Tuesday, May 1, 2012

Mengenal Penyakit Kanser Usus



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Harap semua pembaca blog LM sihat sejahtera. Beberapa hari lepas incek suami ada terima panggilan dari sahabat baiknya di Qatar yang memberitahu akan pulang ke tanah air untuk jalani pembedahan di sini. Abang Zamri yang sedang menerima rawatan di Hamad Hospital di Qatar ingin pulang dan menjalani pembedahan di sini katanya.

Abang zamri merupakan sahabat baik suami tiba-tiba jatuh sakit dan dikhabarkan menghidap barah usus. LM yang mendengarnya turut rasa simpati dan tumpang bersedih. Abang zamri dan kak ida isterinya sangat baik dengan kami dan mereka merupakan sahabat pertama kami sejak tiba di Qatar dulu.

LM sertakan serba sikit info tentang kanser usus ni untuk bahan rujukan dan bacaan kalian semua. Moga info ini dapat memberi serba sikit input buat kalian ye...
 

Bagaimana mengenal kanser usus
Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit yang amat digeruni oleh sesiapa termasuk anda. Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit barah yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini. Barah usus bermula dari dalam lapisan usus besar. Kanser ini membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Tanda-tanda kanser usus

Anda harus berjumpa dengan doktor jika anda tanda-tanda seperti berikut:
  1. Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  2. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  3. Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  4. Sakit perut yang berulang-ulang dan berpanjangan.
  5. Berat badan turun mendadak.
  6. Cepat penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab.

Keupayaan diserang kanser usus

Risiko anda semakin tinggi jika: Terdapat sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus. Anda pernah menghidap penyakit radang usus iaitu kolitis ulser atau kolitis Crohn lebih daripada lapan tahun. Jika anda berusia 50 tahun ke atas risiko diserang kanser amat tinggi.

Rawatan barah usus

Rawatan untuk barah usus adalah sesuatu yang kompleks dan mencabar Seperti mana terdapat pelbagai jenis penyakit kanser begitu jugalah ada banyak jenis rawatan untuk kanser. Pembedahan merupakan pilihan utama bagi mengurangkan beban pesakit. Bagaimanapun kemoterapi atau radioterapi mungkin dicadangkan kepada anda.

Ujian saringan barah usus

Ujian saringan kanser usus mampu mengurangkan risiko kanser usus. Ujian kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada anda yang sihat berumur 50 tahun ke atas. Ujian FOBT merupakan ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser. Ujian ini dilakukan dengan mengambil beberapa sampel najis dengan menggunakan kit ujian.Pengambilan sampel anda boleh dilakukan di rumah, kemudiannya dihantar ke makmal untuk dianalisa. Ujian FOBT akan menentukan kehadiran darah dalam najis. Sekiranya ada, ujian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan. Peluang untuk sembuh adalah tinggi iaitu sebanyak 90% jika pengesanan awal penyakit kanser ini dapat dilakukan.

Bagaimana kurangkan risiko kanser usus

Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi barah usus dengan:
  1. Amalkan makanan sihat iaitu makanan berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
  2. Amalkan berat badan yang sihat.
  3. Amalkan bersenam dengan konsisten.
  4. Jauhi tabiat merokok.
  5. Elakkan atau kurangkan minum alkohol.
Jika anda mengikuti panduan di atas, kemungkinan risiko menghidapi barah usus amatlah kurang.

kredit

p/s: moga pembedahan akan berjalan lancar dan berjaya serta abang zam yang mesra dengan panggilan pak jam akan sembuh seperti sedia kala...amin. Buat kak ida...bersabarlah ye kak!





 
www.tips-fb.com

8 comments:

mamawana said...Reply To This Comment

Assalam,

Moga sejahtera. Thanks for the info especially to the credit link

babycomel said...Reply To This Comment

usus ni penting.. tapi kan, banyak orang takut nak pergi jumpa doktar nak check. kenapa eh?

ejulz said...Reply To This Comment

smoga pembedahan berjalan lancar n sihat sperti sedia kala.. amin..

deno said...Reply To This Comment

bahaya betul ya... takut!! terima kasih akak berkongsi! :)

anamizu kaito said...Reply To This Comment

semoga pak jam selamat operate :)










luv,
ana

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hope pak jam cepat sembuh...
my sis nye MIL baru je meninggal sebab kanser usus die detect bile dh stage 4..
and time operation bru dpt tahu...
so juz terima yg jangka hayat die bape bulan je..sedih sngt..

Mak Lagenda said...Reply To This Comment

Moga2 pak tam akan tabah dan kesihatannya akan pulih sediakala ye lydia..:)

yaNa said...Reply To This Comment

moga segalanya berjalan dgn lancar..amen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...