Saturday, May 12, 2012

Anak Saya Luka-Bukan Nak Kecoh



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Gambar ni saya snap 4 hari selepas luka. Kenapa luka? 'ter'kena pembaris panjang di sekolah. Cikgu nak pukul murid lain tapi terkena hujung pembaris tu kat dahi dia.

Perasaan saya? pastilah sangat marah...tapi maisarah dah cakap cikgu kan tak sengaja, hubby pun suruh saya cool down.Ishh cool la sangat, saya ni hot mama, bukan cool mummy tau. Dah memang hati cepat panas ..hot memanjang...nak-nak bab luka-luka ni. Tapi terpaksa menurut perintah big bos suruh biarkan saja...

Dah 4 hari masih belum kering lukanya, masa mula-mula kena tu saya tak sanggup nak tatap dahi dia. Tau pedih sangat kat situ.  

Hati sentiasa berdoa anak-anak selamat berada di sekolah dan di luar rumah...

p/s: sikit pun nak kecoh? cuba kena anak sendiri tau la nak kecoh ke apa...masa kecik kena gigit nyamuk pun kita marah kan? dah besar bila orang lukakan pastilah terasa hati. Nakal mana pun anak kita tak pukul sampai luka...alhamdulillah saya berjaya kawal emosi berdepan dengan situasi ni...(padahal hentak-hentak kaki gak kat kedai makan merajuk sebab hubby suruh cool)

p/s:bila jadi ibu korang tau lah macam mana terlukanya hati saya...

 

www.tips-fb.com

12 comments:

saniah said...Reply To This Comment

Miza....mmg betul cool...tapi miza n hsbnd kena buat sesuatu bgtau cikgu dan sklh tu yg miza suamiistri btl2 kecewa dgn kejadian tu..so nxt time cikgu tu brhati2 dan tak buat suka hati dia je...klau tak nak nampak kecoh then write a letter to school..attn headmistr ..jgn biarkan perkara ni
Sepatutnya cikgu tu jumpa miza utk minta maaf..ada tak dia jumpa?
Skrg ni cikgu2 kurg jaga emosi diaorg lbh2 lg yg mngajar seklh rendah...tau nk bantai je...mulut pun tak jaga...ishhh kata pendidik kan...
Apa2 pun akak harap maisara dh sembuh ya

Kakzakie said...Reply To This Comment

Dik tanya pada Maisarah cikgu dia ada minta maaf dan bagi ubat tak? Kalau kakak pun sentap juga. Kakak kalau anak kakak kena memang tak boleh control. Pernah budak tumbuk siap abang tunggu van sekolah tu dan warning depan muka budak lelaki tu...

rostina76 said...Reply To This Comment

MasyaAllah!!!kesian anak u. by right u kena panjangkan juga hal ni kpd pihak sekolah (kalau cikgu tu telefon bgt minta maaf ke apa, ok jugak u nak biar je).... i pun cikgu & parents....mmg kita manusia biasa yg tak terlepas dari kesilapan tetapi spttnya cikgu tu kena jmp u@telefon mitak maaf. btw mmg kemalangan ada di mana2 hanya doa kita sebagai ibu yg mgk menyelamat.....

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...Reply To This Comment

kasih sayang seorang ibu :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Sabar Lm..mmg rin pun jns pns jgk..tp saba je sbb ank kita nk sek lama kt situ..rin pun asa jgk xpuas hti kt ckgu ank rin..tp pk satu sek yg sama..tiap2 hari akan bersua muka...huhu

sissyira said...Reply To This Comment

salam

biasanya org lelaki ni fikir panjang sikit daripada perempuan..

kalau sy pun x cool kot...

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

ank sedara saya tu. grrrrr

emieysandra said...Reply To This Comment

ya Allah kak..dh 4 hari pun masih cmtu, ermm..klu sy jadi akak pun sy hot even sy bakal cikgu..sy xkan mnyebelahi cikgu tu, bukan nk sokong akak panjangkan hal n tp klu diam jer, cikgu tu xkn jadikan hal ni sbg iktibar kot2 hal ni akan terjadi lagi pd murid yg lain..

akak sabar la eh, mgkin husband akak ade alasannya sendiri jugak =)

Atiqah Wadiah said...Reply To This Comment

nasib baik pembaris x masuk mata kan?hurmmm

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Betul gak, Ada x dia tepon minx maap, at least Ada usaha Nk gtau yg dia x sengaja, Cuba anak dia balik skolah luka...

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Sebagai seorg guru, akak cukup marah dgn cikgu yg suka guna pembaris atau rotan.Terutama guru sekolah rendah.Itu bukan cara mendidik.Nasib baik tak kena mata.Cikgu mcm nilah yg merosakkan nama guru2 lain.Cikgu tu ada mintak maaf tak?

kiera'sakura said...Reply To This Comment

klu kira pun mrah.. ermm tp in case jd lg akak jgn biarkan... dh la xnk mntk maaf.. dh buat salah kena la mntk maaf kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...