Thursday, March 1, 2012

Wanita Kuat Cemburu- Betul Ke?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Wanita ni memang kuat cemburu. Selalu saya dengar ayat begitu dari lelaki mahupun wanita. Sering juga ia menjadi topik hangat dibincangkan di station radio tanah air. Masalahnya betul ke pandangan tu? Ada yang bersetuju?


Pada LM wanita ni jiwa dan perasaan mereka halus. Kerana itulah mereka cepat terasa bila rasa diabaikan atau dipinggirkan. Jika pasangan beri perhatian sepenuhnya pada mereka tak mungkin lahir perasaan cemburu kot?Ke saya silap? Pandangan saya salah? Itu pandangan saya bagi mereka yang cemburu bertempat. Bagi yang cemburu buta tu memang mereka sentiasa akan rasa cemburu walau 200% kejujuran ada dalam hati pasangan mereka. Orang yang cemburu buta tak pernah rasa selamat dalam perhubungan mereka. Sentiasa ada rasa curiga dan syak wasangka.


Lihat dalam situasi mereka yang bermadu dalam cinta, bagaimana mereka semua boleh bahagia? Semua ini terjadi kerana masing-masing tau kedudukan mereka dalam hati pasangan. Tak perlu berebut kasih kerana hati itu memang satu tapi setiap inci, setiap ruang dalam hati itu pasti terletak di satu tempat yang istimewa diri kita di hati pasangan. Jangan tamak memburu cinta dari pasangan. Jangan di tanya banyak mana cinta pasangan pada kita kerana cinta tak boleh disukat. Kasih tak boleh diukur. 


Allah Maha Kuasa, lihatlah betapa dia lahirkan kita dengan penuh nikmat. Dia beri kita secebih daging bernama hati untuk kita letak cinta kita pada Allah yang Esa, cinta pada Rasul, Ibu bapa bagi yang lelaki, Isteri, kekasih, adik beradik, sahabat, kawan dan saudara seagama. Hati yang kecil mampu kita berikan begitu banyak kasih sayang. Itulah besarnya nikmat yang kita dapat dari Allah. Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dalam nikmat kasih sayang yang kita terima kerana itu adalah anugerah dari Allah yang Esa. 


Jangan cemburu bila bermadu kasih, jangan cemburu pada ibu bapa jika terasa ada pilih kasih berlaku. Setiap ibu bapa sangat sayang kesemua nak mereka. Tiada yang mereka tak sayang. Jangan rasa tidak disayangi kakak atau abang anda kerana kita tak mampu nak menilai kasih yang tak boleh kita timbang ukur dan sukat. Apa yang penting kita tunjukkan rasa cinta dan kasih kita pada mereka yang kita sayang sementara kita masih bernafas dan mereka masih ada bersama kita sebelum nyawa dan badan terpisah. Jika sayang luahkan melalui perbuatan dan perkataan. Jika sayang Allah kita syukuri semua nikmat yang diberikan olehNya...wallahua'lam.



www.tips-fb.com

12 comments:

suzie rahman said...Reply To This Comment

salam LM, dh lma xjenguk sini hihi..act cemburu ni bkn wanita je. lelaki pon 2x5 jer kn kn. :)

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

saya kuat cemburu...err

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

yg pasti cemburu beri tanda yg kita sayangkan mereka.. :)
xsalah nak cemburu tp berpada2..kan kak??

L said...Reply To This Comment

cemburu tanda sayang. tapi tu laaa. si dia selalu sgt jeles ngn L...adoooi

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

saya jenis cemburu ke?
ntah la..nanti nak tepuk dada tanya hati..hihi
tp kan LM..masa kecil mmg ada berasa cemburu dgn ibu bapa..masa kecil fikiran'jauh ke depan sangat'

Kella said...Reply To This Comment

cemburu tandanya sayang kan.. tapi jangan terlalu cemburu buta! buruk padahnya.. mngundang sensara.. hati pun tak tenang... =) buat je yang terbaik untuk semua.. kerana yang pasti ganjaran dari Allah tetap ada.. =)

ieda said...Reply To This Comment

lumrah ..
tapi dlm islam kalau cemburu berlebihan dgn suami @ bila dimadukan adalah haram .. minta dijauhkan .. huhuh

Peri PiA said...Reply To This Comment

manje2 je kot,hihi

hud aikara said...Reply To This Comment

cemburu adalah sifat semulajadi manusia. malah Aisyah juga pernah mencemburui Siti Khadijah biarpun Siti Khadijah telah meninggal dunia. Cuma cemburu itu perlu bertempat. Bagi saya lelaki dan wanita sama-sama ada rasa cemburu. Cuma lelaki ni dia jarang menonjolkan perasaannya sedangkan wanita lebih suka meluahkan. cuma satu ajelah kalau seseorang tu terang2an punyai teman yg lain, tak perlulah berebut. Fikirkan betapa berharganya diri kita untuk bergaduh sakan demi seorang lelaki/wanita yg belum tentu berharga untuk di pertahankan. Percaya pada ketentuan dan meletakkan sayang itu cuma sementara menuju ke alam akhirat.Jadi kalau pasangan curang anda tidaklah terlalu terluka dan anda tidak juga jadi terlalu cemburu.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

dalam kes saya.. husband lagi kuat cemburu.. hahaha

Chic Na said...Reply To This Comment

rsnya sama je kot lelaki n perempuan.. cuma lelaki jarang atau susah nk tunjuk diorg cemburu.. huhu..

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

mas xla cmbru tiba2..bertempat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...