Friday, June 8, 2012

Jangan Meminta-Minta



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua? busy bekerja ke? selamat bekerja...moga rezeki yang diperolehi diberkati Allah. Bagaimana nak tau rezeki kita cukup? pernah lihat orang bekerja gaji banyak tapi tak pernah cukup dan sesak sepanjang hidup tak? Dan pernah lihat orang gaji seribu lebih boleh hidup tanggung isteri dan anak bersekolah?

Ye..gaji mereka sikit mereka tak hidup mewah, mereka tak bayar income tax puluh ribu setahun, tapi cuba kita check semula adakah rezeki kita dilapangkan oleh Illahi. Bagi yang sentiasa sesak jika meminjam tu pandai-pandailah pulangkan pada yang empunya wang. Jangan ingat kita je sesak dia yang memberi tu kaya lah konon sampai tak tau guna duit. Kadang-kadang orang yang memberi pinjam tu jimat sampai tiap hari masak untuk makan anak beranak...yang meminjam pula jenis hidup joli sakan asik makan luar, makan angin melancong melencong bagai. 

Ingat ye...kalau kita susah bukan tak boleh meminjam, tapi dalam islam pun tak digalakkan meminta-minta. Kalau boleh usahalah sendiri, jimat dan buat perancangan awal jika nak beli sesuatu pun. Kalau pinjam pun pastikan pulang dalam tempoh yang dijanjikan jangan sampai tuan yang beri pinjam pula malu nak minta duit dia. Bahayanya meminjam ni...kalau si pemberi tak halalkan susah kita nanti mati dalam hutang. Renungkanlah...jangan ingat kita saja tau guna wang orang lain tak pandai nak berbelanja. Orang berjimat bukan nak beri pada orang lain tau duit mereka...mereka pastinya ada matlamat nak pergi haji ke..nak buat rumah ke..nak itu ini ke. Tepuk dada, ambil cermin tengok muka...malu tak buat taik kat orang pinjam tak tau nak bayar...renungkanlah.

mood: angin sebab orang hutang tak reti nak bayar...


p/s: ramai orang kata along tu jahat sebab bunuh dan potong kepala orang sebab tak bayar hutang, tapi kalau bukan along pun geram kan orang kebas duit kita pastu tak tunjuk muka. Paling hodoh tayang muka buat bodoh macam takda hutang...bosan mengadap muka orang tak tau malu camni kan? 





www.tips-fb.com

8 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

jgn dlayan org gni kak

wat sesak otak je

pena rozie said...Reply To This Comment

same la kite.org yg berutang blh buat muka bodoh. PDhal utang tak byr. Blh idup dalam berlagak....

Nong Andy said...Reply To This Comment

salam tuan rumah,
join menyampuk :)
pura-pura lupa.. yg dia ada hutang. eee... aku geramlah dgn org mcm tu. mcm tak mo kawan dah org mcm tu.. (nak tagih malu hehehe)

KuNanGKuNanG said...Reply To This Comment

biasa dah benda camni berlaku..paling slalu terjadi pada abah sy, time abah nak guna duit time tu jg la ada je org yg nak pinjam..tp abah bg juga semampu dia.abah ckp moga org yg meminjam tu dapat ringan bebannye dan moga dia doakan abh murah rezki. tp bg sy kadang2 melampau sbb org tu nak bayar bukan main susah lg.kadang2 wat xreti je...huhu.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

sabar byk2 ye LM... ingat je yg kita bg pinjam dgn niat nk tlg org dlm kesusahan, bg org yg tak nak byr tu, biar dia jwb di akhirat nati...Sekali terkena, lain kali dh ada pengalaman.....

yaNa said...Reply To This Comment

tetiba teringat kisah lama saya ngan sahabat lama..
disebabkan saya mtk dia byr blk hutang dia pd saya,kami putus kawan..org cam tue pon ada ker? hu3..

kiera'sakura said...Reply To This Comment

betul tue kak.. mcm kira sndiri malu nk pi kutip hutang kt org, =.='

deno said...Reply To This Comment

erk... mcm2 ragam org kan akak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...