Friday, April 27, 2012

Donut Pintal



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar semua, salam jumaat buat kalian yang singgah membaca di laman LM ni. Sejak pulang ke tanah air belum pernah buat apa-apa jenis kuih. Memandangkan tekak ni merayu nak makan donut maka LM gagahkan diri menguli donut pakai tangan gebu LM ni ha...ayoo...peluh tau menguli pakai tangan selalu suruh 'sumayyah' bread maker saya yang uli.



Donut pintal LM.

Ramai hairan kenapa LM buat donut pintal tak buat bulat macam biasa. Sebenarnya LM takda cetak donut dan kalau bentuk pakai tangan tak comel la hasil kerja LM. So, kalau pintal tak la buruk sangat rupanya kan...hehe.

Rasmi dapur rumah baru...alhamdulillah cuaca panas sangat membantu menggebukan donut saya hari tu. Kukus dan oven belum sampai lagi, maka projek membaking amatlah terbatas. Lepas ni teringin nak buat kek buah tapi tunggu barang dari Qatar sampai dulu la. 

p/s: 2 orang sahabat kita merancang nak ziarah saya, alhamdulillah sangat gembira dan menerima mereka dengan hati terbuka. Tak sangka rumah kosong ni pun mereka sudi nak ziarah. Mood terharu!

Lupa nak tepek resepi...mana tau ada yang nak cuba resepi LM.

500 gram tepung gandum (saya guna cap sauh)
setengah paket yis segera(saya guna mauripan 11 gram tu)
telur sebiji campur lagi 2 biji yang kuning saja.
butter 3 sudu besar
gula 6 sudu besar
air 125ml (lebih kurang)

caranya: uli dan jadikan doh yang lembut...diam kan 40 minit hingga naik 2 kali ganda. Setelah tu uli lagi untuk keluarkan anginnya dan bentuk mengikut cita rasa kalian. Lepas naik dua kali ganda dalam 30-40 minit boleh di goreng dengan api sederhana. 




www.tips-fb.com

15 comments:

cik violet said...Reply To This Comment

sedapnye sis. sy da la peminat donut. huhu. anta sini skit. hehe

kakchik@ella said...Reply To This Comment

comel la dik. mcm adik jgk. hehehe.

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

kalau ditambah coklat atas dia mesti lagi sedap.

laskar pelangi said...Reply To This Comment

first time tgk donut pintal..ehehe:))
cam menarik jeww..senang je wat donut ni ye..kalau kat rumah,dah try..ni kat kolej,jadi xdapat nak mencuba la jawabnya..tunggu blk rumah nanti lah nak try :))

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

yg LM bagi resepi dulu tak cuba2 lagi.. hahaha

UmmiAbi said...Reply To This Comment

Akak..tingin nk bt.. Tp 500g brp cwn ye?Sy xthlah sukatan gram2 ni..hee

deno said...Reply To This Comment

wah bestnye... tapi kan deno biasa jumpa donut bulat je.. hehe :)

Amyna said...Reply To This Comment

menarikk selera... walaupun donut ni di pintal2..

❤farahin izzati❤ said...Reply To This Comment

wahh, sedapnye, sy suke donut !! hehe, ingat dulu mak buat donut bulat2x kecik hehehe, laju jew mkn hehe

Peri PiA said...Reply To This Comment

Wahhhh, :)

semoga kita dpt bertemu 1 hari nanti :)

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Terliur akak, hiks

Nelly The Strange said...Reply To This Comment

i like donut !! bulat-II !!
:)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

cantik la akak pintal2 tue, klu kira yg pintal mesti jd reksasa lg..wuwuwu

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

dah lama x mendonat huhuhu....

hawiz said...Reply To This Comment

sedapnyer..nk beli la pasni!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...