Wednesday, May 9, 2012

Pump Susu Ikut Jadual



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Saya nak cerita pasal kaedah yang agak berkesan dalam menepam susu ibu untuk stok simpanan kita. Walaupun LM sekarang tak kerja tapi masa dalam pantang dulu rajin juga buat stok susu untuk syafiq dan aba kakak nya zaman mereka kecik dulu.

Korang perasan tak bila kita menyusukan baby pasti susu sebelah tu menitis sampai basah baju? maka jangan lah buat pembaziran...susu tumpah, baju basah kena tukar baju lain kan?hehehe. Apa yang LM buat selalu sebelum menyusukan syafiq mesti minum susu atau sekurang-kurangnya air kosong segelas. Lepas tu mulakan penyusuan. Jika korang menyusukan sebelah kiri maka pump lah sebelah kanan tu masa sedang baby menyusu tu. Biasanya dengan pump berkuasa bateri jenama pureen je tu LM dapat 4 oz sekali pump. Bila baby nak tukar sebelah kanan kita pump pula sebelah kiri tu sebab pasti baby tak sedut habis pun...maka terhasillah stok susu dalam 5-6 oz sekali perah tu...mudah kan?

Bila dah perah tu simpan lah elok-elok kalau nak buat stok untuk jangka masa yang lama. Label tarikh kita pump dan simpan dalam bekas tertutup yang elok. Kalau LM simpan dalam bekas dadih tu saja.  Bila nak guna cuma perlu rendam dalam air panas hingga cair....selamat membuat stok susu untuk si comel~~



 
www.tips-fb.com

8 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

banyak benda kne tahu nak jadi ibu ni kan kak..
nice info.. :)

Yaya Azura aka Naz Azra said...Reply To This Comment

rindu saat mengepam..hehe..
rendam dalam air panas LM ? 40c saje kan...air suam..

Izan Ishak said...Reply To This Comment

thanks for sharing ye miza. izan ni nama je nak masuk anak ke-5. tapi mmg tak pernah buat stok ebm pun. yelah kan.. dulu2 mana ada pengetahuan ni semua. skrg ni dah ada internet dan baca blog kawan2 barulah dpt ilmu macam2... happy breastfeeding ummi!

kiera'sakura said...Reply To This Comment

owh mcm tue ye kak... klu pump susu manual mesti letih tgn nk pump..huhuhu

Dr Mohd Hafiz Osman said...Reply To This Comment

Good information LM, terutama untuk ibu-ibu yang komited nak berikan anak mereka susu terbaik di dunia iaitu susu ibu...

Cikpuan rara said...Reply To This Comment

wahhhh sis buat rara bersemangat ni.

Brilliant Marjan said...Reply To This Comment

Sis, tq for the info..sy bakal ibu muda..sy mohon izin utk share bolehke?

akuzle ayu said...Reply To This Comment

1 good tips tp antara rajin n malas ajer kan? hihihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...