Sunday, April 29, 2012

Merawat Ulser Mulut



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kerapalami ulser mulut? bila terkena tu pasti sakit dan tak selera nak makan kan? LM kalau terkena tu sampai 4-5 hari baru pulih. Boleh susut sampai 1-2 kg kadang-kadang sebab tak dapat makan masa kena ulser tu.Bila kena tepi pipi atau di bahagian bawah bibir dan tergigit lagi lambat baik kan? 


Bila dah terluka lagi sakit dan memang kena pergi klinik cari ubat. Jom kita baca info tentang ulser mulut....

Simptom-simptom ulser mulut

Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala anda berasa malas untuk bertutur.

Mengapa ulser mulut boleh terjadi?

  • Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
  • Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
  • Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
  • Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
  • Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimioterapi
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui.

Kaedah menangani ulser mulut

Jika anak atau anda kerap mengalami ulser,amalkan, Penjagaan kesihatan mulut yang baik seperti:

  • Pemeriksaan gigi berkala
  • Gigi yang bersih
  • Amalkan makan secara sihat
  • Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.

Petua merawat ulser di mulut


  • Gunakan pencuci antiseptik mulut
  • Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air

Jika sakit ulser berterusan melebihi 14 hari,dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor

Kredit


www.tips-fb.com

18 comments:

ejulz said...Reply To This Comment

info menarik.. si guLE slalu kene ulser dulu.. teringat kat dia..

Zalin Mansor said...Reply To This Comment

tq sharing info ni kak..

kiera'sakura said...Reply To This Comment

kira selalu kena ulser nie.. dh mcm berkawan baik pulak dgn die =.='

diana said...Reply To This Comment

dulu selalu jugak alami..
tapi rasanya sekarang ni lama dah tak jadi..
kalau kita yang alami tak pe lagi.jangan anak yang kena..
lagi la tersiksa..

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Mmg sakit xleh Nk ckp time Nk mkn, siksa, hukk

ogyep yummy mellow said...Reply To This Comment

TQVM for sharing.... kalau kena ulser, memang tersiksa kan..

Fatim said...Reply To This Comment

Good Infooo

makchaq said...Reply To This Comment

Salam perkenalan,

Dulu makchaq selalu kena, anak2 pun, makchaq cuba petua ni,
Basuh beras sekali saja, tak kosek teruk2, godak sikit2 je..

InsyaAllah kami jrg dah kena, klu jadi ambik B complex hospital yg kuning kecik2 tu...

makchaq said...Reply To This Comment

Salam perkenalan,

Dulu selalu kena, anak2 pun

Makchaq amal ni,
Basuh beras sekali saja, tak payah kosek teruk2, godak siki2 je...
InsyaAllah dah jarang kami kena ulser..

deno said...Reply To This Comment

pernah juga kena ulser.. bg patient sle.. ulser mulut mmg biasa kena.. thanks akak sharing info :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Nnt ejulz citer kat dia ye

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Wlcm zalin

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Kiera kurang minum air ke

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Kalau anak siannye kan diana...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Sgt seksa.. X mkn pun dah seksa kan?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Wlcm dear

Qaiza said...Reply To This Comment

saya ada jual minyak kelapa dara yang sesuai digunakan untuk ulser mulut

Qaiza said...Reply To This Comment

boleh cuba guna minyak kelapa dara ini bagi penyakit ulser mulut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...