Sunday, April 1, 2012

Niat Ihram Bersyarat



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memandangkan anak-anak ramai yang dah habis exam di Qatar ni maka ramai ibu bapa yang mengambil peluang bawa anak  mereka mengerjakan umrah dan ziarah. Bagi rakan wanita sila ambil perhatian tentang niat ihram anda. Kadang kala kita hanya membaca niat berpandukan buku yang diberi oleh ustaz tanpa kita dapat peringatan bahawa jika kita tidak niat ihram ihram bersyarat, jika kita datang haid dengan tiba-tiba maka kita akan hadapi masalah lain pula nanti.LM sendiri terlupa tentang niat bersyarat ni masa umrah pertama januari lepas. Umrah pertama sendirian tu LM niat biasa dan umrah kedua bersama mutawif baru diingatkan tentang tu,dulu tahun 2010 pun camtu gak..masa umrah kedua dan ketiga baru niat bersyarat. Kalau ustad tak ingatkan memang LM lupa.

Ramai yang cuba menahan haid, tapi kita tak boleh terlalu berharap kerana semuanya bergantung pada izin dari Allah juga kan. Tetapi, ada satu cara yang boleh dilakukan oleh jemaah wanita yang masih mahu mengerjakan umrah tetapi bimbang haidnya datang ketika kerja-kerja umrahnya belum selesai. Caranya ialah dengan berniat ihram umrah secara bersyarat: Lafaznya seperti berikut:Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya. Sekiranya aku terhalang oleh sesuatu halangan syarak yang tidak berupaya meneruskannya, maka aku bertahalullah ketika itu kerana Allah Ta`ala.”


Dengan niat ihram bersyarat ini, jika seseorang itu tidak dapat meneruskan pekerjaan umrahnya dengan sebab tertahan oleh halangan yang ditentukan dalam niatnya, maka dia bolehlah bertahalul dengan menggunting rambut dan tidak perlu membayar dam (menyembelih seekor kambing). Dia dianggap bebas daripada ihram (dan pantang larang ihram) tetapi dia wajib mengqadha umrahnya kemudian.Sebenarnya, para penceramah dalam kursus haji dan umrah jarang mahu memberitahu mengenai niat ihram bersyarat ini kerana bimbang ia disalah gunakan oleh jemaah. Ditegaskan di sini, niat ihram bersyarat HANYA terpakai bagi mereka yang mengalami halangan seperti kedatangan haid dan nifas dan juga bagi mereka yang benar-benar uzur (sakit teruk) hingga tak dapat meneruskan pekerjaan umrahnya SAHAJA. JANGAN jadikan niat ihram bersyarat sebagai jalan mudah untuk melepaskan diri daripada ihram kerana peluang menggunakan niat ini HANYALAH JIKA BERADA DALAM KEADAAN DARURAT DAN TERPAKSA SEMATA-MATA. Berlaku jujurlah kepada diri sendiri kerana Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita.

Entri ini sekadar peringatan untuk diri LM sendiri dan kawan-kawan yang akan mengerjakan umrah bersama keluarga ...moga urusan kita dipermudahkan olehnya, amin.


www.tips-fb.com

6 comments:

kiera'sakura said...Reply To This Comment

teringin nk sampai ke sana tp lagi teringin nk hantar mama ngn papa dlu T_T

ejulz said...Reply To This Comment

tq..

azwa amani said...Reply To This Comment

mesti sernok dapat ke Tanah Suci

amaniammar said...Reply To This Comment

salam..

nak ty...situasai itu terjadi pada saat itu kt terhalang or sebelum?
meaning..saat kt pergi masih suci tp setibanya kita period camtu ker?..

xplain ke email sy
amani.ammar6163@gmail.com

Yazelin Hassim said...Reply To This Comment

Assalamualaikum, just nak berkongsi ilmu dan pengalaman, yg saya faham dgn niat bersyarat ni, bila kita dah berniat taklik umrah, n tiba tiba haid keluar, kita x boleh bertahallul dulu, kita masih lagi dlm keadaan ihram dan berpantang, kita kena tunggu haid habis dulu n bila dah habis haid ,mandi wajib n terus buat umrah,
Dalam situasi ke2 pulak , klau haid x habis sampai kita dah nak balik ke malaysia, maka pada tarikh terakhir kita di makkah tu lah kita bertahallul, kita bergunting n dah lepas dari ihram, dan x dikenakan dam.
Harap dapat berkongsi ilmu n jika ada silap tolong betulkan . Tq

Marhaen@Cambridge said...Reply To This Comment

Tks admin n Yazelin Hassim for the added info...betul2 membantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...