Monday, April 30, 2012

Tiap Hari



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar semua? 
Alhamdulillah LM dan keluarga semuanya sihat seperti biasa. Rutin harian terlalu padat sampaikan nak fikir benda remeh memang takda masa. Hidup berjadual nii memang menyeronokkan juga takda rasa boring sampai tak tau nak buat apa kan?

Seperti biasa pagi lepas hantar anak ke kafa saya akan menyapu atau mengemop dan layan syafiq kejap lepas bersarapan pagi yang simple-simple. Leka jap tengok dah 9 lebih. Siap-siap baju untuk hantar ke kedai dobi dan terus ambil anak yang dua tu balik dari kelas kafa.
 

Biasanya macam ni lah baju kotor dah siap sedia untuk masuk bonet kereta untuk dihantar ke kedai dobi layan diri kat area rumah LM ni. Ada 2 kedai yang biasa kami pergi satu tu agak canggih dan selesa dengan bayaran RM 5 untuk 9 kg dan RM7 untuk 14 kg dan satu kedai lagi tu RM2.50 untuk 8 kg dan RM3 untuk 14 kg kalau tak silap. 

Kedai yang murah tu lambat buka dan biasanya pasti berebut-rebut dengan indon dan india yang duduk rumah flat sekitar kawasan tu. Nasib baik boleh la dapat mesin kalau sanggup berhimpit dengan mereka. Kalau saya sendirian biasa hantar ke kedai yang mahal dan selesa tu saja sebab malas nak berebut...huhu.

Lepas hantar dobi terus ambil anak kafa yang keluar pukul 10.30 pagi dan beli lauk untuk di masak. Lepas tu ambik baju tadi di kedai dobi dan balik menyidai serta laju-laju kena masak kerana pukul 12 dah nak bagi anak-anak makan sebelum ambik aqilah balik tadika pukul 12 lebih. Siap bagi qila makan perlu hantar anak ke sekolah kebangsaan pula. Rutin harian yang sibuk buat diri rasa cergas dan segar. Peluh keluar dengan lancar dan bangun tidur pun rasa segar dan puas. Alhamdulillah bila badan letih saya dapat tidur yang berkualiti tiap malam dan bangun pagi pun tak liat macam dulu. 


Busy buat saya fikir benda yang indah saja, benda remeh dan mengarut saya letak tepi supaya tak jadi duri dalam hidup. Saya tak rasa serabut dah sekarang kerana tiap masalah saya anggap cabaran dalam hidup. Anasir luar yang cuba ganggu emosi saya pun saya tolak jauh-jauh...malas nak fikir benda tak menyenangkan hati. Alhamdulillah mudah bagi saya memulakan hidup di tanah air sendiri....permulaan yang baik, insya Allah...

 
www.tips-fb.com

11 comments:

LYAfrina said...Reply To This Comment

selamat pagi...
smoga hari ni dilalui dgn baik;-)

gitulah rutin harian.. cam lya lak..keje..keje..keje....

diana said...Reply To This Comment

BETUL TU LM..
KESIBUKAN KITA MENJALANKAN RUTIN HARIAN BUAT KITA LUPA TENTANG BENDA2 YANG MENGUSUTKAN FIKIRAN.SAYA PUN MACAM TU JUGAK..BAIK URUSKAN HAL RUMAHTANGGA SENDIRI DARI SIBUK2 CARI HAL KAT LUAR LEPAS TU MULA PENING DENGAN MASALAH DARI LUAR TU.

kiera'sakura said...Reply To This Comment

klu duduk sje mesti serabut pulak kn kak... moga permulaan yg baik berterusan dan berpanjangan... Amin

e_ja said...Reply To This Comment

Cmne life kat tpt baru kak long? kejap je rasa kak long dah blk msia blk..ada rezeki kita jumpa kat sana ye..;)

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

banyaknya baju tuh

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Amin...tq lya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Sibukkan benda kat luar lg susah kan diana

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Betul tu dik.. Pastu heboh ckp boring x abis2

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Kak... Sgt seronok dan hepi kat sini. Nnt singgah umah kaklong ye

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Tu kira sikit tu wan

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

penatnye klu nk cuci gune tangan je tu kak.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...