Thursday, May 3, 2012

Alahai Cikgu



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar semua? LM nak cerita pengalaman anak-anak bersekolah. Pada hari pertama mendaftar ke sekolah LM dah belikan buku tulis di koperasi sekolah dan semua kelengkapan lain yang diperlukan berdasarkan apa yang perlu menurun penjual di koperasi tu.

Minggu depannya tu Azhad balik dari kafa menangis-nangis tak mau ke sekolah kebangsaan katanya cikgu pesan tak bagi datang sekolah kalau takda buku. Cikgu kata takda buku jangan datang sekolah, duduk rumah saja.Cikgu cakap jerit-jerit. Saya terkejut la dengar takda buku tulis sebab dah beli hari tu.Tanya nak buku apa boleh beli buku tu di kedai runcit dia dok sebut number 4. Manalah nak cari buku number 4?koperasi sekolah buka time rehat saja susah nya nak beli buku. Dalam kepala fikir ni time masak kejap lagi nak ambik aqilah dari tadika dan perlu bagi mereka makan sebelum ke sekolah kebangsaan.  


Puas saya cari buku tulis atas kosong bawah ada garis macam kata azhad tapi tak jumpa.Akhirnya terpaksa ke sekolah pukul 11 lebih tu dan berdoa sangat koperasi sekolah masih buka. Sampai saja terus ke koperasi dan memang akak tu dah nak tutup pun. Di terkejut dengan cerita saya, katanya cikgu tu mustahil tak kenal murid baru. Kalau nak buku pun tulis la note pada ibu bapa atau minta murid beli di koperasi sendiri. Cikgu ni memang jenis pemalas dan asik nak 'makan orang' kata kakak koperasi tu. 

Saya beli buku number 4 dan 5 sebab buku number 4 tu bukan seperti yang azhad gambarkan ada kosong atas dan garis di bawah. Sampai rumah masih tak abis lagi menangis sebab buku yang number 4 tu buku garis tiga. Budak 7 tahun sorang ni suruh ummi koyak dan tampal di kulit buku number 4 tu sebab cikgu sebut number 4. Amat menyakitkan hati betul. LM pujuk cakap cikgu tu silap sebut number. Agaknya kalau ada depan mata lama dah cikgu tu saya telan kot? macam la saya besar sangat nak telan orang ek?haha

Sebab apa saya sangat marah?
1. Azhad budak baru 2-3 hari ke sekolah perlu ke dia kata takda buku duduk rumah jangan datang sekolah pada budak umur 7 tahun?

2. Bijak sungguh cikgu tu kawal emosi marah murid macam tu ek?tabik spring la kat cikgu tu.

3. Dah la sebut nama buku salah, number 5 dia sebut 4, anak murid dia sah-sah la takut nak bawa buku number 5 bila dia minta buku number 4 padahal cikgu tu sebut salah...pening la ummi akhirnya tau!

Wahai cikgu, cikgu ajar anak saya, saya tau tu.Tapi perlu ke cikgu buat macam tu sampai anak kecik tu takut nak ke sekolah tengok muka cikgu? siyes saya benci nak hadapi semua ni tapi saya tau semua ni pasti berlaku.Tak pasal-pasal berkali-kali akak koperasi mohon maaf sebab tak suggest buku tu. Katanya bukan semua guru guna buku tu. Tak sangka azhad kena marah sebab dia tak suruh saya beli buku tu katanya.

Benda dah lepas saya malas nak fikir lagi. Cuma saya saja nak catit di laman saya supaya jadi panduan dan peringatan dan renungan bersama. Saya kena kuat semangat agar anak-anak kuat hati juga.Jangan melatah bak kata orang . Sorang dua saja macam ni sebab cikgu lain sangatlah baik yang saya jumpa di sekolah terutama cikgu kelas azhad...sangat baik orangnya. Jadi duri adalah cikgu yang bercakap tak guna akal mendera emosi murid tanpa fikir panjang....kalau orang tua mana pun tapi kurang ajar memang susah sikit la kot nak hormat...huhu. 

P/s: kita nak orang hormat kita kerana status kita?
-jangan ingat kerjaya kita mulia sangat kerana ada lagi yang lebih mulia.
-jangan ingat iman kita tinggi sangat kerana ada lagi yang lebih tinggi
-jangan ingat kita baik sangat kerana ada orang lain yang lebih baik...

Ada kisah lain bila dahi maisarah luka cikgu dia buat secara 'tak sengaja' sebab nak belasah orang lain terkena muka maisarah...nanti saya cerita kemudian eh...

apa pun fikirlah sebelum berkata-kata...akal dan mulut perlu seiring..wallhualam.


www.tips-fb.com

15 comments:

Muhammad Izuan said...Reply To This Comment

sabar... kdg2 apa yg disebut cikgu, disalah erti oleh murid-murid. kadang2 ada tujuan guru cakap begitu. Semalam saya pesan pada murid tahun 5, siapa x siap kerja, kaki cikgu naik ke muka. hari ni, dua org x dtg sekolah. sbb takut. minggu lepas punya kerja belum setle. minggu ni pun sama. sbb tu saya ugut. bukan btl2 sy nak sepak murid-murid saya.
kemungkinan guru tu ckp begitu, spy semua murid beli buku. jgn ambil mudah. ada murid yang sampai hujung taun, masih belum beli buku latihan... jumpa terus guru tu, sng nk phm, apa sbnrnya yg dia suruh... x pun, mtk no phone guru tu kat pejabat.

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

macam2 cikgu nye perangai..
agak2 la..xkan tak tahu budak baru msuk kot..
pape pon kdg2 diorang ni bile mak ayh dtg marah2 thu plak nk hangin..
tp die buat camtu kt anak org xpkir abis2.. :)
asam garam jd bdk skolah..standard la tu ad.. :)

diana said...Reply To This Comment

saya cukup menyampah dengan cikgu yang belagak garang gitu..dia garang sebab nak orang hormat dia tapi tak tau timdakan dia buat budak2 jadi takut dan mak ayah jadi meluat kat dia.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

hamboi..kurang asam punya cikgu..kenapa perlu nak tengking2 bercakap? ada plak yang jenis tibai murid erk.. berani sangat cikgu tuh.. huhu..

apa2pun LM kena sabar ye..tula dugaan kita membesarkan anak2.. mcm2 ragam kan??

kiera'sakura said...Reply To This Comment

erm ada baiknya akak dengan suami pergi jumpa cikgu tue tanya apa maksud dia dan apa yang x kena sebenarnya...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

kan elok kalau cikgu cakap baik2...

budak2 pun mesti senang hati....

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

@Muhammad Izuan : huihsss...jgn guna bahasa mcm tu...budak2 bukan lepa tau sgt....memang la kamu tak buat...tapi cara percakapan kamu tu salah tau...tak boleh la ugut sampai mcm tu...

renung2 kan lah....

Huda Ahsin said...Reply To This Comment

Selalu diam aje... tapi bab anak kena tengking dgn cikgu takleh diam laa.. Anak kita pun kena jugak dulu. Kes lebih kurang sama. Memang kena banyak2 sabar ye LM...

Pengalaman anak sekolah kat Brunei & Qatar (mungkin LM pun tau) mcm ni... setiap murid ada buku planner. Jadual waktu, jadual test & exam staple/tampal je kat situ. Bdk catat kerja rumah harian & bila due hantar. Paling penting, apa2 yg perlu cikgu beritau mak bpk boleh tulis dlm tu. Kuranglah salah-faham...

Mungkin cikgu2 yg baca boleh hulur cadangan kat sekolah buat mcm ni jugak? Tak perlu kos lebih, satu buku latihan single line pun dah cukup utk jadikan planner.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

tak kan la dia tatau yang azhad budak baru dlm kelas tu...pelik jugak la...

sabar la ye miza...

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

tak faham macam manalah guru macam ni pon layak jadi guru.aih

ejulz said...Reply To This Comment

betul tu kak.. jumpa je cikgu tu.. senang nak tau buku yg camne.. ehehe

Izzati Tatie said...Reply To This Comment

knp la cikgu mcm tu.memburukkn reputasi cikgu sedunia je.sabar kak LM :)

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Haihh, akak bc pon gegham... Akak amik siang2 no tepon sume cekgu, nanti senang, apa2 akak kol jek, Tanya betul2.. Sabo yek yang...

deno said...Reply To This Comment

alahai... kesiannya anak akak... hmm... tak tahu nak cakap la cikgu zaman skrg ni..

Muhammad Izuan said...Reply To This Comment

LadyzuL, mengajar ni nampak mudah, kak... tp sebenarnya sgt susah. kalau bercakap dgn kelas no 1, sekali ckp, dah faham. tp bila ckp dgn bdk kelas hujung, kalau kita lembut, lembik, xda sorang pun akan buat kerja. xda sorang pun akan senyap time cikgu mengajar. bila kita jerit, baru terkial2 cari buku...mula2 mengajar, sy hantar bdk ke bilik kaunselling. bila ditanya, knp x buat kerja? sb cikgu tu baik, x mrh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...