Wednesday, April 18, 2012

Kawan



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya dah 2 hari tak hantar budak acha (aqilah marsya) tu ke sekolah. Dia nampak je baju sekolah terus meraung kata takmo sekolah, mengelak nak sekolah purple la itu ini. Maka incik laling lah yang hantar 2 hari ni naik motor ke sekolah. Ayahnya hantar okey lagi tak la seteruk ummi hantar meraungnya. Alhamdulillah semalam menangis jap je, hari ni lagi jap pastu okey.

Masuk kereta masa saya jemput tadi dia terintai-intai kawannya. Dia kata ada kawan nama AWAK. Haha..naseb la...dia hentam panggil kawan dia awak dan kata tu nama kawan dia. Acha punya kawan nama awak, dia 'Del' (girl) owh okey, anak ummi dah ada kawan nama awak budak girl. Ummi lega dan harap esok adik aqilah marsya ni tak meraung pagi-pagi. Sakit tekak ummi marah dia pagi-pagi sebab pujuk elok-elok tak jalan. Ummi kata kalau dia tak nanges nanti ayah pasang internet. Tu yang dia suka sangat tu..tapi celik mata nanges gak suruh pakai baju sekolah. Nak pakai baju butterfly katanya...haish, undang-undang sendiri lak dia buat.

p/s 1: harap semuanya okey tak lama lagi...amin.




p/s 2: saya nak beli stiker la nak suruh cikgu bagi pada dia, mungkin dia akan jatuh hati pada kebaikan cikgu kot kalau cikgu bagi dia apa-apa...huhu.

 
 
www.tips-fb.com

14 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hurmmmm...menguji kesabaran sungguh pagi2 ummi wat latihan vocal..hihi..
sek purple xleyh ke ummi??hakhak..

-gedek! said...Reply To This Comment

nama dia AWAK?

nama saya KITA!

haha

Kakzakie said...Reply To This Comment

Masih barulah LM... kakak rasa bila dah ramai kawan mesti dia ok... at least dia dah ada kawan..

azwa amani said...Reply To This Comment

idea yg baik tu bagi sticker, peneguhan positif perlu diberi oleh guru untuk tingkatkan keyakinan acha :)

Izan Ishak said...Reply To This Comment

hehe.. aqilah ni manja ngan ummi ye. sama je cam si kembar masa masuk skolah bulan lepas. masa ummi antar pegi kelas pakat nak nangis kuat2. ayah antar ok je pun.. skrg ni naik van dah selamat dari adegan2 tu semua...

nama kawan2 pun dah pandai sebut skrg. kalau dulu panggil kawan beg mickey mouse lah... kawan yang itulah..inilah..

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

hehehehe, lawak plak nama kawan dia tu :P

mg2 dh ada kwn tu semangat la dia nak p skolah...

idea ps2 tu cm menarik jek, tp jgn lak satu kelas plak minx stiker kat cekgu... hehehehe

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

nanti2 ok la tu...kamu jgn risau ye LM...

aqilah budak yg baik...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

baru sangatla LM.. mungkin dia masih seram sejuk nak gi sekolah.. thats y.. semoga lepas ni dia lebh berani.. amin.. insyaAllah..

Hanis Azla said...Reply To This Comment

suasana baru kot.. itu yg dia tak serasi lagi.. nnt2 okeylah tu.. Alhamdulillah, LM dah dapat baca buku akak.. seronok akak dgr..

p/s : rasa nak buat lompat bintang aje.. sekian lama tak dapat masuk blog LM ni.. asyik kena block.. hari ni dapat pulak masuk.. yeayyyyyy.. Alhamdulillah..

ejulz said...Reply To This Comment

dah ada kawan ok la tu kak.. hehe.. esok2 nnti msti x sabar nak g sekolah jumpa kwn2.. haha

kiera'sakura said...Reply To This Comment

bju butterfly pulak dah... hahahaha.. mcm2 lah aqilah nie.. sek pepel xjalan mintak butterfly pulak..hahahaha..

kira doakan semuanya akan ok .. Amin

Iza Teratak Usang said...Reply To This Comment

Assalam..
Nasib baik anak iza tak meragam macam tu..
Kalau dia tak nak ke sekolah, mesti ada apa2 yang tak kena sebab dia suka ke sekolah.

ieda said...Reply To This Comment

aah aqilah jenis yg manja koot
give her time dear ..
nak sesuaikan diri agak payah koot , baru lagi kan ;)

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

alahai aqilah nie....biasa la tu budak2 miza...macam kita dulu2 jugak kot..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...