Monday, April 30, 2012

Melukis



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua sahabat yang singgah membaca di sini? harap semuanya sihat sejahtera. LM macam biasa busy dengan urusan seharian. Terkejar-kejar ke sana sini ...hehe.

Nak cerita pasal anak-anak ni, mereka ni memang la takmo naik bas pergi sekolah. Tiap hari suami asik suruh naikkan bas tapi dah anak tak mau LM ikutkan sajalah.Kelebihan ambil dan anak dari sekolah sendiri kita tak perlu susah hati anak tertinggal bas atau lambat sampai rumah kerana sebelum anak keluar gate sekolah kita dah tercegat depan sekolah tunggu mereka. Keselamatan tu lebih terjamin dari mereka pergi dengan bas sekolah. 

Apa yang LM perasan juga hubungan makin erat kerana kita banyak berbual dengan mereka dalam kereta sewaktu memandu kenderaan. Melayan anak berceloteh kan buat kita tersenyum simpul...hehehe. Bukan mudah nak dapat masa berkualiti bersama anak-anak kan? ada depan mata tak bermakna masa yang terluang bersama tu benar-benar berkualiti kan? Maka saya rebut peluang yang ada sebaik mungkin selagi mampu.


Nak cerita pasal si kenit ni. Dia ni minat nak tolong kakak dia melukis dan mewarna. Gambar yang dia pegang tu maisarah yang lukis dan warna tapi dia perasan macam dia yang lukis...bangga suruh snap gambar. Maisarah ni ikut ayahnya minat melukis. Apa yang dia imagine boleh je dia lukis. Seingat saya umur dia 2 tahun lebih pun dia dah suka lukis orang lidi masa dulu.

Kalau ikut LM takda la pandai melukis..tangan keras sangat kot? Maisarah selalu tanya saya pandai lukis ke tidak.

maisarah: ummi pandai lukis tak?
saya: tak pandai....
maisarah: pandai la..ayah kan pandai lukis?
saya:ayah lain la...tp ummi lagi pandai dari ayah kot kalau lukis.
maisarah: kenapa? ala..ummi tadi cakap tak pandai sekarang kata lagi pandai pulak.
Saya:ummi kalau nak lukis arnab jadi kangaroo. Nak lukis burung jadi ayam. Nak lukis burung jadi ayam....hahaha(saya gelak)
maisarah: la..tu tak tau lukis la tu namanya!(buk! dia tepuk saya) kuatnyer budak bambam tu tepuk saya..tepuk gurau-gurau pun berdebuk. Sakit tau!...hahaha.

anak saya dah dekat sama saiz ngan umminya...alahai cepatnya kamu membesar.

p/s 1:korang pandai melukis?

p/s 2:saya cukup takut kalau anak minta lukis kan burung, gajah...nak-nak kalau dpn kawan-kawan saya....hahaha.



 
www.tips-fb.com

15 comments:

lieynanilaz said...Reply To This Comment

biarlah kita bersusah asalkan keselamatn anak-anak terjamin...

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

shida xpandai melukis walau ambik pendidikan seni masa spm..kakak yang x amik pendidikan seni lagi pandai lukis hahhahaa

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Betul tu dik

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Saya lg la x pndi lukis

ogyep yummy mellow said...Reply To This Comment

ogyep anta dan jemput anak2 sendiri... walaupun rumah dekat dengan sekolah... at least kita pasti akan keselamatan mereka..

laskar pelangi said...Reply To This Comment

alahai comelnya rerama dia ;) siap ada cam belang2 harimau..ehehe~:))

ejulz said...Reply To This Comment

suka tgk budak2 lukis n mwarna.. teringt anak buah kat kpg lukis gmbr paksunye.. hehe..

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

saya mmg x de bakat melukis langsong.tangan tak berseni.huhu

diana said...Reply To This Comment

suami saya tak pandai melukis..
maisara pandai melukis sebab ikut ibu dia yang giler melukis sejak kecik lagi..hehheh..
sejak kawen saya dah tak melukis.tapi tak sangka yang maisara ikut saya.saya dulu suka lukis kat dinding.sampai dah bekerja pun suka lukis2 kat dinding dalam bilik.kiranya bilik saya tu macam dunia fantasi saya je.sekarang ni kalau sapa2 datang rumah jangan terkejut sebab penuh dengan lukisan maisara.mujur dia tak conteng dinding.dia lukis atas kertas tapi tampal kat dinding.saya biar je sebab saya paham saya dulu pun macam tu..:P

eh!!tercerita tentang diri sendiri pulak..:p

Yaya Azura aka Naz Azra said...Reply To This Comment

yaya tak pandai melukis..
pernah Wafiq minta lukiskan kucing,,pastu dia cakap 'nie ayam la..'

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

ni mesti pandai lukis cam acik nadh dia kan? kan? ahahahahha

deno said...Reply To This Comment

deno memang zaman kanak-kanak suka melukis, boleh melukis tapi tak expert sangat... sebenarnya deno nak amik course seni lukis masa mula2 belajar kat uitm tapi lect nasihatkan amik account sbb seni lukis lagi berat kerja dia.. huhu.. terpaksa al, bimbang jugak sbb sle boleh datang bila2 masa... akak, doakan deno tamat sem deoan ya :)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

hahahaha kelakar lak baca entry akak nie... ank sedara kira yg sulong tue pun pandai lukis.. tmbh2 klu reksasa lg dia suka..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

wee...budak2 mesti nk suh lukis2 ni kak..
adik klu bab lukis ni kne ade contoh gmbar bole la ikot.. :)

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Hahahahaha, sama la Kita, anak akak pon ikut hb, suka melukis, maknya tau lukis org lidi jek, :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...