Saturday, May 26, 2012

Meludah



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pernah tak korang jalan-jalan dan kena elak kiri kanan bukan mengelak lubang tapi mengelak ludah orang? Kalau kat kawasan berumput satu hal, paling geram kat simen kaki lima kedai pun ada juga yang tergamak nak meludah situ. 

Biasanya lelaki yang rajin meludah-ludah tak kira tempat ni. Tapi saya pernah jumpa juga wanita hamil kerap meludah. Ramai juga macam tu. Dulu masa kat sekolah salah seorang cikgu saya yang hamil siap meludah dari tingkat tiga. Tak masuk dalam parit lak tu. Aduhh cikgu...pergi la tandas..huhu.Kami hanya mengomel sesama sendiri je la. Sorang kawan saya pernah hamil dan jenis banyak air liur katanya memang kerap perlu meludah. Takkan nak ke tandas selalu, maka dia sediakan towel agak besar juga untuk dia buang di situ. Kalau tak buang katanya susah nak cakap, nak telan tak tertelan. 

Itu bab orang hamil, bab orang yang buang kahak merata-rata tu saya memang anti tau. Geli tau kalau terpijak atau terseret kain kat ludah korang tu. Tolong jaga kebersihan la...huhu.

p/s: korang kisah tak pasal bab ni?



www.tips-fb.com

13 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Jarang skli muludah kt tmpt awam..huhu..

siMpLY nana said...Reply To This Comment

kte yang tengok pula rasa cam nak termuntah...hu3

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

geli

tak suke

tp kalau tak tahan sgt buang la dlm longkang ke ape kan?

kiera'sakura said...Reply To This Comment

x pernah buat lg perangai cm gitu mudah2an dijauhkan dari cenggitu..huhu

ejulz said...Reply To This Comment

nak meludah pun kene la pandai cari tmpt.. hehe

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

eeeee....geli lo....

pada sesiapa yg suka meludah ditempat awam sila lah buang tabiat anda tu...

geli ooo geli...

elyna mirsada said...Reply To This Comment

singgah cni..nice blog..slm knl=)

Aishah Jahirah said...Reply To This Comment

selalu je jumpa ludah org masa nak menapak naik tangga..pengotoq....geli la...

najihah sahami said...Reply To This Comment

Kalau kt sekolah dulu kat tangga la biasanya bnyk air liur ni.lelaki kn salu lepak situ...nk lalu pn meremanggg bulu roma.geliii.

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hurmm..yukkss..
geram je nk hon kalau atas jalan tibe2 kete dpn tu meludah..haishh..
even tak kena pon still geli kot..

Peri PiA said...Reply To This Comment

uwekkkk

deno said...Reply To This Comment

euwww.. deno sangat geli org suka meludah merata-rata ni.. kalau yg jenis meludah luar tingkap kereta tu lagilah.. eiii.. geli!!

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Mmg akak kesah, tu sbb akak berjalan asik pandang bawah jek, ahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...