Friday, May 25, 2012

Wanita Dan Pujian



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Dah makan? hari ni saya masak simple je, sup tulang lebih tulang beli hari tu dan sambal cili api kacang botor. Ada pula sambal kicap. Perghh memang berpeluh makan. Selamat incek suami buatkan sambal kicap tadi...hihi.

Incek Suami balik je tengah hari tadi tanya nak beli apa?ehehe...sayang dia ni masak la, tak pernah pun beli kalau hari budak sekolah. Saya ni gantung kuali time sabtu ahad je..kikiki.

Bab pujian ni rasanya semua orang suka dipuji kan? Aqilah ni jenis mulut ringan, kalau dia suka terus dia kata sedap. Kalau bab sup-sup ni dia laju la makan. Ayah dan abang kakak dia siap makan dia tak siap lagi. Siap je hirup sup ke titisan terakhir dia terus cakap...sedaplah ummi masak, suka makan la camni. Sedap sangat. Hurmm anak kecil pelat pulak tu. Memang rasa tersentuh hati bila dia memuji. Bukan masak susah-susah pun kan?tapi lihat laling dan anak-anak makan bertambah sejuk je rasa hati. Saya? makan bertambah jugak ler..saya kan dah janji saya akan makan on time, jaga kesihatan diri, jaga makan dan jaga diri...hehe.

Korang pun suka dipuji tak? kadang-kadang pelik juga dengan kita ni kan?benda remeh pun nak kisah. Setakat puji tu apalah lah sangat...tapi jangan fikir benda remeh takda makna tau? sedikit pujian mampu beri 1001 kebahagiaan buat wanita terutama saya...ehehe. 


p/s: selamat bercuti buat awak, awak dan awak semua...



www.tips-fb.com

13 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

cuti sekolah gi mana LM??

ieda said...Reply To This Comment

Setuju dikkz, tapi org lelaki nie x mudah beri pujiann, mcm hubby akk lerr, ekekeke susah nak puji kecuali akk tanye, barulahh dia cakap sedap atau tidakkk huhuh

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

Spe xske kne puji kn

emieysandra said...Reply To This Comment

waa..pasni nk belajar masak betul2 la, nikmat mendapat pujian dr yg tersayang tu kan...selain dh melaksanakan tugas sbg ibu & isteri kann =)

Izan Ishak said...Reply To This Comment

anak2 kalau puji bila ummi masak mmg seronok dibuatnya kan miza. kita serupalah miza... sabtu ahad mmg masa utk gantung periuk segala...

diana said...Reply To This Comment

Maisara susah nak puji orang..biasanya kalau dia puji tu maknanya betul2 ikhlas la tu..hahah...

lagi2 kalau puji saya..
lagi la saya suka..
kalau suami yang puji bertambah2 suka..walaupun untuk benda2 yang remeh je..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...Reply To This Comment

tp plg bestttttkannnn kalau sekali sekala dpt pujian dr yg tersayang.. rasa mcm di awang awangan je kann ;)

ain dzaya said...Reply To This Comment

opkosla suka sis..tapi bila da terima pujian..ffuuu!! ta taw la plak cne nak hargai ...attototo..
"Alhamdulillah. ramai sebaya ain dah berkahwin seawal 20 tahun. Bangganya ain".

kiera'sakura said...Reply To This Comment

bila ada yg memuji kita pun jadi semangat je nk memasak kan kak... hihihi

Aishah Jahirah said...Reply To This Comment

pujian satu penghargaan...tp ada gak yg nak amek ati je or nak membodek.;p

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

pujian leyh wat kita senyum sorang2...
tp kalau terlebih pujian takut buat kita lupa diri kan kak..
comeynye qila..geram2.. :)

Peri PiA said...Reply To This Comment

berbunga2 je rase hati :)

deno said...Reply To This Comment

deno sangat segan kalau org puji. entah la.. memang gembira tapi pada masa yg sama rasa segan.. nape ek? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...