Friday, May 25, 2012

Nak Tulis Apa



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ramai tanya saya kalau ada blog nak tulis apa? eh pelik je soalan mereka ek. Mereka tanya saya macam mana nak buat blog. Dah ajar lepas tu tanya nak tulis apa? hurmm macam ni lah ye kawan-kawan. Bagi yang berangan nak buat blog tu fikir dulu nak buat blog hiburan, peribadi atau blog perniagaan. Kalau nak buat blog peribadi macam saya pun kena fikir 2 perkara. Tepek gambar dan identiti sebenar korang atau rahsiakan siapa korang dari pembaca. 


Kenapa perlu rahsiakan? ye..kalau korang rasa perlu rahsiakan diri maka teruskan. Dan saya nasihatkan bagi yang tepek muka tu pastikan kalau nak lebih selesa elak kawan atau sedara mara tau apa blog korang supaya tak la nanti silap taip ada pula kontroversi belakang hari. Ingat ye...bukan semua orang faham apa yang kita nak cuba sampaikan. Ada saja yang kurang faham maksud tersirat disebalik bait ayat kita tu.


Blog saya ni memang tepek gambar, tapi tu la...tak syok kupas isu disekeliling saya sebab semua kenal saya, keluarga pun baca blog saya. Apa yang nak disampaikan untuk pembaca agak tersekat sebenarnya. Menulis tak berapa telus akibat terlalu nak menjaga hati orang.


Wah...tunggu apa lagi. Nak berblog?jom...sampaikan walau sebaris ayat. Tapi jangan mencarut, memaki dalam blog sudah la tau. Jangan buat fitnah atau sebaliknya. Orang tak minat baca blog yang memaki orang tak tentu pasal. Selamat berblog ye kawan-kawan.



www.tips-fb.com

12 comments:

~ yus ~ said...Reply To This Comment

blog saya pun keluarga semua tahu, tp tulah kita menulis kena pandai juga,jangan sampai mengguris hati pihak tertentu kan, kalau rasa nak lebih extreme mmg identiti diri perlu sorok kot, biar orang tak tahu sape sebenarnya yg menulis tu....:)

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

Saya pn bc belog ni, tp xdak family bc belog saya.

kiera'sakura said...Reply To This Comment

Sedara mara tatau link kira tp ble depa skodeng dlm diam... adehhhhh malunya....

Aishah Jahirah said...Reply To This Comment

pun risau nak tulis bukan2....kang ada pulak yang kecik ati...maklumlah mesti ada yg dok skodeng xpa sedar blog kesayangan...hehee

emieysandra said...Reply To This Comment

yup..kite kne beringat supaya org skliling terutamanya keluarga terasa hati dgn ayat2 yg kite gunakan =)

Kakzakie said...Reply To This Comment

Blog kakak keluarga kakak tahu dik.. tapi tak kisahlah sebab semua yg kakak papar pun sekitar hal keluarga juga... tak lari kemana...

diana said...Reply To This Comment

blog saya jarang cerita pasal diri sendiri..kalau cerita pun tentang maisara je yang banyak.saya lebih suka ulas isu2 masyarakat sekeliling..benda2 yang kita anggap kecik tapi sebenarnya boleh jadi besar..

sebab tu saya berkongsi blog saya walau dengan saudara mara..saya tak kisah..tak de apa yang peribadi kat blog saya.

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

Tulis la pape pon

xde org bace kite bace sndiri

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

sama la kita...sebab family tahu dan membaca apa yang ditulis tu perlu berhati2 jugak la bab hati n perasaan ni...hehehe

(awak tahu kan)

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hurmm...bila dah ade yg kenal thu kite berblog..
bila nak menulis kne pikir 2 3 kali jgk.. :)

Peri PiA said...Reply To This Comment

betul fasal peribadi byk kena tapis,barhati2 kat mane2 je

deno said...Reply To This Comment

terima kasih akak atas tips dari akak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...