Wednesday, April 11, 2012

Cuaca Tak Elok



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca memang tak elok sejak saya pulang seminggu dua ni rupanya. Jika tak hujan memanjang akan panas terik tak tertahan. Uish, badan saya masih terkejut nak berhadapan dengan cuaca begini. Nampaknya lepas ni saya akan duduk dalam rumah berkurung saja kalau takda aktiviti wajib di luar rumah.Saya bukan manusia yang tahan dengan panas dan tak suka berpeluh-peluh. Malu la badan berbau...huhuhu

Panas membahang ni terasa perit sangat kulit. Patutlah saya dan syafiq demam. Agaknya tunggu 44 hari baru saya dan anak-anak boleh biasakan diri dengan cuaca macam ni kot?eh..kenapa 44 hari ek?macam berpantang pulak.Hihihi...citer pasal pantang, memang azab rasa nak melepasi hari ke 44 tu, dah habis pantang lega rasa hati. Boleh la mengelat dari berbengkung, makan sayur sejuk sket sesekali dan curi-curi makan eskrem..eh eh..rindu kak ayu, selalu je minta dia belanja eskren stobeyi...hehehe.

Hari ni baru sempat saya menyembang dengan jiran saya, ah fen. Apasal rupa dia sama je sejak 10 tahun lalu ek, awet muda betul dia tu, jeles saya...hihihi. Nak citer sket, jiran cina saya sorang ni sangat baik, ramah dan suka memberi buah atau apa saja, jiran sebelah rumah dia cina gak...baik juga macam tu. Kira best friend saya gak mimi tu. Yang sorang tu fasih berbahasa melayu tak pelat langsung. Dah la selalu sms saya walau saya jauh kat qatar tu. Kesimpulannya persahabatan tak mengenal erti perkauman. Betul tak? 
 

 Sori lah ye...citer bercampur-campur, dah la lari jauh dari tajuk. Tu lah kalau dah lama tak buat entri memang mula merapu tak tentu pasal. Saya undur diri dulu sambung packing barang dan balut pinggan...babai.


P/s: jom tolong saya bungkus pinggan, sok nak pindah ni.
 
www.tips-fb.com

5 comments:

Izan Ishak said...Reply To This Comment

salam miza...

miza kat segamat ye skrg ni? bungkus pinggan nak bawak pegi seri kembangan lah tu.. mesti banyak ye...

apa pun izan doakan miza n bby syafiq sihat2 je...

OH JEJEM said...Reply To This Comment

Memang cuaca tak elok, sampai gempa bumi pun ada tadi ;'(

deno said...Reply To This Comment

cuaca di terengganu pulak kejap2 ujan, kejap2 panas...

kiera'sakura said...Reply To This Comment

letihnya kemas barang nk berpindah kan kak....

kiera'sakura said...Reply To This Comment

kira klu smpi tempat baru mmg susah nk biasakan diri dengan cuaca tmpt baru tue....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...