Wednesday, May 23, 2012

Saja Nak Bebel



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dah sebulan lebih saya tinggal di rumah baru ni alhamdulillah saya lega tiada masalah berkaitan dengan sampah. Sampah apa? tong sampah...haha. Kebetulan tempat buang sampah saya kat tembok rumah je, tak perlu pakai tong sampah. Tak perlu bau busuk atau masalah sampah diselongkar kucing nakal. Eh, sebenarnya saya belum pernah buang sampah pun...semua incek suami dan anak je yang buang...hihi.


Tau tak kat tepi rumah saya ni masa saya sampai dulu siap ada longgokan sampah menimbun. Perghh dengan dahan pokok mangga, atuk nenek diapers, almari buruk pun ada. 3-4 kali juga bakar sampah baru longgokan sampah tu dapat dihilangkan. Almari buruk terpaksa kami pecahkan sebelum alih ke tempat lain. Benci la dengan penyewa lama...sampah sarap harap orang baru yang urus. Takda kesedaran betullah kan?


Belakang rumah saya tu ada pokok petai belalang yang kecik-kecik tu, pokok tu dah besar sungguh dan petai yang jatuh tu banyak menumbuhkan pokok petai pulak kat kawasan rumah saya...kalau tak buang jadi besar juga anak pokok tu...haha. Saya lantakkan je la. Hari tu incek suami dah racun dah...harap tahan la rumput tak tumbuh sampai kami angkat kaki dari rumah ni. Tak larat la dengan masalah bocor kat depan pintu tu. Tiap kali hujan habis basah kasut dan kereta saya. 


Sekarang kerap hujan...habis la kotak kosong kat luar basah, harap tak rosak sebab nak guna nanti malas nak cari kotak lain. Wahh tau tak saya makin malas nak menaip sekarang ni. Ngantuk dan super busy. 



www.tips-fb.com

9 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

mmg terukla

ishh

ape ni

tukang bg sewa pon kenela cek dlu kot iye pon

diana said...Reply To This Comment

malas dah nak menaip??
tu salah satu ciri2 tengah mengandung..ekekekek..
mulut saya masin tau..
hahahah

Yaya Azura aka Naz Azra said...Reply To This Comment

patutnya tuan tanah kedaun pun kena la bersih2kan jugak sebelum org baru masuk..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

erm...patut la aritu i nampak en zairy bakar sampah tepi tu...opps pokok petai belalang ada erk..kenapa i x nampak..i nampak serai jiran u jugak hahahaa...

teruk jugak la yer penyewa sblm nie n owner..sepatutnya b4 u masuk dia bersihkan dulu..ini x..sabar je la..


hujan...kasut i pun basah aritu hahaha...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

rumah sewa mmg macam2 masalah LM..rine pun selalu hadapi benda yg sama..org parking selamba derk depan rumahla..huhu

Ujie said...Reply To This Comment

saya pun menci kalau masuk rumah sewa, ada brg2 org lama..tak psl jd kerja kita pulak.

senyum jelah kan..sabo.

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Ehh, nak pindah lg skali ke dear... :D

Muzel Zay said...Reply To This Comment

waa..sdah jd org malaysia semula.. sronok arr tuh!! hehe.. ke lg best duk kt luar negara kak? rase mcm dh lame lak x komen sini..busy arr kak comel! :-)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

akak!!! kira dapat rumah baru dah.. 1hb 6 nanti pindah.. Alhamdulilah, hope rmah yg baru nie lebih baik dari dulu Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...