Wednesday, May 23, 2012

Hulurkan Bantuan-Rumah Ammar Terbakar



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Awal pagi tadi satu musibah telah berlaku pada sahabat kita Ammar bila rumah keluarganya di Dungun terengganu musnah dijilat api jam 1.20 pagi tadi. Sila rujuk entri ini


Menitis air mata saya membaca entri Ammar.



Sangat terkejut apabila mendapat panggilan telefon tepat pukul 1.20 pagi 23 Mei 2012 dari seorang rakan di kampung. Dalam panggilan telefon itu jantungku seolah-olah mahu tercabut kerana berita buruk yang disampaikan itu tidak pernah aku alami seumur hidupku. Rumah aku di kampung yang beralamat 306 Jalan Rajawali Kampung Pulau Serai, 23000, Dungun, Terengganu terbakar dalam kejadian malam semalam.

Secara pantasnya aku terus menelefon emak tetapi tidak dapat seolah-olah telefon itu mati. Aku masih mencuba dan mencuba tetapi gagal. Aku terus menelefon adikku dan masih berlaku benda yang sama. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Hati aku resah gelisah dan fikiranku terbayang “adakah salah seorang ahli keluargaku hangus dijilat api?”.


Syukurlah Seluruh keluarga Ammar semuanya selamat walaupun tiada apa yang tinggal. Mereka hanya tinggal sehelai sepinggang saja kini. Bagi sahabat yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyumbang kepada
CIMB BANK: 13040077370526 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)

Maybank: 163082138960 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)
Atau bagi yang ingin menyumbang pakaian juga rasanya amat baik buat masa ini kerana mereka tinggal sehelai sepinggang kini. 

Alamatnya:
Ammar Yasir 
306 Jalan Rajawali Kampung Pulau Serai, 23000, Dungun, Terengganu 

Sumbanglah bagi mereka yang amat memerlukan kerana kita tak tahu apa nasib kita di masa hadapan. Buat adik Ammar bersabarlah dik, ini semua ujian dari Yang Maha Esa buat kamu sekeluarga.


www.tips-fb.com

7 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Masya-Allah... ujian besar buatnya. Kakak nak bincang dgn abang hal ni dik...

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

Ya Allah dugaannye. Erm iffah akn cube mmbntu hurmm

lieynanilaz said...Reply To This Comment

tumpang simpati...semoga mereka tabah!!.

Cahaya Hidup said...Reply To This Comment

Ain pun terkejut dengar berita dari Ammar pagi tadi....moga2 ramai yg membantu...

kiera'sakura said...Reply To This Comment

Inalilah.. erm kira cuba tgk cm mana nk bantu

diana said...Reply To This Comment

HARAP DIA TABAH HADAPI UJIAN NI...

Syat0za Zai said...Reply To This Comment

harap2 ada ramai org membantu bro Ammar :) InsyaAllah, tabahkan diri Bro Ammar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...