Thursday, May 17, 2012

Mendung - Cepatlah Kau Berlalu Pergi



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? sarapan apa hari ni? jangan lupa sarapan tau. LM pepagi lagi dah goreng bihun untuk budak 2 orang tu nak bawa ke kelas kafa. Katanya ada sambutan hari guru cikgu kata nak buat makan-makan. Sedekah la sikit bihun semantara ummi boleh menggoreng ni kan...

Tapi sadis betul kuali besaq tinggal kat segamat, jenuh nak kayuh pakai kuali sedang i tu...grrr. Apa pun alhamdulillah siap pun semuanya walau agak stress dengan budak-budak tu yang menung pepagi macam takda perasaan. Suruh mandi lenggang kangkung masuk bilik mandi. Ummi juga terjerit-jerit 'ayu' ala-ala tarzan pada mereka. Laling nak guling-guling terus bangun dengar irama merdu alunan isteri terchenta dari dapur...keh keh keh. 

Aqila pun sama dah sekarang...leka dan liat nak mandi, dah la sambil goreng bihun jam tu lah nak iron baju. Padan muka malam takmo gosok baju kan? Terus laling bongkar kotak cari iron stim dari Qatar...dia tau laling dia tak suka pakai iron yang ada sebab lambat sangat guna iron biasa tu...huhu. Syukurlah semuanya selesai pada masa yang sepatutnya...pagi-pagi memang macam lipas kudung..adoii. Dah la mendung dari pagi sampai matahari malu nak tunjuk diri...wahai mentari, muncul lah dan sinarilah hidup kami dengan keceriaan...amin. eh rindu la kat kak saniah..huhu.





www.tips-fb.com

14 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

keluhan seorang suri rumah.. hehehe

ejulz said...Reply To This Comment

hahaha.. teringat masa sekolah rendah dulu.. memang payah nak mandi.. smentara tunggu turn nak mandi sempat lagi tido hehe..

~ yus ~ said...Reply To This Comment

hari ni puasa so sarapan pukul 430 tadi....

suri rumah macam nilah kan, pagi2 sibuk dengan dapur dan anak2....:)

Wanzi said...Reply To This Comment

mendung tak bererti hujan....

diana said...Reply To This Comment

kalau dah namanya surirumah memang pagi2 tu kira waktu yang paling sibuk untuk kita..kan???
tambah yang ada anak2 nak sekolah..
nak siapkan sarapan la..bekal lagi..
nak jerit2 suruh mandi lagi..
mau tak hingar bingar rumah..
hehehh

Izan Ishak said...Reply To This Comment

camnilah rutin seorg surirumah kan miza. nak tak nak keluar jugalah suara tarzan kadang2 tu. harap maklumlah ye jiran tetanggaku semua... hehe...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Chekgu Azrinehehehe..betul tu rine

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@ejulzsaper lwt mandi leh tido lama sket

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@~ yus ~selamat berpuasa yus

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Wanzisyukurlah x hujan pun

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@dianaerr sian jiran saya kot

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Izan Ishakhik3...izan pun ada sore tarzan ke

kiera'sakura said...Reply To This Comment

mendung tue syahdu jer klu dpt tido.. hikhikhik

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Pagi2 mmg waktu kritikal, akak yg sorg pon cm tarzan, ni kan plak yg 4... Heeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...