Thursday, April 19, 2012

Macam -Macam Hal



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat pagi semua....sihat ke?
Pagi ni terkeluar ayat, 'macam-macam hal' dari mulut incek suami. Satu lagi kerosakan kami kenal pasti dalam bilik mandi selain air tak mengalir. Memang menduga kesabaran betul la.Sebenarnya semalam incek suami plan nak cuba betulkan sendiri saluran air tu, last-last bila saya dok bebel manja dia call la tuan rumah bagi tau kerosakan tu. Mengapa saya tak bagi incek suami buat?adalah sebab musababnya...huhu.

Ingat pasal tersumbat tu je, ada lagi pula kerosakan lain. Ya Allah banyak betul masalah rumah sewa saya ni rupanya selain ..... Kalau kiera membujang boleh la dia nak cari rumah sewa baru sebab rumahnya masuk air hari tu, harap cepat dia dapat rumah sewa baru. Tapi saya ni bukan mudah nak pindah rumah lain, haishh. Serba salah sebenarnya, kalau asik cakap ada masalah nanti dicop kami penyewa cerewet, tapi kan kami hanya mahukan kelengkapan asas yang lengkap dan semuanya okey tu saja sebenarnya. Malu juga nak bagitau owner pasal masalah itu ini. Patutlah bilik mandi saya tu berkarat, berlumut macam apa...saya pasti orang lama tak guna sangat sebab masalah saluran air tu. Korang rasa perlukah saya anggap bilik air dalam bilik saya tu tak wujud dan abaikannya? saya guna je bilik air kat luar saja supaya tak perlu nak repair saluran tersumbat tu dan repair tandas yang rosak tu...huhuhu. Perlukah saya buat macam tu? 

hari ni hujan...saya nak mendobi takda mood, kain berendam tak sental lagi. Bila rumah ada masalah nak buat apa pun takda mood ...huhu.Korang jangan lah tanya rumah saya kat mana, jalan mana, anak sekolah kat mana...nanti bila raya saya bagi tau ek?pasal sekolah anak pun saya tak boleh cerita juga anak sekolah kat mana demi keselamatan mereka. Saya tak tau pembaca blog saya semua yang tunjuk muka atau ada heaters juga. Saya perlu berhati-hati...bukan semua saya boleh cerita di sini, harap korang faham ye.



www.tips-fb.com

13 comments:

kiera'sakura said...Reply To This Comment

betullah tue kan kak, kira bujang lain cite akak dah berkeluarga byk benda nk kena pk.. sabar ye kak.. masalah kita sama.. berpunca dari bilik air depan...

ejulz said...Reply To This Comment

smoga masalah rmh akak settle cepat.. tu mmg dah hak akak sekeluarga mintak owner betulkan..

betul tu kak.. utk keselamatan baik jgn bagitau semua kat laman sosial.. sy tgk skang ni kat fb mudah sgt pengguna bgtau kedudukan diorang tmasuk ejulz sndiri.. lps ni nak berjga2.. :)

LYAfrina said...Reply To This Comment

kat sini panas terik... dh lama x hujan.. apa2 pon smoga hari ini dilalui dgn baik2 saja :-)

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Alahaii... Bertimpa2... Tp kalau dh tersumbat2 tu mmg kena gtau owner, xkan masuk x smpi seminggu, sumbat sbb Kita kan...hukk

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

sis...masalah kita sama...2 bilik air, 1 tak leh guna sbb bertakung...

tp report je kat tuan rumah...alhmadulillah dh ok :)

azwa amani said...Reply To This Comment

uishh..memang menguji kesabaran tu kak.. :) sabar ye..

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

nak buku number 4. nak buku number 4. agagagagag. :P

kak, sabar ae? nt pomen mai tau. :P

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

lo ada lg ye masalah....sbr byk2 k...

kdg2 ada tuan rumah ok...ada yg tak ok juga...

ieda said...Reply To This Comment

yes dikk
x semua perkara kita kena kongsikan bersama disini .. akk pun sama , rasanya semua orang koot .. ;)
kena hati2 selalu ..
sib baikk akk dah lama x berFB.. dlm blog x sama .. kita nak tulis dan cakap selalu kena berlapik ;)

black_mel said...Reply To This Comment

kena bagitau tuan rumah..nnti dia igt kita yang buat rosak..xpasal2 nak kena ganti sebelum pindah umah baru..

diana said...Reply To This Comment

prinsip kita sama la Lm..suami pun dah tetapkan apa yang boleh dan tak boleh cerita.demi keselamatan..sebab tu ada pelik,blog saya blog personal tapi tentang kehidupan keluarga saya tak berapa jelas..saya selesa macam ni..

deno said...Reply To This Comment

kesiannya akak... emm.. kenapa tuan rumah tak uruskan masalah tu? sabar ya akak...

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

banyak la masalah yang berlaku dengan umah sewa miza tu....sabar ye miza...

kita sama2 doa tuan umah tu prihatin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...