda said...Reply To This Comment

huhuh akak lak emo LM .. x per . jgn sedih ye LM .. semoga selamat semuanya .. insyaallah semua itu akan jadi moment yg indah dlm lipatan memory LM ;)

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

Bertilamkan sleeping bag pun akan jadi kenangan indah jugak nanti.. selamat pulang LM...

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

adikku, bila membaca kenangan kamu, pengalaman kamu.. rasa tersangat kasihan pada kamu..
kalau dulu kamu sering sms. skrang dah tak dapat ulang lagi, kamu guna no apa dik???

nak sms!!!

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

sabar je lahkan.dugaan

Izan Ishak said...Reply To This Comment

semuanya akan jadi kenangan paling indah dlm hidup kan miza. izan doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.

kiera'sakura said...Reply To This Comment

kalau kira pn sedih kak... kira tau akak kuat!!!

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

apa miza ada harley davidson...pergh...nanti bawak shda ronda ye...

tak pe yunk nak buat cmne...xkan nak bawak balik kan..kita baru je cita dengan sedara tentang kereta awk ni....

moga miza tabah menjalani hari2 terakhir di doha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...