Tuesday, March 13, 2012

Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

LM nak kongsi beberapa tips untuk memulakan penyusuan bagi si comel anda. Biasanya bila bersalin terutama di hospital swasta mereka akan menjaga bayi kita sehingga kita keluar wad. Maka pesan awal-awal pada mereka yang anda mahu menyusukan bayi dan mereka akan menghantar bayi untuk di susukan setiap 2 jam biasanya. Menyusukan bayi boleh dilakukan

1. cuba beri bayi susu sewaktu di dalam bilik bersalin lagi. Saya mula menyusukan baby syafiq selepas 30 minit dia lahir. Alhamdulillah dia menyusu dengan baik ketika itu 

2. Biasanya bayi walau baru lahir akan tau mencari puting susu. Walau bayi nampak tercari-cari ibu perlu lebih bersabar untuk galakkan bayi menyusu.

3. Jangan terlalu mengikut jadual. Beri susu on demand, biasanya proses menyusu akan berakhir selepas 10-40 minit setiap sesi.

4.  Jangan beri bayi susu jika dia sedang menangis kuat. Redakan tangisan baru berikan susu. Bayi akan tersedak atau tercekik susu apabila menangis kuat dan diberi susu

5.  Pastikan kepala, mulut dan dagu bayi mengadap payudara. Elakkan hidungnya dari terhimpit payudara. Dagu bayi jangan sampai menekan payudara.

5. Sokong belakang badan bayi bukan kepalanya semasa bayi sedang menyusu.

6. Duduk tegak semasa menyusu, jangan membongkok. Letak bantal di belakang badan agar anda lebih selesa semasa menyusukan bayi. 


Selamat menyusukan sicomel anda dengan gembira. Moga usaha kita untuk memberi 100% susu ibu buat si kecil berjaya, amin...

P/s: lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu yang terhasil.


www.tips-fb.com

6 comments:

Amie said...Reply To This Comment

Memang satu pengalaman yang sangat indah dapat menyusu anak!

Iza Teratak Usang said...Reply To This Comment

Assalam..
Saya tak pernah lagi menyusu anak di hospital.anak pertama, saya pengsang terus sebab makan ubat tidur sebelum bersalin.
Anak ke 2 kena bedah pun teruk, tak sedar...tapi nasib baik ada susu walaupun dah banyak hari..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Ye...rasa amat dekat dgn si kecil.x tau nak gambarkan bagaimana

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Owh begitu...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

good info kak..

Peri PiA said...Reply To This Comment

terima ksg beri tips ni,suke bace tambah ilmu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...