Monday, March 12, 2012

Teknik Menyusukan Bayi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingin LM kongsikan beberapa panduan untuk bakal ibu atau ibu baru beberapa teknik menyusukan bayi. Apa yang LM perhatikan terdapat ramai ibu yang menyusukan bayi mereka dengan teknik yang tak begitu tepat dan kadang kala cara yang salah boleh memberi bahaya dan kesakitan terhadap bayi dan juga ibu.

Biasanya bagi ibu yang baru melahirkan jururawat atau doktor akan mengajar ibu teknik menyusukan dengan betul. Mari kita semak kembali apa cara yang telah diajar untuk memastikan penyusuan bayi dapat dilakukan dengan baik.

Teknik Menyusukan Bayi
  1. Kedudukan badan
    • Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
    • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
    • Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan
  2. Cara memegang bayi
    • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
    • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
    • bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu
  3. Cara memegang payudara 
    • Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
    • Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting

Cara yang betul menyusukan bayi
  • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
  • gerakkan badan bayi ke arah payudara
  • pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
  • pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
Cara pelekapan yang betul
  • mulut bayi terbuka luas
  • dagunya mencecah payudara
  • bibir melekup keluar
  • pipi gelembung
  • payudara nampak penuh dan bulat
  • terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
Cara pelekapan yang salah
  • dagu bayi jauh
  • tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
  • dagu tidak menyentuh payudara
  • ibu rasa sakit
  • payudara bolehbengkak dan puting luka
Moga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit info buat ibu di luar sana. Moga kita lebih bersemangat untuk memberi bayi susu ibu sehingga mereka mencapai usia 2 tahun, insya Allah.


www.tips-fb.com

6 comments:

lieynanilaz said...Reply To This Comment

walaupun saya belom kahwin lagi tapi info ini akan berguna bila tiba waktunya kelak...:)

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

dulu masa mula2 tak pandai.. nurse yg ajar jugak. sekarang lala pula dah pandai. letak je dia, pandai dia cr sendiri.. tak mcm mula2 dulu. kena ikut step by step yg nurse ajar tu. kekekekekeke

Miss PIJAOSIX said...Reply To This Comment

salam,

lame tak lawat miza. nice info. Good job

iEn said...Reply To This Comment

teringat plak masa kat wad dulu, ade budak2 training duk bg ceramah info yg sama jugak sambil tunjuk kat ien macam mana yg betul2nye.. huhuhu.. :D

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hurmm..kne save siap2 nih...
teknik yg perlu diketahui kan..
good info kak..

Peri PiA said...Reply To This Comment

akan jadi panduan utk pia 1 hari nti,Amin2 ;')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...